Friday, February 15, 2013

Ao Nang, Krabi - TIPS

  1. Transit dr Phuket ke Krabi ada dua options.  Satu bas dan satu boat.  Bas mengambil masa sekitar 4 jam..dan tambang kalau tak silap RM50.00..rasanya bas akan sampai ke Krabi Town.  Meanwhile, boat akan transit dulu di Phi Phi Island selama 4 jam, kemudian straight away ke Ao Nang, free transport to hotel.  Tambang boat RM120.00.
  2. Sila stay di Ao Nang road kalau berada di Krabi..not in Krabi Town...sebab Krabi Town tu bukan tempat tourist...tempat tu lebih kurang Bandar Dungun or Bandar Kuala Terengganu je...
  3. Tak seperti Patong, Ao Nang street ni tempatnya betul2 tepi pantai, angin kuat dan nyaman...walaupun cuaca panas membahang...angin tetap kuat.
  4. Makanan halal di Ao Nang sangat lah senang untuk dicari...kalau nak makan kat restaurant, boleh cuba makan di Lemon atau Bamboo...tapi Lemon lagi sedap...Warong Thai Food pun ok...dan paling utama boleh cuba makan di stall sepanjang jalan kat central Ao Nang (ramai orang Islam yang bukak stall ni).
  5. Fruit shake kat sini murah dari Patong...kat sini boleh dapat dalam RM2.00 camtu...kalau kat Patong tak dapatlah..
  6. Nak cari souvenir yang murah-murah ada yang suggest pegi Krabi Town..tapi saya tak sempat nak cari barang kat sana..cuma beli barang kat Ao Nang saja..tapi...kena pandai tawarlah...kalau nak selamat, boleh beli barang kat Phuket..barang cam t-shirt kat Phuket lebih murah hoccay!
  7. Kalau rasa nak snorkeling or melawat pulau2 di Krabi..byk agency yang boleh bantu uall..macam-macam harga yang dia org boleh tawarkan.
  8. Kat sini pun banyak Family Mart dan Seven E.
  9. Yang paling utama, kat Krabi ni ramai gila orang Malaysia yang drive dr Malaysia ke sini..so senang sangat nak nampak kereta plat Malaysia.
  10. Disko kat sini tak banyak..or tak de..or kami yang tak nampak..so kat sini kiranya lagi rilex dari Patong...less noise...traffic pun slow..
  11. Boleh sewa moto kalau nak tour satu Krabi..sewa cuma RM25.00 untuk sehari..tapi kena tinggal pasport sebagai deposit..jangan hilangkan motor tu dah la...
  12. Kalau nak isi minyak..tengok dulu level minyak tu,..kalau dah ada separuh tak payah isi lah..jgn jadi cam kami isi penuh tapi minyak tak luak pun sebab..Ron91 cam jimat gile..
  13. Jalan raya kat sini sangat lah licin..sebab apa..jalannya berkilat time panas...so hati-hati kalau bawak motor ye!
  14. Massage kat sini pun sama cam kat Patong, bersepah..boleh cuba Thai Massage..sangat refreshing...
  15. Kalau tak book hotel awal awal from the internet..boleh walk in saje...(tu pun kalau bukan peak season lah)..policy hotel kat sini..kita boleh tengok bilik dulu..kalau tak berkenan boleh cakap tak nak duduk..senang kan?
  16. Hotel Islam kat sini saya tak jumpa..maaf...
  17. Makanan kat sini pun mahal..sama cam kat Patong..kalau nak makan yang goreng-goreng tu harga bermula dalam RM6.00 lebih...even makan kat stall tepi jalan pun nasi goreng harga nya RM5.00.

2 comments:

  1. nak tnya kalau sewa motor kat ao nang selamat ke tinggal passport?ade scam ke?blh suggest tmpt sewa motor?sy nk ke krabi bulan 8 nnt,mne thu nk sewa mtor jgk,tapi ade tbca pasal scam motor dkt krabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kalam Hijau

      So far tak sure la pulak pasal scam tu sebab saya dan juga kawan2 yang penah pergi krabi yang penah sewa motor memang tak penah ada masalah apa apa...Saya sewa moto (of course kena tinggal pasport) melalui guest house tempat kita org stay tu.

      Delete