Tuesday, December 10, 2019

Gunung Tahan - A Lifetime Exploration

The squads are the best part of this exploration. They’re the reason this exploration is incredible!

Gunung Tahan, gunung yang menjadi idaman hampir kepada semua hikers di Malaysia.  Maklumlah, Gunung Tahan merupakan sebuah gunung yang mencabar dan point tertinggi di Semenanjung Malaysia. Untuk pengetahuan korang, gunung ini mempunyai 3 laluan untuk ke puncak.

1 - Kuala Tahan-Kuala Tahan
2 - Merapoh - Kuala Tahan or Kuala Tahan - Merapoh
3 - Merapoh - Merapoh




Trail 1 dan 2 tu merupakan trail yang susah, manakala trail ke 3 tu agak santailah kot? Trail ke 3 tu lah pilihan kami, dengan pakej 5 hari 4 malam. Santai tak santai..takde santai kalau bab Gunung Tahan. Trust me.

Uniknya mendaki GT kali ni kami kena bawak barang-barang sendiri. Kalau sebelum ni upah porter je angkut barang tapi pakej GT ni amat mahal kalau nak upah porter angkut barang kita. So nak taknak kena angkut sendiri barang peribadi termasuk jajan, air sedap dan lain-lain keperluan. So on average semua galas bag lebih kurang 10 kg setiap orang. Yang kelakarnya, barang personal tak berat pun, yang berat adalah jajan dan air. Sebab tahu ada dua kem akan kurang air, konon bersedia awal awallah!

Secara mudahnya, trail kami memakan perjalanan selama 5 hari 4 malam, sejauh 64 km, pergi dan balik tambah another 14 km by four-wheel drive untuk sampai ke kaki gunung.

Secara rumusan, kami akan bermalam di kem kem ini:

Malam pertama di kem Lata Luis.
Malam kedua di Kem Kubang.
Malam ketiga di Kem Botak.
Malam keempat di Kem Kor.

Hampir setahun merancang akhirnya pada 27/10/2019 yang lalu impian kami dan aku juga tercapai. Pendakian kali ini merupakan satu pengalaman dan kenangan yang akan di bawa ke akhir hayat.

Hari Pertama

Sebelum mendaki, perkara pertama yang kena lalui adalah declare barang-barang yang di bawa di Taman Negara. Setiap item yang kita pakai, kita bawa akan dikira. Plastik sampah, plastik gula-gula, pakaian semua tu dikira. Antara perkara yang tidak boleh dibawa naik adalah tisu basah (wet tissue) kerana wet tissue ni lambat reput. Jadi kalau bawakpun pegawai Taman Negara akan minta korang tinggalkan. So kita declarelah, siap ada borang. So pastikan nanti bila turun, total barangan kita tu sama cam barangan yang kita declare tu, kalau tak nahas.

Lepas dah settle tu, kami pun menaiki four wheel drive ke Santuari Kelah Kuala Jeram. Disinilah pendakian kami akan bermula.

Ginilah serba sedikit perjalanan kami nanti




Macam nilah keadaan kami yang macam penjual pasar malam pun ada






Hari pertama sebelum mendaki, aku rasa elok je aku macam manusia biasa

semua ceria lagi masa ni
 






Saat-saat sebelum ada orang tergelincir jatuh..siannya bebbi




Walau penat kena ceria sokmo tau









Walau trek landai, selut dan tahan memang tak dapat dipisahkan


Gambar ni aku ambik dari jauh sebab masa ni nak terkencing tak tahan sangat


Pendakian hari pertama adalah ke Kem Luis. Kem Luis jaraknya lebih kurang 11 km pendakian dan akan melalui 5 batang anak sungai. Nasib kami agak baik sebab anak sungai airnya tak dalam dan laju waktu tersebut walaupun sudah masuk musim hujan. Ada cerita dari member yang lain pernah seberang anak sungai sambil junjung bag. Sepanjang perjalanan kononnya taklah mencabar sangat berbanding hari seterusnya. Treknya banyak yang landai ada mendaki sikit sikit. 

Untuk hari ni kita orang pakai selipar je, mudah untuk mengharung anak sungai, pacat pun ada sikit sikit jelah. Punca air bersih senang didapati, kalau air dah habis topup je dari air sungai, boleh terus minum. 100% pure water.  Hari pertama ni kali pertama kaki aku cramp dengan dahsyatnya.  Dari betis ke paha di dua dua belah kaki.  Sakit sampai tak boleh bergerak.  First time kena ni, mungkin bag terlalu berat (almost 11-12 kg), badan tak boleh terima dengan berat bag tu terus terkejut kot.

