Monday, August 24, 2015

Kinabalu 15-20 May 2015 - Hari Keempat

18 May 2015

Hari ke empat, rasa excited sebab hari ni akan bertolak turun dari Laban Rata ke Timpohon Gate dan mengakhiri pendakian kami.  Awal-awal pagi lagi dah bersiap sedia, tunggu porter datang untuk angkat barang-barang kami dan breakfast!  Breakfast memang ditunggu-tunggu sebab semalam makan tak banyak sebab keletihan so pagi ni kena recharge banyak sikit supaya ada tenaga nak turun bawah.  Siap siap breakfast semua tu dalam 8.15 pagi, masih ada masa untuk bergambar-gambar terakhir sebelum turun.  Sesi bergambar pun dah rasa macam kepenatan..maklumlah semuanya happy misi tercapai.

View terakhir dari kabin kami
Lawanya view awal awal pagi cam ni
Kat belakang tu Gunung Kinabalu tu yang kita duk panjat pagi semalam..tinggi dok?
Sebahagian daripada kami


Porter datang untuk angkat barang bawak turun ke bawah


Enjoying our breakfast in peace and harmony
Ni breakfast kita..sedap nya...
Bergambar di luar restaurant

Rasanya dalam pukul 9.00 pagi camtu selesai sesi bergambar dan kami pun bersedia untuk turun.  Cuaca masih lagi dingin dan cerah.  Good weather, Alhamdulilah.  So pagi ni macam hari tu jugak kita akan menuruni gunung dan perjalanan sepanjang 6 km, harap turun lebih cepat dari naiklah hendaknya.  Kalau tak jalanlah sorang sorang dalam kegelapan nanti.  

Baca doa dulu sebelum turun
Last bergambar kat Entrance restaurant
Saya dan kak Ros
hooreey....bergambar pun penat dah..tak turun lagi ni


 

 
Masa turun ni, tenaga banyak jugak guna, tapi taklah seberat masa naik hari tu.  Tenaga banyak pakai sebab kaki kita menahan badan dan membalancekan diri supaya tak tergelincir.  Ibu jari dan anak jari kaki memang sakit lah sikit sebab kaki menggelungsur, kena ikat tali kasut ketat-ketat.  Lagi nak sampai dalam 2 km camtu hujan turun renyai renyai..adoi..kelakar pulak sebab baju hujan yang di bawa tu kita tinggalkan dalam bag yang porter angkat..terbantut impian nak pakai sandal.  Jadinya all drenched.  Dari baju, bag dan lain-lain..termasuklah ipad yang dah dimasukkan dalam plastik pun basah sikit-sikit.





















Tapi akhirnya sampai jugaklah ke Timpohon Gate..nak kena naik tangga lagi woi! Rasa ke tahap ni dah macam orang berpantang pulak nak jalan laju-laju dah tak boleh..kelakar kelakar! Lebih kurang pukul 2.40 petang semua sampai kami bersiap bersiap untuk bertolak ke Kinabalu Park untuk lunch, sembahyang, ambik barang dan bertolak ke Kota Kinabalu.  Hujan masih renyai-renyai.


Kak Ros, Kak Tie bersama malim tak rasmi Abg Mat Sang dan Abang Roy bersama watak sampingan Dik Dah
Sijil Berwarna! Bukti dah sampai ke puncak :)

Bila semua dah sampai ke Timpohon Gate, kami beredar untuk terus ke Kinabalu Park, grab a quick lunch, sembahyang, ambik barang dan terus bergerak ke Kota Kinabalu di mana kami akan bermalam dua malam di sana sambil-sambil menikmati kesedapan sea food.


 
 

  

Maka dengan ini berakhirlah misi kami menawan Gunung Kinabalu.  Syukur alhamdulilah diberi kesempatan masa, ruang, tenaga, keselamatan dan duit untuk menjayakan misi ini. 

However, our heartfelt condolences to those who affected with the 2015 Sabah Earthquake.
The 2015 Sabah earthquake  struck Ranau, Sabah, Malaysia with a moment magnitude of 6.0 on 5 June 2015 which lasted for 30 seconds.  The earthquake was the strongest to affect Malaysia since 1976.

