Friday, November 20, 2020

Perangai Macam-macam

Dalam kehidupan ni memang biasa kita jumpa orang perangai pelik-pelik.  Macam-macam jenis perangai yang kadang-kadang sampai kita pun tak tahu nak handle macam mana dengan orang yang berperangai camni.  Ramai yang contradict seperti dikata-katakanya.  Katanya alim, tapi mengutuk mengata orang no 1.  Ada juga katanya jenis tak suka cerita yang dia berbuat baik, tapi terang-terang bercerita kat orang dia berbuat baik macam....hummmm.  Ada juga yang katanya tak suka mengutuk orang tapi.....hummm.  Ya aku cakap ni bukan nak bagi tahu aku ni baik, aku pun sama jahatnya, sama cacatnya, sama teruknya.  Tapi bila aku amati satu-satu, setiap orang, aku rasa aku tak buat camtu...bukan nak kata aku ni lebih baik dari orang, of course aku memang teruk dan banyak cacat celanya.  Cuma aku nak ulang orang yang katanya baik itu sebenarnya amat contradict dengan apa yang ditunjukkannya.


Tapi entahlah, yang penting kita kena ada self-reflect, selalu cermin diri yang kita pun ada buat salah dan kita pun tak ada hak untuk marah orang, pandang hina pada orang dan salah faham pada orang.  Ikutlah resmi padi makin berilmu atau makin matang makin menunduk.  Atau makin matang patutnya makin tenang. Learn to let it go, learn to chill!

 


 

Thursday, November 12, 2020

Trust Your Instincts

Mungkin Tuhan kurniakan setiap daripada kita satu 6th sense di mana kita ada "naluri."  Naluri atau Kata hati ni sangat-sangat membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat dan seringkali menyelamatkan kita dari macam-macam masalah.

Kadang-kadang kita tidak sedar, bila kita membuat satu keputusan, kita menggunakan akal dan didorong dengan naluri kita sendiri.  Kalau tindakan kita itu betul alhamdulilah, dan kalau tak betul sekalipun itu mungkin peringatan dan juga pengajaran yang Tuhan bagi pada kita.

Aku sendiri pun banyak kali berdepan dengan perkara seperti ini.  Dan banyak kali aku abaikan naluri atau kata hati aku sendiri.  Naluri dah kata, jangan buat camtu, ikut je arahan, buat je la apa disuruh, tapi dek kerana terikut dengan kata-kata orang lain, akhirnya aku sendiri yang susah dan kadangkala mencalarkan reputasi aku sendiri.  Padahal sebelum itu naluri dah kata, buatlah..buatlah...tapi disebabkan ada tiupan dari syaitan maka aku tak buat perkara yang sepatutnya aku buat...natijahnya, aku sendiri yang susah.

Kata orang bijak pandai : follow the rules, a little bit more.  Ikutlah arahan buatlah kerja yang sepatutnya you buat, dan gunalah akal serta naluri sebaik mungkin.  

 


 

***Trust your voice within.