Akhirnya selepas berjam jam mendaki, lewat petang kami sampai ke Kem Luis, tapak kem pertama yang kami akan bermalam di sini. Kat sini kem site dia tak besar mana, cukuplah untuk kami bermalam dan yang bestnya kat sini ada air terjun yang boleh kami mandi dan minum sepuasnya. Cuaca elok, alhamdulilah. Mandi bersih-bersih, makan dan tidurlah kami pada malam pertama, di Kem Luis.


Kem Site Kem Luis

Ucapan selamat pagi

Punca air di Kem Luis...banyak dan bersih.  boleh mandi

Hari ke Dua

Hari ke dua kami bergerak ke Kem Kubang. Jarak kem Luis ke Kem Kubang kalau tak silap dalam 10 KM. Aku sendiri dah lost kira km hahhaha.  Trek laluan mencabar ya amat, mencabar sampai aku tak ingat satu apa laluan pun kecuali Bukit Good Morning dan Bukit Permatang.  Katanya, laluan mencabar ni tak mencabar lagi sehinggalah laluan yang kita orang akan lalui hari esok! Ni nak citer pengalaman bermalam ni Kem Kubang..jengjengjeng... tapak kem misteri lagi menakutkan ni.  

Kat tapak kem ni biasanya orang tak tidur sebab pendaki biasanya terus shoot ke kem botak.  Tapi disebabkan ramai di antara kami ni tak padu, jadi kami kena berhenti bermalam kat sini.  Kat sini sebenarnya punca air terlalu sikit.  Memang nama pun kubang, jadi punca air adalah dari kubang selut, yang mengalir perlahan.  Itulah air mandi, itulah air minum.  Nak ke punca air ni pun kena turun bukit yang agak berselut, dahlah kawasan puncak air ni menakutkan betul.  Gelap, lembap dan sunyi.  Ada hantu tapi dia tak kacau.

Bergambar kenangan di Kem Luis sebelum bergerak ke Kem Kubang
Suasana di kem kubang, tapak kem kecik je muat muat utk kami

Bila dah sampai kem kubang, inilah fly kami, satu lagi fly laki kat atas, sebelah perempuan

syok minum kopi panas.  kem site ni boleh tahan sejuknya,
bila bercakap asap kuar dari mulut. 
Walaupun waktu tu baru lewat petang
 

Abam Zuri demo tadah air dari air kubang.  Air selut ye. oh air ni kami buat minum.
Ayuh kita bergerak

trek mendaki dan berakar cam ni penat weyyyy






Hari ke Tiga

Hari ke tiga kami akan menuju ke Kem Botak dan seterusnya terus ke puncak.  Perjalanan hari ni lebih kurang 12-13 KM.  Debaran dia lain machiam sebab katanya trek akan lagi teruk, lagi padu, lagi pacak. Cuaca pun macam tak berapa nak elok ni. Memang betul pun, trek pacak mendaki dan terus mendaki, jarang sangat jumpa trek bonus.  Trek mendaki pulak penuh dengan trek berakar, berselut dan berlumut.  Bila dah mendaki berjam jam, nak angkat kaki untuk mendaki terasa amat penat, apatah lagi menggalas bag yang berkilo-kilo beratnya. 

Kami akan lalui check point Blumut - yang memang amat berlumut dan berselut dan juga kem Bonzai yang dipenuhi pokok bonzai.  Lumut lembek ni memang tak boleh bawak bincang, salah pijak memang kaki masuk ke dalam selut yang kita tak tahu dalam dia tahap mana.  Ada yang aku test dengan tongkat sebelum pijak, ya rabbi selut sedalam lutut...bayangkan kalau tersalah pijak, nangislah sorang-sorang kat dalam tu, sapa nak tolong? hahhaha tapi alhamdulilah, tak terpijak lagi sedalam tu, paling dalam yang aku pijak tinggi sikit dari buku lali. 


Bergambar dulu sebelum bergerak ke kem botak

Bergambar di kawasan sebelum masuk ke Kem Kubang, sebelum bergerak menuju ke Kem Botak
sangat berseni gambar ni.  Berselindung di sebalik semak

Cek point Blumut..



