Tuesday, January 28, 2014

Cuaca Nyaman! BEST!

Seminggu dua ni cuaca memang nyaman...sejuk..tapi lah sesejuk mana pun..cuma nyaman..bak kata sesetengah orang yang biasa duduk berjalan kat luar negara "feeling feeling angin spring yang tak seberapa".  Memang best sebab tak panas especially kalau waktu malam memang terasa sejuk lah...nak nak kita yang duduk rumah paling tinggi kat Chendering ni memang terasa sejuk walau tak ke tulang sum-sum.

Walaupun cuaca nyaman, tapi sebenarnya suhu tak lah drop byk sgt...cuma berada di sekitar tidak lebih daripada 30 darjah celcius (biasanya suhu kat KT ni around 33-34 tu biasa lah).  So for the time being..suhu paling rendah adalah 20 dan paling tinggi adalah 28 (tu yang saya sempat rekod lah..lagipun detect suhu guna hp..mungkin reliable mungin tak).  

Tapi fenomena ini katanya tak lama...by end of this month, keadaan akan balik seperti biasa..ala..tak best lah..hehehe...by the way, selagi masih ada kesempatan, kita enjoy dan gunakan peluang ini beriadah di luar ataupun ambik angin nyaman ni..jalan jalan kat taman, dsb.  Yang paling best adalah time mandi sebab air sejuk sangat..rasa sooo fresh.













Sunday, January 26, 2014

BILA SYARIAT ALLAH SWT DIPINGGIRKAN

Saya copy paste daripada tulisan nukilan Dr. Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori, untuk bacaan, renungan dan tindakan kita bersama.  Semoga bermanfaat.

Pada Selasa malam (21 Jan 2014) kita digemparkan oleh berita kanak-kanak 2 tahun dijumpai mati dibunuh di kawasan perumahan Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu. Dikhabarkan juga mangsa dirogol. Dalam internet, gambarnya pun ada. Malah ada pelajar saya yang tunjukkan gambar mayat mangsa. Gambar menyayat hati yang saya tak sanggup tengok 2 kali dan letakkan di sini. Allahuakbar! Kita yang mendengar dan melihat gambar, terasa geram. Ini menepati frasa apa yang saya pernah kongsi dalam blog, “Dalam dunia binatang tiada manusia tetapi dalam dunia manusia ada binatang”. Nampak saja ok tetapi masyarakat kita sudah semakin tenat. Macam bongkah iceberg yang nampak kecil di permukaan tetapi sebenarnya besar di bahagian bawahnya. Pencuri, perompak, perogol, pembunuh semakin menggila:

•Walaupun rumah dipasang gril, masih tak selamat dan manusia hidup macam dalam penjara. Di luar rumah juga tak selamat – orang sedang sujud di masjid boleh dicuri begnya, duit tabung masjid pun dicuri, laptop dan beg tangan dalam kereta pun tak selamat, berhenti di lampu isyarat perlu dikunci pintu kenderaannya terutama wanita, penutup besi longkang dicuri, barangan besi dalam kawasan rumah pun tidak boleh terlepas pandang, orang tua pun diragut hingga gguling bating kekadang bawa maut, ada yang kemalangan di jalanraya dibiarkan tidak dibantu sebaliknya dicuri barangan berharganya, ada sipencuri memotong peha lembu semasa ia masih hidup dan membiarkan ianya berjalan kesakitan dengan 3 peha/kaki……
• Perompak bukan sahaja merompak tetapi membunuh – 2013, bank dirompak dan pengurus wanitanya ditembak macam tembak burung.
• Pembunuh bukan lagi sekadar membunuh, tetapi bunuh, kerat, cincang, tanam dan bakar!.
• Zaman jahiliyyah dulu, hanya anak perempuan dibunuh, zaman kita kini pembuangan bayi tidak mengira jantina.

Berita ini akan heboh diperkatakan untuk beberapa hari. Lepas tu, macam biasa ianya akan dilupakan sehinggalah ada peristiwa seumpamanya berlaku lagi. Ianya mungkin cepat berlalu sebab bukan berlaku di kawasan kita atau saudara mara, kenalan kita.

Apa yang kita pelajari daripada semua ini. Hukuman manusia terbukti gagal menyekat ‘penyakit’ daripada merebak. Jika doktor kata kaki perlu dipotong demi untuk mengelakkan penyakit merebak ke anggota lain badan, tiada yang kata doktor kejam dan biasanya saranan doktor dituruti. Malah, doktor akan diminta untuk percepatkan tindakan, terutamanya bila lihat sendiri kaki dah rosak teruk. Malangnya, Allah swt yang mencipta doktor serta manusia lain, malah segala-galanya, dipandang enteng hukum-hakamNya. Macam mana kita kata kita beriman kepada Allah?. Sebab kita tak menggunakan ilmu kita ke arahNya, Allah mendatangkan kita peristiwa (termasuk bala/musibah) agar kita berfikir. Semoga kita sedar suatu hari nanti akan keperluan dan keberkesanan hukum-hakam Allah swt. Cuma, hendaknya, suatu hari itu ialah hari yang kita masih berpeluang untuk membaiki dan bukannya hari yang nasi sudah jadi bubur. Allahuakbar!. Kita berdosa dan menempah bala bila abaikan syariat Allah swt.


Allah berfirman dalam ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud: 

"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)".

Tuesday, January 7, 2014

Bosan

saya rasa saya sudah bosan menunggu..saya sudah tidak mahu menunggu lagi...saya penat, saya kecewa dan saya sedih.

Thursday, January 2, 2014

212014

Hari kedua 2014.  Penatnya badan ini kehulu ke hilir...baru je balik dari KB kerana gigih untuk merialisasikan "wish list 2014".  Insya Allah akan tercapai sedikit masa lagi.  Happy!

Well permulaan yang bagus untuk 2014 ni...byk mende dah settle.  Syukur alhamdulilah...ada doa yang dah dimakbulkan..syukur sgt sgt...

Adios!