Monday, March 31, 2014

Bali (Bali lagi!) 20 - 24 Mac 2014

Kali ke dua pergi ke Bali.  Kali pertama dulu hujung tahun 2012.  Malas nak tulis panjang2.  Apa-apa pertanyaan boleh terus whatsapp 0199808327 atau boleh refer kepada link di bawah, sila click pada "newer post".

Kali ni saya menginap di Hotel Harper by Aston di Legian.  Memang best hotel ni, bilik besar, ada breakfast and wifi signal kuat.  Yang penting hotel ni dekat dgn kedai-kedai.  So senang nak shopping atau jalan-jalan kalau boring.






Coffee House
Cantikkan biliknya

 Lunch at Bebek Tepi Sawah.  Ni masa hari pertama kat sana.  Makanan kat sini sedap lah jugak dan tak mahal. By the way, bebek is itik.  Memang sedap makan kat sini di tambah dengan pemandangan yang menarik di kelilingi dgn sawah padi hiasan.



















Lunch hari ke tiga kot.  Ni kat Jimbaran.  Actually biasanya orang akan ramai pada waktu dinner, sambil tengok sunset, pastu ada show lagi.  Tapi since kita tak cukup waktu sangat, so kita pegi waktu lunch la.  Biasanya makanan adalah seafood.  Dinasihati sediakan wang yang secukupnya sebab tempat ni memang mahal.









Tengok bil ni..hehehe..jangan menyesal sebab memang sedap...
 Ubud - Memang terkenal kalau nak cari barang-barang lukisan ke...apa-apalah..hatta bag fake pun ada dijual di sini.  Kain batik pun ada.








 

Tegalalang Terrace Paddy Field - Nah pegi tengok sawah padi.  Kat Malaysia pun banyak sawah padi tepi nak jugak tengok tempat orang lain kan..hehehehe












Lain-lain gambar...


Beli souvenir di Krishna - memang murah semua ada kat sini
Ni balai raya apa ntah namanya terletak di Legian.  Hmm kalau dapat baca plat tu mesti confuse
Patung Satria Gatotkaca..bapak besar kau!
 

 

Suka baca ni..hehehe
Airport Ngurah Rai - Besar Airport ni..penat berjalan nak cari gate
Teh botol - wajib minum, best.
Tugu peringatan mangsa bom - Legian
Dua tahun dulu, memang gigih tengok wayang 5D kat sini..
Pak Yanto - supir ke dua kami..memang baik orangnya
Pintu Gerbang nak masuk ke Kuta Beach..masuk ikut pintu lain pun boleh

Kuta Beach

Dua tahun lepas penah stay kat sini...kat McD tu ada jalan kecil masuk dalam
Kuta Beach

ni penorama Kuta Beach - Panas gillerrrr
Panas panas memang sedap minum air kelapa - ambik kau, sebijik RM10.00 hengget

Massage kaki and pedicure..ingat nak duduk aman tenang jiwa sambil minum air kelapa..tapi kena pau urut kaki dan potong kuku...urut kaki RM40.00, potong kuku RM40.00...so memang kopak..next time jangan nak berangan duduk..buang duit je..
yang ni pun kepiting jugak...seronok dengar orang cina Bali bersembang dalam Bahasa Indonesia
Malam terakhir, Pak Yanto bawak makan kepiting lagi..yang ni sedap dan..murah ya amat! hehehe
Dekat warung kepiting tu, ada surau, so boleh dengar orang berzanji dan mengaji

Ada yang tanya saya berapa bawak duit belanja? Kalau pandai berjimat, bawak RM1000 untuk belanja sudah cukup untuk percutian 3 atau 4 hari.  RM1000 tu untuk makan dan juga transportation.  Kalau nak sedap lagi bawak RM1,500 lah boleh shopping sikit sikit.