Friday, August 9, 2019

Blogku Berusia 10 Tahun!

Sedar tak sedar blogku kini telah berusia 10 tahun.  10 tahun yang lalu, Facebook agak asing di media sosial.  Masa tu baru lepas ledakan Friendster dan Myspace perlahan-lahan mengambil tempat Firendster.  Facebook pulak baru nak naik masa tu, ingatlah posting pertama di Facebook masa 2009 dulu takde orang likes dan takde orang komen.  Friendlist pun tak tahu la sapa sapa main add je..orang add kita, walau tak kenal pun approve je.  Sebab masa tu tak berapa nak paham fungsi Facebook. 

Tapi..masa tu yang paling ngetop adalah blog.  Kiranya waktu tu ramai gila ada blog tambah2 students, mesti ada blog punya.  and to me my first posting di buat pada 29/7/2009 yang lalu, memang dah lebih 10 tahun dah.  Buat blog ni pun sebab terikut-ikut dengan netizens masa tu memeliki blog, baru intrend katanya.  Jadi, kitapun buatlah jugak blog.  Kelakar betul.

Selama 10 tahun ni, memang blog ni tak berubah wajah langsung, masih pakai background yang sama dan curtain yang sama.  Jadi meraikan 10 tahun wujudnya blog ini, blog ini telah dimakeover sedikit, diberi sentuhan yang lebih segar tanpa mengubah format yang asal, tukar langsir baru, tukar nama sekali.

Tak kisahlah camanapun, sebab aku nak lupakan kisah yang lalu, baik aku buang semua mende yang boleh mengaitkan aku dan dia termasuk blog ni.  Terima kasih kerana membaca.



Monday, August 5, 2019

Eskpedisi Gajah Terom Sekayu - 2 Ogos 2019

Lama sungguh tak update dalam blog ni. heheh..malas nak menaip sebenarnya. Ok nak cerita sikit.  Weekend lepas aku dan kawan-kawan Santai Hikers berpeluang mendaki Gunung Terom Sekayu.  GTS ni first time kot aku dengar.  Sekayu tu banyak kali dah pegi tapi tak tahu pulak kat situ sebenarnya ada gunung. 

Mula-mula sekali, sebelum mendaki proses pertama yang kami buat adalah memohon permit. Seperti gambar di bawah ni, resit permit untuk mendaki.  Jangan sesekali mendaki tanpa permit ye. Melainkan nak daki Bukit Bauk, Bukit Besar atau Bukit Maras tak perlulah.



Trip pendakian kali ni melibatkan lebih kurang 20 orang di mana hanya 16 sahaja yang mendaki selebihnya menunggu di homestay.  Tema kali ni "tak kejar puncak tapi kena bawak beban".  Maksudnya memang takkan sampai puncak tapi lebih kepada training membawa bebanan.  Ikutlah nak bawak berapa kilo - 5kg, 10kg atau 20kg. Aku bawak 4.5kg di mana 3 botol air saiz besar 1.5L X 3.  hahahhaha

Malam Sebelum Pendakian

Seperti biasa dah namanya kumpulan mendaki Santai Hikers dan makanan berpisah tiada.  Kami sempat berBBQ bakar kambing dan makan maggi ketam serta buah-buahan tempatan.  Memang syok gilalah.  Ditambah dengan sambutan birthday secara kecil-kecilan.  Makan kenyang-kenyang esok pagi boleh burn lemak. 







Hari Pendakian

Seperti biasalah sebelum pendakian kita mulakan dengan sedikit taklimat, bacaan doa, regangan badan dan juga mengambil gambar.  Gambar bawah ni ada nampak homestay kami menginap.  Kami ambil dua homestay yang besar tu..dikhabarkan bahawa kedua-dua homestay tersebut sudah lama tidak berpenghuni...jengjengjeng...



Maka setelah selesai acara tersebut kamipun memulakan pendakian kami.  Trek mula-mula ni macam gunung tebu pun ada. Di awal pendakian memang seronok sebab tengok sungai, air terjun yang sejuk mata memandang.  Keadaan bersih tiada sampah.  Lagi tinggi kami naik lagi cantik pemandangan.  Sehinggalah kami naik turun bukit yang sama sebanyak dua kali.  Sebenarnya kami berpusing di tempat yang sama.  1/2 jam kami habiskan masa turun naik bukit.  Agak pacak trek yang kami kena "game" ni tapi ye la bersabar jelah.


Rehat sebentar.  Gambar ni betul-betul diambil sebelum kami berpusing di tempat yang sama untuk kali ke dua.  Naik dan turun bukit.  Entah camana boleh berpusing tidaklah kami tahu dan perasan.
Sepatutnya kami ambik trek belah kanan, tapi kami jalan je straight masuk hutan, mendaki balik dan jumpa tempat ni untuk kali ke dua, tapi baru tersedar yang kami patut lalu ikut belah kanan.. bukan straight.  Ngerikan?

Lepas kena game tu kami rehat sebentar dan meneruskan perjalanan.  Sampai di  satu kawasan tu, tanah agak mendatar, bersih dan tiada semak tetapi terdapat dua batang pokok ara (fig @ tin) liar.  Berbuah lebat nampak enak je.  Mesti ada yang jaga tu, kalau tak takkan kawasan tu bersih..tanah pulak lapang, rata dan tiada semak samun.
kawasan kat sini ada dua batang pokok ara, kawasan bersih, lapang dan takde semak samun...hmmm jengjengjeng



Kami meneruskan perjalanan, cut off time pukul 1 tengahari sebab kami target untuk sampai ke camp site pada waktu tersebut dan seterusnya patah balik turun kerana tidak merancang untuk bermalam dan sebaiknya untuk elak daripada turuh ke kaki gunung dalam keadaan gelap.  

Tengah syok berjalan tu, kami terpaksa melintasi satu anak sungai yang berbatu of course untuk menuju ke camp site yang jaraknya mungkin 1 jam perjalanan lagi.  Kami sudah berpecah kepada dua kumpulan, dan aku kumpulan ke dua.  Tengah duk seberang sungai tu, bunyi kuat gedengang memecahkan kehenian hutan rupanya seekor biawak terjatuh daripada atas pokok. Kuat gila, aku rasa kepada dia terkena batu kot.

Kami meneruskan perjalanan lagi menyeberangi sungai tersebut setelah biawak pun hilang dan perasaan terkejut dah tiada.  Jejak kaki sedikit je keluar daripada sungai untuk masuk ke trek orang paling depan menjerit "lari! ada tebuan".  Kami yang kat belakang ni apa lagi bertempiaran lari.  Yang sebelum tadinya melintasi sungai dengan amat berhati-hati takut tergelincir tapi kali ni bila dah panik seberang sungai tak de fikir nak jatuh dah, cuma fikir nak selamatkan diri je, elok pulak berlari atas batu tu takde sorang pun yang tergelincir.  Penyudahkan dalam team kami 3 orang disengat tebuan.

Apa lagi, kami pun menjeritlah panggil team yang awal dari kami tu yang kami kena patah balik sebab ada yang disengat tebuan.  La rupanya team yang satu lagi pun sama, ada jugak yang kena sengat.  Jadi disebabkan takut terjadi apa-apa komplikasi di dalam hutan kami ambil keputusan untuk berpatah balik.  So kami pun geraklah balik dan dalam pukul 2 lebih kot kami sampai ke homestay.  Alhamdulilah semua selamat. 

#hiking #adventures #nature