Eighteen people died on Mount Kinabalu, with most of the deaths being Singaporean students from Tanjong Katong Primary School, while about 137 other people who were climbing the mountain were stranded, but were subsequently rescued.



Monday, August 10, 2015

Kinabalu 15-20 May 2015 - Hari Kedua



16 May 2015

Pagi-pagi lagi dah bangun...memanglah pagi sangat around 4 am kot sebab nak sembahyang subuh..kalau bangun pukul 6 pagi umpama sembahyang dhuha je lah sebab Sabahkan cerah awal dari semenanjung.  Lepas sembahyang je terus kemas-kemas bag sebab ketua deligasi cakap kena kemas bagi dan bahagi ke beberapa bahagian.  Satu bahagian yang nak tinggal kat stor kat sini di mana barang-barang tu memang kita takkan pakai kat atas gunung sana.  Satu lagi bahagian adalah barang-barang yang akan kita guna kat atas gunung dan akan di bawa oleh porter dan satu bahagian lagi adalah barang-barang yang kita sendiri akan galas dan isi dengan keperluan sepanjang pendakian kita nanti macam nak letak air mineral ke..tuala kecik ke..dan lain-lain keperluanlah.


View waktu pagi..berkumpul dulu ramai-ramai sebelum breakfast
Ceria di pagi hari..sebelum mendaki memang ceria
Harry Porter
Terengganu BAR - tapi ada jugak yang bukan lawyer terselit selit hehehe
Kinabalu dari kejauhan
Lepas kemas-kemas semua tu, kami berkumpul sekejap sebelum pergi breakfast.  Makanan memang terlajak sedap..sangat sedap kalau tak kerana nak mendaki harus lepak kat restaurant ni lama-lama...cuaca pulak memang nyaman..tambah tambah dapat menghirup teh 0 memang syiok lah!  So lepas makan kami beramai-ramai berkumpul untuk menyimpan bag di stor dan juga menyerahkan bag-bag yang akan diangkat oleh porter.  Harga mengangkat bag adalah RM10.00 per kilo.  Kalau bajet takde, kurangkan letak barang.  Masa ni jugak adalah proses untuk mengenal porter dan juga proses untuk buat permit mendaki.  Alah permit tu macam kad pekerja je cuma dia orang rekodkan pendakian kita, manalah tahu takut terjadi apa-apakan, senang diaorang nak kesan kita tambahan sebagai bukti bahawa kita mendaki dengan kebenaran pihak berwajib.  Gitulah lebih kurang. 

 
Kumpul-kumpul bag untuk di timbang..
Busy body pulak aku kat situ
Kat dalam lodges tu ada stor untuk kita simpa barang-barang yang tak diperlukan di Laban Rata

Information board semua ada kat sini kalau rajin sila baca
Lepak-lepak menanti proses timbang dan lain-lain
 
Lepas semua dah settle kami pun di bawa dengan menaiki van ke kaki gunung ataupun lebih dikenali dengan nama Timpohon Gate.  Timpohon Gate ni dengan erti kata lain adalah laluan masuk dan keluar untuk mendaki gunung kinabalu.  Excited dan berdebar semuanya bercampur baur. 
Tengah tunggu giliran untuk naik van
Ini lah Timpohon Gatenya
Namun sebelum kami dilepaskan, porter@guide terlebih dahulu akan brief serba sedikit mengenai pendakian kami.  Menurutnya, kita akan mendaki sejauh 6 km untuk sampai ke Laban Rata di mana di Laban Rata tu lah kita akan bermalam malam ni dan malam esok.  Maklumat tambaha pulak sepanjang pendakian itu kita akan berjumpa dengan 7 hentian ataupun hut.  Dekat hut tu kita boleh rehat ke..makan ke..nak melepaskan hajat semua boleh...tapi tak boleh tidur je.  So untuk 6 km tu kita akan mendaki berapa jam? haaa terpulang pada kemampuan diri pendaki..yang stamina kuat laju lah..kalau tak kuat...kita jadilah macam kura-kura atau siput..(perli diri sendiri) hahahah.

