Thursday, November 22, 2012

Tips berjalan-jalan di Bali


Tips berjalan-jalan di Bali

Walaupun tips macam ni boleh je google, tapi tak pe la I bagi je tips base on my personal experience.


  1. Time zone sama, so tak perlu nak ubah jam.  Tapi perlu diingat, waktu cerah dan gelap berbeza...kira cam duk kat Sarawak lah..kul 8.00 pagi kat sana dah panas cam kul 10.00 pagi kat Malaysia.  
  2. Kalau nak tengok sunset, pergi la awal-awal..sebab gelap kan cepat kat sana..kira kul 5  petang tu should be ready dah untuk tengok sunset..sebab kalau pegi dalam kul 6-6.30 mungkin matahari dah tak de..sebab gelap dia cepat. 
  3. Sila tukar matawang kat Malaysia siap siap sebab kalau tukar kat sana, rugi..dia beli murah. 
  4. Bali tidak pernah hujan..kalau hujan pun cam gerimis dan sekejap sahaja..so tak perlu bawak payong or baju hujan. 
  5. Kat Airport banyak tourist guide, tapi kalau boleh cari yang Islam, sebab senang nak cari makan nanti. 
  6. Jarak dari airport ke Kuta cumalah dalam 20-30 minit sahaja, dan tambang teksi around RM50-60 (kalau tak silap). 
  7. Kalau boleh, nego la dengan tourist guide itu untuk dapatkan tiket masuk ke mana mana tempat dengan harga domestic.  Boleh jimat sehingga RM5.00 seorang. 
  8. Biasanya harga untuk tourist guide selama 11 jam adalah dalam RM150.00.  11 jam tu boleh cover banyak tempat...boleh refer kepada posting saya di Part 1. 
  9. Bali ni tempatnya besar..mcm negeri gitu..so kalau nak senang, boleh stay di Kuta.  Kuta ni kawasan pantai.  Semua ada kat sini dari food court hingga ke kedai-kedai grocery (Cirle K) dan jugak shopping complex.  Hotels banyak dari 5 star ke budget hotel or inn dan juga disko.  Tapi tu dah masuk legian..alah jalan kaki 20 minit dah sampai..dekat jek. 
  10. Tempat shopping barang-barang souvenir banyak.  Tapi kalau boleh pergilah ke Krishna, kat sana murah sebab miliknya gabernor.  T-shirt Bali yang berkualiti boleh dibeli dengan harga RM15.00 sehelai dan juga lain-lain seperti clutch batik (RM3.00), keychain, fridge manget dan lain-lain termasuk barangan kecantikan. 
  11. Kalau di tawar magic mushroom, jangan memandai nak minum sebab tu adalah drug yang boleh memabukkan dan juga khayal. 
  12. Mana-mana tempat kalau pergi, biasakan diri memberi tips kerana dia org ni suka mintak tips – refer Bali part 1 – kena pau dengan nenek. 
  13. Macam kat Malaysia, parking pun kena bayar, tu biasanya kita yang kena bayar..tak banyak Cuma RM2.00 cam tu..standard ar.. 
  14. Bagi yang tak pernah travel ke luar, cam biasa hati-hati bila nak makan di food court tu, cek menu ada tak dia sediakan pork. 
  15. Nak masuk ke temple, biasanya dia sediakan kain untuk kita pakai.  Cam non-muslim la nak masuk masjid kena tutup aurat kan..so jangan degil, pakai je kain tu..kalau taknak duduk kat luar.  Kena hormat agama orang. 
  16. Overall, perbelanjaan saya di Bali lebih kurang RM2,000.  Tu untuk berdua.  Saya banyak habiskan duit membeli barang souvenir.  Kalau nak jimat, beli je keychain, u akan save banyak duit. 
  17. Air es – ais kosong, Es Tea – Teh o Beng, tapi teh tak sedap rasa cam bunga jasmine. Yucky!

T-shirt Bali...murah dan berqualiti
Clutch yang harga dalam RM3.00 - RM5.00
T-shirt lagi...yang hijau tu untuk Haikal
Key Chain craving
Ini gratis saja.
Bag sandang, untuk isi assignments
Plastic bag Krishna

    2 comments:

    1. sis...tshirt n FM kt krishna brape range harga?

      ReplyDelete
      Replies
      1. hi Cik Awesome, t-shirt tu murah je...boleh dpt dalam RM15.00 camtu pun ada...FM kat Krishna masa tu tak de...jadi kami beli kat tanah Lot...murah je..dalam RM10 boleh dapat 3 0r 4 cam tu..kat Krishna ada FM yang kayu..tak cantik..tapi murah sgt sgt

        Delete