Thursday, December 31, 2020

Selamat Tinggal 2020

Teruja pulak hari ni kerana hari merupakan hari terakhir tahun 2020. Tengah malam nanti secara rasminya kita akan meninggalkan tahun 2020 dan terus bertukar kepada tahun 2021 Mengimbas kembali tahun 2020, sebenarnya dari kecik lagi iaitu 29 tahun yang lalu kita sudah looking forward untuk berada di tahun 2020 dengan keadaan negara adalah seperti di bawah ini:
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan Kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menderi Malaysia yang ke 4 ketika merangka Rancangan Malaysia ke 6 pada tahun 1991, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang di maksudkan sepenuhnya bukan sahaja pada bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial antara lainnya. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan - sumber wikipedia
Tetapi apa yang dirancang berpuluh tahun nampak tidak menjadi. Tuhan yang menentukan semuanya dan perancangan tuhan adalah yang lebih baik. Tetapi yang lebih parah lagi apa yang berlaku adalah dunia diserang dengan wabak penyakit yang menyebabkan semua manusia terkurung di negara sendiri. Begitu banyak restriction berlaku. Sekolah dan IPT buka dan tutup mengikut trend jangkitan. Murid, guru dan pensyarah terpaksa belajar dan mengajar di atas talian. Ada yang dibuang kerja, ada dipotong gaji, ada diberhentikan, ada juga yang masih bernasib baik masih mempunyai pekerjaan. Ekonomi suram dan semuanya seperti tidak kena ditambah lagi kita kena biasakan diri dengan norma baru. Tidak boleh berada di tempat sesak, jaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, kerap cuci tangan dengan sabun dan bermacam-macam lagilah. Nanti aku cerita kisah aku kena quarantine ye! Banyak menda di dalam dunia ni yang kita tak boleh kawal, kita just follow the flow, buat terbaik dalam hidup kita dan gunalah masa dan ruang yang ada untuk kita terus berbakti pada kehidupan. Gembira atau duka kehidupan kita, kita yang tentukan, bukan orang lain. Selamat tinggal 2020, dan selamat datang 2021. Semoga kehidupan kita lebih baik, lebih menghargai sesuatu perkara dan yang paling penting semoga kehidupan kita sentiasa dalam keredaanNya.