Laluan or trail mendaki...
Guide dah start bagi briefing
 
 
Masing-masing kusyuk mendengar briefing
Porter dah siap siap angkat barang ke Laban Rata..ni bukan porter kami.
Lebih kurang 9.30 pagi kami pun dilepaskan untuk mendaki.  Jadi mendakilah kami dengan happynya.  5 minit pertama mendaki, kami mendaki seiring dan sejalan. Seolah-olah masing-masing akan susah senang bersama...lepas 5 minit je...."la kenapa plak dia orang ni jalan laju sangat?" hahaha dah kena tinggal rupanya..tak kisahlah ikut rentak masing masing...yang penting kena mendaki jugak.  Jadi mendakilah saya dengan tenangnya seolah-olah i have all the time in the world.  Kalau penat berjalan, saya duduk rehat, setiap kali ada pendaki yang melepasi akan saya tegur termasuk porter yang gigih mengangkat barang-barang untuk di bawa ke Laban Rata.  


 

 
  
 
 





Hentian pertama..abg ubai ada lagi masa ni..lepas ni lesap semuanya
Dalam 1KM pertama - seiring sejalan lagi...
Pengalaman mendaki seorang diri adalah priceless..ketika berseorangan kita akan dengar macam-macam bunyi rimba seperti burung dan serangga.  Deru angin menyisir daun-daun pokok memberi bunyi yang mendamaikan.  Sesekali cuaca berubah gelap menakutkan dan sesekali air akan menitis mungkin wap awam.  Semasa mendaki, sumpah saya tak tahu pukul berapa saya akan sampai atau adakah saya tidak akan sampai langsung memandangkan trail pendakian terus meninggi dengan track yang berubah mengikut ketinggian.  Ada yang berbatu merah, ada yang berbatu macam batu sungai tu...ada juga terpaksa mendaki anak-anak tangga yang di buat untuk memudahkan pendakian.  Bentuk muka bumi amat amatlah berbeza dengan training sendu saya memanjat Bukit Besar...aish nak menangis rasanya...tapi kena kuatkan semangat sebab bila dah berseorangan macam ni..you only rely to yourself.  Guide ada juga menjenguk sekali sekali..lepas tu hilang lepas tu datang balik.  Lucu pun ada juga bila difikir-fikirkan.
Baru 1 KM berjalan..letisang wase
Baru 2.5 km berjalan..masa ni dah berjalan sorang diri

yay..dah 3 KM berjalan...syabas
ok nak sampai dah nak sampai dah..
Tengok tu.makin tinggi plak tangganya
Tangga ni pulak berliku dan berselirat dengan akar pokok

Bila dah berada di 2 km terakhir saya berkenalan pulak dengan couple yang baru kawin, Adli dan wifenya lupa plak nama.  Wifenya seorang atlit tapi baru je lepas operate hujung tahun lepas.  Tapi tetap gigih mendaki walaupun berdikit-dikit..kesian pulak tengok dia..kita ni yang tak operate pun dah tak larat nak berjalan..tapi dia..humm tak boleh nak bayangkan kesakitan dia..tapi semangat dia harus dipuji.

Pendakian harus diteruskan..lebih parah bila air minuman semua dah habis..camana ni....terpaksalah menahan dahaga...ramai pulak yang offer minuman..tapi hmmm selalu je tak boleh nak kongsi air dengan orang jadi...tak pe la..biar je la dahaga nak buat camana.  Sambil sambil menghayati keindahan alam tu tiba tiba nak termuntah pulak....adoi..ni mesti sebab batuk berterusan tak sembuh-sembuh di tambah dengan tekak kering...dua kali muntah..mujur takde orang time muntah tu..kalau tak malu jugak!

