Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Dalam beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan 2012.  Cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru je semalam masuk 2012.. masih ingat lagi tahun lepas (2011)....waktu-waktu mcm ni kami masih sibuk berada di kampus, walaupun pada masa itu adalah cuti pertengahan semester, berbengkel untuk Chammak Chenta..what a lovely memory dan masih ingat lagi..detik 12.00 tengah malam 2011 kami masih berada di Dewan Utama.

Tapi itu semua kenangan...kenangan melewati masa dan keadaan...2012 adalah tahun yang paling happy, tahun yang paling kurang mencabar dan tahun yang paling leisure.  Mungkin kerana sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang, yang kadang kala menimbulkan rasa tidak puas hati bagi orang lain.  Saya tahu, banyak perasaan yang terkorban dan sakit hati kerana kami.  Mungkin saya leka bahawa ramai lagi orang yang sepatutnya saya sayang dan ambik berat, yang telah saya abaikan....I am so sorry.  If I can, I want to say let me feel this for one last breath because I wont feel again after this...dan biarlah saya jalani hidup saya yang bahagia ini, walaupun buat sementara waktu.

What ever people may think about him, me and us, ia tidaklah seperti itu dan apa sahaja orang mau cakap mengenai saya - saya bodoh - buang masa - buang perasaan atau apa sahaja...saya abaikan..memang saya marah...tapi saya tidak boleh kata apa apa kerana itu adalah apa yang korang fikirkan.  Cuma saya tahu...one fine day, all of you are just wrong because he is not what you been thinking of.  Percayalah!

Saya mahu tinggalkan 2012 dengan rasa penuh kesyukuran dan happy, syukur kerana di beri nafas, tenaga dan rezeki yang berpanjangan.  Alhamdulilah..semoga 2013 juga dilimpahi rezeki yang berpanjangan...but for sure 2013 akan menjadi tahun yang penuh cabaran baik dari segi kewangan, kerjaya dan masa depan.  Saya tahu..cuma biarlah masa yang menentukan.  So...selamat tahun baru, saya tinggalkan dengan dua lagu palinggggg fav..satu lagu sedih, satu lagi happy...

    

Tuesday, December 18, 2012

Rindu

Saya rindukan saya yang lama..kenapa saya sudah berubah?  Saya adalah bukan orang yang dulu lagi..saya adalah orang yang lain..yang terperangkap dengan perasaan yang saya sendiri tidak boleh uraikan.  Saya mungkin tidak berubah 360 darjah..tetapi perubahan 180 darjah ini betul betul membebankan saya..perasaan, hati dan jiwa menjadi taruhan.  Sampai hati!

Walaupun kau bukan kekasih..namun bukan sekadar teman biasa..hadirmu membawa cahaya...terima kasih.  Saya harap awak tidak berubah..gilakah saya kalau setiap kali selepas sembahyang mendoakan supaya awak tidak akan lupakan saya walaupun di mana awak berada dan walaupun siapa awak nanti.  Saya harap saya tidak gila.

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12

Tarikh ni cantik...cuma terjadi sekali sahaja dalam dunia ni..kalau nak tunggu tarikh yang hampir sama macam ni, kena tunggu 100 tahun lagi...dan akan jadi cam ni jugak: 12-12-12 (2112).

So far tak buat apa-apa pun hari ni..cuma rasa cam terasing je..itu je...terasing dalam keriuhan...complicated tu.  Minggu ni adalah minggu ke dua untuk semester ni.  Cepat sungguh masa berlalu..kalau dihitung memanglah cepat sangat-sangat masa berlalu.  Tapi aku masih rindukan semester lepas, seriously..rindu sangat-sangat..tak tahu kenapa..mungkin vibrant nya lebih atau mungkin vibrant semester ini belum terasa? or....mungkin semester lepas lebih bermakna? Entah..dont know..but for sure I miss the moment of strawberry smoothie, the moment I think u really needed me and etc etc.  I miss those days!