Kesian












Kat belakang tu pun ada pokok bonzai jugak, depan pun ada sebatang lagi,
tu lagi lawa tapi tak ambik, terlupa hahahahha

Steady Pok Mang, orang paling gagah dalam group

Tengok air selut tu..aku rasa aku mengerung je..
tak larat dah nak meniti di tebing tebing


Bila dah makin lama dan makin tinggi mendaki, hujan pun turunlah dengan lebatnya di mana kita mendaki dan memanjat bersama-sama dengan air selut yang turun, kita naik air selut turun.  Jadi boleh bayangkan tak kesusahan mendaki tu? Risiko jatuh dan tergelincir amat tinggi ditambah lagi kaki makin penat oiiii. Trek pulak makin mencanak dengan kasut yang disaluti dengan selut.  Ko rasa? Bila dah hampir (dalam 1-2KM) dengan kem botak, air selut yang turun makin lama makin jernih dan sejuk.  Alhamdulilah, air gunung tu, syok gila bila dapat main air bersih camni, kasut yang berlumut berselut tadi dah jadi bersih balik.  So lewat petang camtu kami tiba di kem botak.  Dah sampai kem botak, terus kami shoot ke puncak.  Memang kena shoot terus sebab kalau tunggu pagi esok, kami akan buang masa dan tenaga, sebab esok nak terus shoot ke kem Kor..aish tak tahu la berapa puluh km lagi yang kena harung.

So off we went to puncak, dengan keadaan sejuk, baju basah kuyup dan hujan rintik-rintik sesekali. alhamdulilah, sebelum maghrib kesemua kami berjaya sampai ke Puncak Gunung Tahan.  Puncak yang diidam oleh semua pendaki di Malaysia uols! Perasaan tu? Ya Allah seriously syahdu..all of us, dengan pelbagai keadaan dan taraf kepaduan, semua berjaya naik ke puncak! tak tahu nak cakap bila semua senyum pipi ke pipi walaupun dengan keadaan cuaca gelap, sejuk ,membeku dan hujan rintik-rintik lagi.

Maka dengan itu, bermalamlah kami dengan hati yang girang di kem Botak. Hujan membimbangkan kami sepanjang pendakian ke sini, tapi hujan juga Allah turunkan rezeki dengan air segar yang melimpah ruah, kami boleh mandi dengan sepuasnya di telaga bertingkat 3 tu.  Kalau waktu musim panas, punca air cumanya air menitik dari batu2 dinding di telaga, memang agak mencabarlah.  Alhamdulilah, tuhan memudahkan keadaan kami semua.





Waktu ni dah hampir-hampir nak sampai ke kem botak. Syok main air.














steady ah kak ta, kak tie dan abam mj

Perjalanan ke Puncak Tahan

All happy faces

Masa ni aku tak tahu aku kat mana? bawah sana nungggg kot

Puncak Gunung Tahan! we make did it!

Alhamdulilah semua berjaya!



kluang man


Jump






Hari ke Empat

Lena sungguh tidur malam tadi.  Sejuk hingga ke tulang sum sum.  Alhamdulilah, kemah aku, yang didirikan di atas lecah, selut dan rumput rupanya satu nikmat.  Kemah orang lain secara fizikal memang cun la sebab atas batu, memang tak basah.  Rupanya...batu tu tak rata bai...sejuk double sejuk dari atas rumput..adoi kesian pulak...bertabahlah yang mana sakit urat tu hehehe...

So hari ni kita akan turun ke kem kor.  Kem kor ni kita orang pernah berhenti kejap ari tu, rehat, makan minum.  Kem situ sangat cantik dengan sungai jernih kat tepi tu, tapak kem pun lawa huuuu tak sabar nak tidur kat situ.  So hari ni akan bergerak sejauh lebih kurang 16km kami akan bergerak melalui point - Botak ke Bonsai 3km, Bonsai ke Belumut 5.5km, Belumut ke Kubang 1.5, Kubang ke Permatang 3.5, Permatang ke kem kor 2.5km. Of course korang yang baca ni yang tak penah datang sini mesti terpinga-pinga kan? hah samalah cam aku...main heret kaki je...lagi dikira lagi sakit kepala hahahha.

Turun gunung lagi mencabar berbanding dengan naik ye. Kalau memanjat, banyak gunakan tenaga di kaki dan paha, kalau turun ni entah semua anggota badan aku guna termasuk menggelungsur. Tak kira dah masa ni dengan lumpur ke apa sebab dah pewai dah, dan tak sabar nak ke kem kor, nak mandi!

Aku sampai ke kem kor dah gelap dah, cabaran nak mencari trek ke kem kor sebab dah gelap dan kena seberang satu anak sungai, lepas tu menyusuri tepi anak sungai. Cuak jugak sebab hutan tebal, gelap gelita dan tak jumpa trek.  Tapi mujur la ingat-ingat lupa masa datang hari tu lalu ikut mana...alhamdulilah, tak sesat akhirnya jumpa jugak gang2 yang dah sampai awal. fuhh lega, dapat mandi manda bersihkan badan, baju, kasut...lepas tu dinner dalam hujan rintik-rintik dan tidur pun berhempit..hehehe..dapat panaskan badanlah.  Esok hari penting sebab nak balik..ya Allah bestnya!

