Monday, June 2, 2014

KOREA DAY 1 (SEOUL - BUSAN 23 MAY - 29 MAY 2014)

Kenapa Korea? tak tahu..tapi perancangannya dah bermula pada tahun lepas lagi.  I still keep the sms that one fine day, I will travel to Korea.  So kebetulan ada duit lebih sikit, pastu cuti semester plak, tambahan lagi kat Korea sekarang musim bunga, jadi, I said to myself, why not..

Jom tengok pic..malas nak tulis panjang2.

Flight ke Seoul adalah pagi 23 Jun, so malam sebelumnya kami sampai dari KT...so nak taknak terpaksa jugak bermalam di KLIA2.  Sengaja tak book hotel sbb satu nak berjimat, satu lagi saja nak rasa camana bergelandangan.

View luar KLIA2 - first time datang sini kan..so jakun sikit ah!
view dalam KLIA 2

ada grocery kat dalam KLIA2 harga barang2 cam standard harga luar...so tak perlu runsing nak berbelanja..

Kedai grocery
Tempat we all bergelandangan..sementara menanti flight pagi esok ke Seoul..nak jimat kan? hehehe


So tepat waktunya..lebih kurang kul 8 pagi...kami pun berlepas menaiki pesawat Air Asia X.  Kali ni nak cuba cuba duduk kat Quiet Zone..supaya senyap sikit..ye la takut2 ada baby kang bising plak..nak rehat pun tak senang.  So penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan mendarat di Incheon International Airport.


Quiet Zone - Dekat dengan toilet dan makanan lebih cepat dapat..tapi kena extra charge la..dalam RM15 per seat rasanya



Selepas beberapa jam boring di dalam pesawat bagaikan cadburry, dalam kul 3 petang camtu, sampailah kami di Incheon Airport.  So dengan rasa pening pening lalat tak tahu nak kuar camana, jadi kami pun ikut la orang ramai aje...hehehehe

view airport

Pramugari Singapore Airlines - nak ke pemeriksaan imegresen kena turun bawah nak tunggu train hoccey

view dalam airport...

Ni tiket bas untuk ke Dongdaemoon, tempat yang we all stay.  Harga tiket lebih kurang RM30, bas no 6002, tunggu di gate 5B, dan perjalanan lebih kurang 1 jam camtu..

Menunggu bas....sambil sambil makan coklat cadburry!!! OMG iols tak tahu ada DNA babi dalam coklat tu..ish!

view dalam bas....kena pakai tali pinggang kaledar ye!







Selepas satu jam travel by bus dari airport ke Dongdaemoon, akhirnya kami sampai jua..dah sampai, guna map yang diberikan oleh hostel owner utk cari hostel tak jumpa jumpa..nasib la jumpa dgn one girl ni yang gigih bawak we all tunjuk hostel tu sampai hampir hampir jumpa....

view dari luar hostel..kat kaki 5 ni ramai org jual barang...



Dapur untuk memasak...btw, the hostel owner memang hari-hari akan masak nasi and at the same time dia sediakan food in the kitchen, ada instant noodle, ada telor, ada roti, ada kimchi..boleh makan byk mana nak makan bila bila masa up to 12 am only..heheheheh

Ni lah bilik we all, kecik aje...bilik air kat luar ok! Tapi good enough untuk baget cam we all ni..alhamdulilah

Another view dalam hostel ni..
Malam pertama kami di Seoul! Good weather..tak berapa sejuk...tapi masih dingin...





Aiskrim kon jagung..sedap...


Susu pisang

Our first dinner di hostel - nasi, kimci dan telur hancur...alhamdulilah...rezeki malam pertama

2 comments: