Monday, June 6, 2011

Apa yang Paling Penting?

Satu persatu helaian kenangan bermain di fikiran..satu persatu lembaran di buka, satu persatu kenangan dari 80 an, 90, dan sekarang bermain di fikiran...ada yang indah, ada yang gulana....satu persatu cuba di pertahankan di kotak fikiran dan satu persatu jua cuba di buang...namun apa yang cuba di buang sering kali berputar-putar umpama putaran roda yang tiada penat berpusing. Cita-cita adalah perkara yang sering berputar-putar di fikiran..sepanjang masa..walaupun sudah berjaya mendapat pekerjaan yang mulia, tetapi masih tidak mencapai cita-cita...sebenarnya apa yang aku inginkan dalam hidup ini? kerja yang bergaji besar? kerja di luar negara? kerja yang lagi mencabar? mungkin semuanya...tetapi hanya satu sahaja yang tiada galang ganti...kerja yang membolehkan aku berjumpa dengan ibu-bapa setiap minggu..sekiranya ada kerja yang berkriteria di atas dan mampu untuk aku perolehi, i'll let go teaching, tapi sekiranya tiada, aku tidak akan korban masa bersama keluarga.