Gigih porter ni bawak tilam dari Laban Rata turun ke bawah
Porter ni plak angkut makanan untuk supply ke Laban Rata mungkin berat dalam 10-15 kilo
 
Akhirnya, selepas hampir 8 jam mendaki, sampai lah saya ke Laban Rata....mata terpana sekejap bila tengok pemandangan yang menakjubkan..rasa macam tak percaya bahawa di depan saya adalah Gunung Kinabalu! oh God..tapi seriously..masa baru sampai ni mati-mati saya insaf bahawa saya takkan mendaki esok pagi untuk ke puncak gunung..sumpah! Lepas duduk rehat sekejap melepaskan lelah sambil membebel kat diri sendiri yang mencari bahana, contact kawan-kawan yang dah sampai dan dia orang suruh terus ke cafe untuk dinner.  Sampai kat cafe, ketua kontijen Abg Roy dan Abg Ubai setia menunggu! Menunggu dengan penuh gelakkan..haa gelaklah gelak! Memang masa tu mati mati bagi tau pada Abg Roy dan Abg Ubai memang sumpah taknak daki dah gunung dan memang sumpah la esok takkan join korang daki sampai ke puncak...

Cantik tak view?
Saya di sambut di Laban Rata dengan cuaca yang amat baik..kata sorang climber tu..awak bertuah sampai je cuaca cerah..biasa berkabus susah jgk nak tgk view yang clear lagipun hari dah petang.

Tengah-tengah mengisi perut yang kosong tu campur minum teh sabah bercawan-cawan baru lah sampai ahli yang terakhir, Kak Tie dengan Kak Ros...ops...tak sengaja pulak saya tinggalkan dia orang berdua...semalam dah janji nak jalan sama-sama rupanya janji dicapati..ya ampun sangat-sangat kak Ros and kak Tie..tak sengaja sebenarnya.  Lepas mengalas perut, kami di bawa ke chalet 5 bintang kami untuk berehat dan bermalam.  Tak tahu plak yang chalet ni jaraknya bukan main jauh dari restaurant tu...200 meter kot..or lebih..jalan lagi..naik turun tangga lagi..kaki dah cramp dah ni..tak sabar nak baring-baring (dengan harapan dapat berehat dalam bath tab dan berendam dalam air suam).

Ok time berehat...pukul 2 pagi nanti dia orang akan teruskan misi mendaki ke puncak..dia orang..saya tak mahu..saya nak rehatkan diri.  oh lupa nak cakap, chalet 5 bintang kami ni sangat special..toilet kat luar...takde air panas..memang air sejuk beku nak kencing ke berak ke..samada jerang air panas atau redha je guna air sejuk tu...ya ampun..beku habis satu badan.  Memang tak mandi pun cuma bilas sikit sikit je badan.   Nak ulang sekali lagi...cuaca masa ni sangat sangat lah sejuk..kalau bernafas tu sesekali keluar asap..dan bayangkan berjalan terkedek kedek ke bilik air pakai towel rasa macam best sangat! So good nite all..mimpikan yang indah-indah aje...masuk tidur pukul 8.00 malam..merasalah tengah malam nanti berjaga.... 


Ni chalet@kabin kami..yang lelaki..muat 6 orang
Sebelah kabin lelaki, kabin perempuan, juga muat 6 orang..tgk view belakang tu
Toilet memang kat luar, depan kabin kami, jarak dalam 15-20 meter je.  Takde hot water, nak ke toilet pun rasa mcm nak pergi berperang sebab cuaca dah sejuk, apa tah lagi nak siram air sejuk takat beku tu..jadi fikir-fikirkan lah ye...
Ni suhu pada malam pertama, sesejuk awal winter semasa saya di Seoul tahun lepas

Jom tengok lain-lain pic kat bawah ni..saya tak ada dalam semua pic kat bawah ni sebab masa ni saya masih 1-2 jam di belakang mereka.  Pic courtesy sapa sapa lah yang ada dalam pic ni ya. :)

Makin tinggi makin cuaca makin basah.
Trail macam ni agak ngeri sikit
Ni pun ngeri

Tangga ni la aku paling benci sebenarnya..dah lah tinggi byk pulak tu


Porter selamba je angkat barang..ye la satu kilo RM10 kalau 10 kilo RM100 dah upah dia orang










Trail ni antara yang mempunyai view paling cantik!
Cantik tak Julie?



Trail ni pun menakutkan..mcm dalam cerita Snow White

Pok Ba nengung mende tu?
















Tangga berbatu mcm ni kena hati hati sangat




Tinggi kan tangga berbatu tu...sempat muntah dua kali kat sini


















Ada lagi abang dukung tilam..hehehe