Tapi tak kisahlah..sedangkan pantai lagi berubah dipukul ombak..inikan hati, perasaan dan tingkah laku.  U did nothing wrong, it is just me, being in my own insanity.  Tapi, deep in my heart, aku selalu mendoakan agar dia OK, tidak berubah dan sentiasa berbuat baik..like what he is used to, now and then.

Minggu ke dua ni, latihan teater sudah kembali! Besar kemungkinan teater ini adalah teater yang terakhir, sebelum MAPLE melabuhkan tirainya...I am not sure adakah ini keputusan yang tepat or..adakah there will be rebirth of MAPLE? I do not know...hanya masa yang menentukan arah tuju kelab ini.






 

Friday, December 7, 2012

Hati

Saya mempunyai hanya seorang anak saudara lelaki..namanya Haikal, anak kakak saya...tahun depan dia masuk darjah 4.  Haikal seorang kanak-kanak yang cerdik dan tak susah nak jaganya...cuma makan tu dia memilih juga..kurang makan nasi kecuali ada lauk fav nya.

Semasa dia berumur 6-7-8 tahun camtu..saya baru je kerja dan baru membeli kereta dan selalu juga balik ke Dungun during the weekend.  Kalau dah balik Dungun biasalah saya akan ke kedai membeli barang-barang keperluan dapur untuk emak atau lauk pauk..biasanya Haikal akan merengek untuk ikut sama...kadang-kadang dia tak cakap nak ikut, tapi tengok muka dia pun dah tahu dia nak ikut...pantang kita pelawa sikit terus dia sibuk nak tukar baju, seluar dan cari selipar..terkedek dia berlari ke sana ke sini.  Tapi selalunya saya la yang selalu menghampakan dia..tak mahu ajak dia bersama..walaupun dia memang sangat sangat nak ikut keluar...

Now, dia dah nak masuk darjah 4, pada tahun hadapan, maksudnya dah berumur 10 tahun.  Tiap kali saya balik ke Dungun dan ingin keluar membeli barang...dia dah tak mahu ikut...even ajak ke McD or KFC pun dia dah tak minat...sebut la apa jenis mainan yang dijual pun dia dah tak mahu..ajak la mcam mana pun..dia takkan ikut...bagi dia stay kat rumah tengok tv atau main dgn kucing lagi bagus.  Mungkin dia dah besar atau mungkin dia pernah merajuk dengan saya?  Kesal pun ada jugak...walaupun bukan anak sendiri, tetapi saya sudah terlepas quality time dengan Haikal semasa dia membesar.

Saya rasa mungkin ganetik kot..saya pun seperti itu juga mudah merajuk dan terasa hati.  Kalau terasa hati, saya pendam saje..saya jarang luahkan pada orang..kadang-kadang tak pernah luahkan pada sesiapa... walaupun sebenarnya saya lah tempat rakan-rakan meluahkan perasaan.  Hati dan perasaan saya tak pernah ada yang mahu ambil tau..kalau saya terasa hati...saya rasa jauh hati sangat-sangat...saya akan duduk sorang-sorang dan kadang-kadang menangis sorang-sorang.  Memang perangai saya kalau mahukan sesuatu saya akan usaha untuk mendapatkan...kalau janji pun saya cuba tunai dan kalau orang berjanji dengan saya pun saya harap orang itu akan tunaikan juga...kalau dia mungkiri..saya rasa jauh hati sangat-sangat..rasa terkilan dan terasa air liur begitu pahit untuk di telan.  

Kalau awaklah tempat saya meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dan rahsia saya..maksudnya awak adalah seseorang yang sangat-sangat istimewa dalam hidup saya.  Sebab saya tak berkongsi cerita saya pada semua orang..hatta dengan family saya sendiri pun.  Saya harap kepada mereka yang saya berkongsi cerita dan rahsia itu, dont break my heart into pieces sebab awak adalah seorang yang amat bermakna dalam hidup saya.


