Saturday, December 31, 2011

Good Bye 2011

yey...sudah nak masuk tahun baru....how ever tahun 2011 meninggalkan banyak sangat kenangan manis yang tak mungkin dilupakan...antara yang paling best adalah:
  1. Berpeluang menghabiskan masa berjalan-jalan bersama family. Walaupun dalam Malaysia sahaja tapi hati ini puas kerana dapat meluangkan masa bersama. Dan banyaknya adalah atas dasar kerja tapi 2 in 1.
  2. Menerima Anugerah Pensyarah Paling Aktif pada Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik pada Dec-April 2011.
  3. Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang baru-baru ini.
  4. Research for confirmation telah pun diterima, satu lagi step untuk pengesahan jawatan...sabar menanti...harap dipercepatkan proses.
  5. Penubuhan Kelab Lakon Layar di mana sudah menghasilkan produksi ke dua. Produksi pertama (Malam Bulan Di pagar Bintang) telah mementaskan tayangannya pada semester lepas dan juga baru-baru ini di Dewan Aspirasi dan produksi ke dua akan dipentaskan pada 28/1/2012 ini.
  6. Kelab Kebudayaan telah mendapat momentum yang begitu bagus kerana sangat-sangat bergiat aktif pada tahun 2011. Harap-harap ada award untuk Anugerah Kelab Paling Aktif.
  7. C-Voice Symphony telah melangkah ke era baru dengan menolak stigma bahawa berkoir hanyalah berdiri tegak...ini terbukti dengan penghasilan gerak gaya lagu "Marry You" yang telah di alih lirik ke Bahasa Malaysia.
  8. Gemalai Bayu yang semakin hari semakin sedikit penarinya tetap berdiri gah dengan tarian yang saban semester adalah tarian baru, dan mereka juga mengisi kekosongan bagi teater musikal di samping ahli CVS.

Banyak lagi gambar-gambar dan kenangan yang ingin di kongsi..kenangan yang amat indah, suka dan duka di kongsi bersama...semoga tahun 2011 yang begitu bermurah hati di ganti dengan 2012 yang akan cemerlang for many years to come..Amin..i wish all the best for you and me...