Awal-awal pagi sebelum breakfast bergambar dulu.  Awal pagi cam ni awan karpet lawa.



Bergambar kenangan sebelum bergerak turun


Ok, bag dah ringan

Selfie is a MUST!

off we go

Bagaikan itik pulang petang

Chekc point Blumut. Tengah minum air milo campur air "fresh water" kem botak.

Lunch ration.  Makan dalam selut apa kesah


Hari ke Lima - Nak balik dah.....

Hari terakhir, sangat excited sangat happy.  Badan letih tolak ke tepi sebab memang tak sabar sungguh nak balik.  So pagi ni rata-rata bangun agak lewat, tapi taklah lewat sangat..kiranya cuaca dah cerah barulah ramai yang bangun, bersihkan badan, makan, berkemas dan bersiap.  Hari ni kalau tak silap kita orang akan bergerak sejauh 13.5km. Pergerakkan dia cam ni Kem Kor ke Lata Luis 2.5km, Lata Luis ke Kuala Luis 6km dan Kuala Luis ke Kuala Juram 5km total fuhhh hehehe tapi satu advantage sebab trek dah makin mendatar, alah macam hari pertama tu, cuma kena harungi 4 anak sungai hari ni. oh yeah! Mari main air.

Akhirnya, hampir-hampir zohor camtu kami semua sampai ke Kuala Juram, alah tempat yang kami mula-mula bergambar sebelum mendaki tu. Sesambil menunggu four wheel datang, kami mandi manda sambil bergossip bercerita cerita sepanjang kami berada di dalam hutan...

Jangan lupa, sebelum kami diberi sijil (ye ada sijil ye!) kami kena declare kembali barang-barang yang dibawa turun.  Total semuanya mesti sama macam yang kita mula-mula nak mendaki tu. Alhamdulilah semuanya ok dan beres.

Maka dengan itu berakhirlah perjalanan kami 5 hari 4 malam di Gunung Tahan.  Semua akan jadi kenangan yang amat manis suatu masa nanti.  Antaranya:

  • Basuh baju, jemur, esoknya pakai baju basah tapi kering di badan.  Baju mendaki hanya ada dua helai sahaja..hahaha...
  • Nasi asyik mentah sepanjang masa, hanya dua-tiga kali je makan nasi lembek (nasi lembek conform masak).  Time nasi mentah kami tak makan takut sakit perut, mujurlah bawak roti berbuku buku, biskut, bolehlah alas perut.
  • Hari pertama mendaki, lepas beberapa jam kaki aku cramp dengan teruknya.  Dua -dua belah kaki cramp, mula-mula dari betis lepas tu berjangkit ke belah paha.  Hari ke dua kaki dah mula bekerjasama, dah takde cramp.
  • Akan diingati dapur haram - saat-saat kecemasan di kem site yang tiba tiba nak minum air panas, mujurlah ada bamboja yang sentiasa standby dengan dapur haram...dapat juga cilok minum air panas.
  • Kaki sentiasa basah kecuali waktu tidur.  Sepanjang hari pakai stocking dan kasut basah.  Peluang untuk kaki melecet amatlah tinggi, tapi alhamdulilah, kaki aku amat bekerjasama, langsung tak melecet cuma kuku kaki hampir-hampir tercabut.
  • Pacat tak banyak! Lega. Tapi adalah jugaklah terkena gigit dengan pacat satu dua tempat kat kaki ni.
Masing2 tengah packing.  Aku tak tahu kenapa aku buat muka
bodo camni hahaha

Muka bangun tido sangat. hehehhee
Best mandi kat sini..air jernih dan sejuk, ikan pun banyak tapi awas ada 
belalang jahat..suka suka je gigit betis dan paha

Selepas berjam-jam menempuhi onak ranjau duri akhirnya sampai jugak aku kat sini. 
Pulang ke pangkal jalan...

Dapatlah sijil sekeping. Oh masa ni UiTM Terengganu tengah berkonvo ke 91,
tapi aku konvo di Puncak Tahan.  Terbaik la bro.
I don’t want to forget anything that happened on this tour. It was one of those remarkable moments in time when everything felt exciting.

Looking out into an endless jungle trails, that was everything. We’re all really sad that it’s ending, but we’re happy because of what it was.”