Saturday, December 1, 2012

New Semester and Skyfalls

Hari ni 1 Disember 2012, cepat betul masa berlalu...teringat pulak Disember 2011 di mana kami begitu sibuk dengan Produksi Malam Bulan di Pagar Bintang yang akan dipentaskan di Dewan Aspirasi.  

Sepanjang weekend ni sibuk dengan aktiviti sendiri...check in di Homestay Anees di Seberang Takir, pegi ke Dungun untuk memeriksa homestay, then check in di Felda Residence.  Penat tapi of course memuaskan hati dan seronok.

Esok bermulanya semester baru, Disember - Mac 2012.  Semester yang saya andaikan semester Skyfall.  Kenapa skyfall? Ada tengok James Bond Skyfall kan? kisah secara sinopsisnya kembali ke tempat asal..Yes, it is a skyfall untuk semester ini.  Semester ini akan berlaku begitu banyak perubahan terutamanya dari segi pengurusan.  

First, Pn. Fadhilah iaitu Penolong Rektor sudah menamatkan tempoh jawatan tersebut dan akan bercuti tanpa gaji sepanjang 25 bulan setelah menjadi Penolong Rektor bagi kampus KT selama 5 tahun (2008-2012).  Yang kedua Pn. Mimi, ketua program OM114/BM118 pula telah berjaya tukar kampus ke UiTM Machang yang akan berkuatkuasa pada 2 Disember 2012, dan sedang menanti keputusan permohonan Biasiswa Ph.D.  Pn. Mimi telah menjadi KP semenjak tahun 2008.  Saya ucapkan selamat jalan dan selamat berjaya kepada kedua-duanya.  Semoga sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Esok adalah first day Semester Dis-Mac 2013, semester Skyfall.  Semester kali ni tiada pengambilan pelajar semester 1, semester yang semua pelajar lelaki telahpun berpindah kolej Kerawang..dan..."skyfall".  Maaflah kerana saya tidak boleh definekan dengan lebih terperinci apa yang saya maksudkan dengan Skyfall tersebut..kalau faham cerita James Bond tu, fahamlah maksud saya.  Mungkin kalau dah confrm I will inform later..tapi buat masa sekarang biarlah rahsia.

Apa lagi ye nak tulis..owh semester ni juga mungkin adalah semester terakhir produksi MAPLE.  Insya Allah MAPLE akan berehat, mungkin untuk selama-lamanya.  Maple is my baby.  He is 5 years old, going to be 6 this coming January.  And I have to shut him down.  Berat hati, tetapi, andai kata inilah yang terbaik, ini lah yang harus saya lakukan.  Semoga Maple akan bersemadi dengan tenang bersama-sama kenangan yang tidak boleh di jual beli.

Tidak lama lagi tamat lah riwayat hidup
Grad bersama
Tinggalkan tanah air tercinta
Cita-cita terkubur begitu sahaja
Kami harap kami akan dirindui
Doakanlah yang terbaik untuk kami 
Maafkanlah segala salah dan dosa kami
November 21, 2012 

Sekian buat sekarang, jom nyanyi sama sama Skyfall from Adele, semoga terubat hati ini. 


 This is the end
Hold your breath and count to ten
Feel the earth move and then
Hear my heart burst again
For this is the end
I've drowned and dreamt this moment
So overdue, I owe them
Swept away, I'm stolen

Let the sky fall, when it crumbles

We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall
That's sky fall

Skyfall is where we start

A thousand miles and poles apart
Where worlds collide and days are dark
You may have my number, You can take my name
But you'll never have my heart
 
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall

(Let the sky fall, When it crumbles, We will stand tall x2)


Where you go I go

What you see I see
I know I'd never be me without the security
Of your loving arms keeping me from harm
Put your hand in my hand and we'll stand

Let the sky fall, when it crumbles

We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall

Let the sky fall

We will stand tall
At sky fall
Ooooo...