Tuesday, September 7, 2021

Burn Out

Susah aku nak explain keadaan aku sekarang.  Aku rasa aku dah burn out.  Banyaknya kerja nak settle.  Kalau aku list satu satu memang korang pun terkejut.  Entahlah aku pun tak tahu nak manage diri aku dah.  Waktu kerja 8 jam sehari aku duk hadap menda lain.  Mende lain tu contohnya skrang cuti semester, aku kena hadap keje keje pentadbiran.  Aku kan ketua jabatan.  Kena buat marketing, at the same time kena layan karenah pelajar dan bakal pelajar.  Semua nak kena entertain.  Memanglah half of my admin work tu aku dah pass pada assistant aku tapi ada lagi keje lain.  Kerja-kerja elearning nak kena ambik tahu, projek2 e-learning nak kena siapkan, team yang tak siap kerja kerja elearning kena pantau jugak sekali sekala.  Sekarang ni lagi haru, cuti sem tapi program webinar berlambak-lambak.  Ada kena jadi moderator - nak jadi moderator kena siapkan text sendiri.  Ada yang membantu bagi text lepas lepas tapi bila baca aku sendiri jadi pening.  Aku ni kalau jadi moderator program santai dan dalam Bahasa Melayu aku sangat sangatlah ok..tapi kalau dalam English, aku memang kena usaha lebih sikit lah persediaannya.  Tu yang ambik masa sangat.  At the same time, program webinar dengan pelajar pun berderat, kena betulkan dan tengok jugak text dia orang.  Tak boleh lepas macam tu je, kita kena guide.

Marketing and consultation pun aku selit selit waktu yang ada.  During office hour ke, after office hour ke sama je servicenya.  Kadang-kadang aku tak angkat langsung call bakal pelajar especially sebab aku rasa penat.  Ada bakal pelajar yang dah 2-3 semester call dan tanya mende yang sama.   Tak ke aku pun fedup? I mean kita memang nak bantu dia, tapi kalau camni, nampak macam tak serious, please dont waste my time.

Kesian kat diri aku sendiri.  Aku pun ada gol, ada matlamat harian.  Kerja kerja phd aku terbengkalai camtu je, even pada waktu malam aku still tak boleh allocate nak buat kerja phd. tu yang aku berjaga dari pukul 12 hingga pukul 3 pagi slumber je, esok awal pagi bangun buat keje-keje admin.  Korang tak rasa cam ni korang rasa korang je burn out.  Lagi kelakar ada member penah cakap dia burn out.  Ko burn out apa bro, ko ajar kelas yang student ko sama banyak dengan jari kaki aku, loading mengajar ko sama banyak dengan hari seminggu, ko tak de tanggungjawab dalam fakulti dan kampus still ko cakap ko burn out? WTF? God must be crazy then!

Minggu ni siapkan file porfolio apa ntah utk audit.  Korang yang bising-bising ni nak kena sediakan file yang korang ajar je.  Bukan ko kena sediakan file-file berkaitan fakulti atau department.  Aku? hmmm satu pun belum ready.  Sedihlah mcm ni.  But seriously, Ogos 2021 aku akan balas dendam.  Tengoklah kalau tak percaya.