Thursday, February 14, 2013

Krabi Day 1 (9/2/2013)


Hari ni hari terakhir kami di Phuket...seawal jam 7.00 pagi kami dah check out dari hotel Saria Mansion untuk ke jetty, tujuannya nak ke Krabi.  Pemandu tuk tuk semalam yang ambil kami dari Patong ke Jetty di Phuket Town dan perjalan mengambil masa sekitar 30 minit.  Cost untuk perjalanan ini sama je cam tour semalam, RM60.00 untuk satu tuk tuk.

Pukul 7.40 lebih kurang camtu kami dah sampai ke jetty..selesai semua urusan kami naik lah bot kami tu...panas membahang ok..bot yang takde atas..tapi besarlah dan dipenuhi dengan mat salleh..dia org ok lah nak berjemur apa sekali pun..kami ni? huh legam la nanti jawapnya.  Perjalanan kami bermula lewat jugak dari jadual asal dia..kata nak gerak 8 lebih..tapi hampir pukul 9 baru la gerak..kesal..hampir sejam berjemur atas bot...haruslah aku jadi ikan masin.
Lebih kurang hampir dua jam camtu, kami pun sampai ke destinasi kami iaitu Phi Phi Island.  Ya Allah cantiknya view pulau ni! Bila bot dah berlabuh di jetty...Ya Allah lagi...banyaknya manusia...95% adalah mat minah salleh..rasa kecik je diri ini..crowded sgt sepanjang perjalanan di atas jetty tersebut sebab ada yang tgh beratur naik bot, ada yang beratur turun bot, dan nak melepasi jetty tu ada tol lagi..kena bayar RM2.00 sorang untuk masuk ke pulau tu.  So bila dah lepas tol, perkara pertama yang kami nak buat adalah mencari makanan sebab pagi tadi cuma breakfast dalam bilik.  So pusing pusing pusing jumpa banyak gerai Islam..so apa lagi, kami pun order makanan.  Harga makanan kat sini boleh tahan ye!
Dah makan, baru la pusing sikit sikit pulau tu..rupanya masih ada banyak masa lagi sebab bot ke Krabi hanya akan muncul 4 jam lagi.  Dah petang baru kami sampai ke Krabi.  Pihak bot baik sgt sebab menyediakan pengangkutan percuma utk kami ke Ao Nang road..kalau tak, susahlah sebab kat jetty ni tak de public transport. 

So bermula la journey kami di Ao Nang untuk selama 3 hari.  Kami menetap di Lanna Guest House..lokasinya, 5 minit walk to Ao Nang central..kira dekatlah jugak.  Kami pun check in hotel..hotel kami basically tak lah cun sgt..tapi lokasinya yang agak strategic especially tingkap kami yang mengadap jalan raya tu at least dapat la jugak cuci mata...

Malamnya pulak adalah sesi mencari dinner...first day kat sini so susahlah sikit nak cari makanan halal..actually sebelum sampai kat sini kami dimaklumkan oleh pemandu tuk tuk di Patong yang krabi ni rata rata adalah orang Islam.  So jalan pun jalan, jumpa la satu kedai makan yang tulis halal..tengok pekerja dia pun ada yang pakai tudung..so kami ambik keputusan untuk makan di situ...tengok makanan harga boleh lah tahan..

p/s – kami terpaksa ambik bot untuk ke krabi memandangkan perjalanan dari Phuket ke Krabi dengan bas akan mengambil masa selama 4 jam.  After all kalau kalau naik bot, dia akan singgah di Phi Phi Islands..kira ok jugaklah...tambang bot dari Phuket – Phi Phi Island – Krabi adalah RM120.00 seorang.

Girlgirl dress merah tu namanya Amy, dari Ireland, si mamat singlet puteh tu kuat jual minya nak ngorat Amy..hahha

View at Phi Phi Island

 


Dah sampai jetty
View di Pintu Gerbang Phi Phi Island
View dari jetty
Deretan kedai di Phi Phi Island
Kat belakang tu pintu gerbang sebelum masuk Phi Phi Island

Tourist yang akan ke Ao Nang street jugak
The only Asians in the tuk tuk..including me lah!
Kedai makan Thai food..owner dia boleh cakap Melayu..
Banana Shake



view dari luar hotel



No comments:

Post a Comment