Saturday, November 28, 2015

INDONESIA 10-15 Oktober 2015 - SECOND DAY

Bandong 11 Oktober 2015

 Pagi pagi lagi lepas breakfast di hotel kami terus ke Stesen Keretapi Gambir untuk menuju ke Bandong.  Kami memilih kelas business supaya agak selesa sikit.  Perjalanan dalam beberapa jam jugak tu..dalam 3 jam kot.  Apa-apa pun harap semuanya selamat.

Dah beli tiket dah...posing depan pintu masuk.
Menunggu untuk departure
Wefie kat train sekali
Gayatlah tu
Tengok bawah tu...sayupppp je...
 
Cantikkan view? View yang tak dapat di rakam dengan handphone

Lepas 3 jam gitu baru lah sampai di Bandong...lega rasanya...heheheh...sampai je terus kita ambik teksi untuk ke apartment yang disewa..cuma...hari pulak hujan renyai-renyai..potong mood terus.



 






INDONESIA 10-15 Oktober 2015 - FIRST DAY

Plan kali travel kali ni pelik sikit and agak sudden.  Jadi memang persiapan ala kadar dan tak buat research betul-betul.  Lagipun plan di buat di hujung semester, sibuk dengan macam-macam mende..exam lah..dinner lah...jadi apa yang kita kunjungi tu lah hasil daripada persiapan ala kadar tu.  Tapi insya allah ada rezeki akan pergi lagi sebab sebetulnya memang tak puas mengunjungi Jakarta dan Bandong dalam 5 hari.

Hari Pertama Jakarta - 10 Oktober 2015

Tiba di Jakarta dan cek in di Hotel 55, berhampiran dengan stesen keretapi Jayakarta.  Hotel ni ok je..tapi sebolehnya next time carilah hotel yang diusahakan oleh orang Islam.  Yang bestnya hotel ini selain bilik yang agak murah, selesa dan besar, depan hotel ni ada pasar kaget.  Pasar malam gitu..betul-betul tepi jalan silap haribulan boleh kena langgar dengan kereta.  Macam-macam boleh dibeli kat sini especially baju lah..ada yang harga murah-murah dan good quality.  Tapi still rasa tak berapa selamat membeli kat sini. 

Harus tidur awal sebab esok akan bertolak ke Bandong.  wow excited sebab nak naik keretapi dan melalui antara jalan yang paling bahaya di dunia.  Mesti best.  Jom tido dulu.

wefie dulu sebelum bertolak ke KL
Makan dulu sambil tunggu Cik Luzy yang belum sampai

Posing kat luar airport....sambil tunggu teksi
eh eh macam sama jek?
Ni bilik di hotel tu..besar kan? hahha kalau tidur berempat pun ok lagi

Professional Talk, Academic Award and Ceremony Dinner 5 November 2015

Alhamdulilah...setelah hampir setahun merancang dinner ni dengan pelbagai dugaan yang datang...baik dari segi kertas kerja yang banyak kali kena rejectlah...beberapa kali kena tangguhlah dan macam-macam halangan akhirnya impian menjadi kenyataan jugak.  Rasanya dah setahun merancang dinner ni, tapi baru semester ni menjadi kenyataan.  Tujuan buat dinner selain nak celebrate semua pensyarah juga tak dilupakan untuk memberi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah bertungkus lumus bekerja selama ini.

BTW, dinner ni adalah julung-julung kali diadakan di sini.  Selama 8 tahun UiTM Kuala Terengganu beroperasi tak pernah sekalipun dinner pensyarah diadakan secara rasmi.  Dinner tu banyak sangat dinner..satu semester tu 3-4 kali dinner..Dinner MAKA lah, Dinner Fakulti lah..Dinner Kelab lah...jadi yang betul-betul dinner kumpulkan semua pensyarah tak pernah di buat.  Jadi alhamdulilah, impian menjadi kenyataan.  Tema dinner kali ini adalah "Klasik dan Melayu Tradisional".  Jadi pakaian mestilah ikut tema ramai pulak yang jadi Hang Tuah, Tun Teja, Tun Mamat..yang penting semua sporting dan melaram bukan main!

Lepas ni kebanyakkan daripada kami akan membawa haluan masing-masing.  Ramai yang sudah dan akan berpindah kampus.  Paling terkesan apabila dinner ini diadakan tanpa rakan-rakan tersayang dari Fakulti Art & Design.  They were supposed to be here, to celebrate it with us.  Tapi nak buat camana...semuanya dah berpindah kampus.  Saya dan beberapa orang rakan-rakan yang dari FPP juga akan berpindah kampus ke Dungun, semester akan datang, for good.  Jadi dinner ini adalah farewell untuk semua sebenarnya.  Rakan-rakan dari Fakulti Sains Gunaan juga akan beransur berpindah ke kampus-kampus lain.  huhuh sedihnya!  

Tapi sedih macam mana pun, life goes on.  Hidup perlu diteruskan juga demi sesuap nasi.  Hampir 9 tahun saya berada di Chendering, akhirnya pulang jua ke Dungun.  Harapan mau aje pencen di Chendering, tetapi perancangan Allah lagi hebat daripada perancangan kita.  Semoga kita semua tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.  Hijrah itu adalah baik dan bagus untuk kehidupan.  Maka berhijrahlah kita semua ke tempat yang lebih baik hendaknya.  Insya allah.

Jom kita tengok gambar.  Gambar2 lain akan di update kemudian hokkey..yang ni semua dari gambar HP aje.  Photos credit: Kak Tie HEA, Kak Farizawani and from various persons.

Kita makan dululah sebelum rehearsal or hias hias dewan
First time makan nasi daun pisang kat Sumai Hotel ni..sedap, banyak dan murah! Wajib pergi lagi next time
Dewan ni kami tak hias pun..pihak hotel yang sediakan..lawa kan?
 

Yang ni kami yang hias..lawa tak lawa tak?
Krew hias photobooth
Posing sikit sebelum event start..eh mcm kurang something je??
Oh kurang spotlight rupanya...dah letak baru naik seri siki..kalau ada byk spotlight lagi meriah
Bersilat pembuka acara
Artis dan juga rakan duet yang tak jadi berduet


Penyanyi import khas dari Kota Bharu













 

 

Macam gangster china kachung lombong bijih timah zaman dulu je
Oklah nak balik dah..terima kasih semua
Dengan ini berakhirlah sudah dinner yang julung julung kali diadakan.  Walaupun kita semua dah tak bersama lagi pada semester hadapan namun ikatan ukhwah atas dasar persahabatan adik kakak dan abang mesti juga diteruskan.

Sekian terima kasih.