Monday, July 30, 2012

29 Julai 2012

Hari ni agak sibuk di office..maklumlah masuk sedikit lewat gara-gara mengantuk sangat!

Petang pulak sibuk menguruskan hal-hal berkaitan untuk membuka booth pada esok hari..so busy sikit lah dengan menghias booth (tetap tak nak kalah menghias).  Lepas tu berpeluang berbuka puasa bersama crews yang terlibat penuh dalam pembikinan Gurindam Syawal baru-baru ni...those yang betul2 bekerja keras, menghias dan menjayakan event tersebut.  So this is reward for you guys, bukan untuk memilih, tetapi lebih kepada mahu reward kepada mereka yang telah bekerja keras.

Lepas tu pulak, keluar lepak2 di MCD...saje la sebab malam ni pun last Mek Zai berada di sini sebelum bertolak ke Melaka pada esok harinya...so masa berada di MCD tu sempat plak bermain-main dengan budak hyper-active ni..tak tahu la anak siapa tapi nakal sungguh budak ni!

Handphone Straps

Rantai bling bling? what ever

Ikan stim and sweet sour (?)



Merewang di MCD (Haters gonna hate this, hahah)




Sunday, July 29, 2012

Sabtu, 28 Julai 2012

Hari ni memang tak de buat apa-apa..memang rehat serehat-rehatnya...dah la malam tadi tak berapa nak tido gara-gara nak tengok opening Olympic Games..memang gempak la...penuh dengan UK history timeline, plus with the set yang sungguh impressive...

Anyway, since hari ni tak buat apa-apa sangat..as usual, aku decided untuk masak sup ayam..plus dengan goreng udang harimau yang mak bekalkan ari tu...ari tu ada lah beberapa ekor..tapi dah makan tinggal je sekor lagi..hmm cukup la untuk berbuka pada petang ni...

Malam nak kuar lagi since mek zai ada kat sini...lama sungguh tak jumpa dia..ye la cikgu lah katakan..mengajar pulak kat Melaka..so memang jarang-jarang sangat lah dapat berjumpa dengan dia...

My homemade chicken soup..biasa biasa jer..

Udang harimau goreng..goreng dgn kunyit jer

Ni lah kurma antik yang masih boleh di makan..
ada half plastic container lagi!

meehoon di Hazlan Bistro..not bad lah!

Dr. Abby with his Nasi Goreng USA, 
and Mek Zai with keropok lekor

Aizat with his Nasi Goreng USA jugak


Saturday, July 28, 2012

Berbuka Yang Disaster

Ha! Tiba tiba semalam, kita buat keputusan nak berbuka kat luar..semua gara-gara Abby datang terjah rumah...so kita pun malas nak memasak....lepas tu contact Aizat..dia pun sama..malas nak masak la..pening kepala la..nak muntah la...da da da...so kita pun bersiap keluar..masa tu chit chat dgn Aizat nak makan nasi briyani..so teringat nasi briyani yang kat Kg. China tu..yang dah bertahun teringin nak pergi tapi tak pergi-pergi..

So we all pun bertolak la dengan perasaan membara nak makan nasi briyani, bila sampai je kat kedai tu, hmmm tak de orang..so we all pun nak order la nasi briyani tu...kelakar nya sebab waitress tu cakap nasi briyani dah lama takde sebab ni owner baru..owner lama ada jual nasi kat bazaar ramadhan..haha kalau nak beli, sempat lagi nih...eh tengok jam dah kul 6.20 kot...ayo apa lagi terus kita org rushing ke Bazaar Shah Bandar.

Sampai je orang ramai gile..nak parking satu hal..bila dah berjaya parking, nak beratur cari makan lagi susah coz orang macam semut! dah la bazaar ni lorong membeli/pejalan terlalu kecik..jadi, laluan congest and suffocate..haru betul..last-last beli je kuih dan air...pastu plan makan betul-betul di Zie's Corner..settle prob! hmm padan muka!

Berjalan dari parking Pasar Payang ke Bazaar Shah Bandar

Ni je yang sempat di beli sebab susah sangat nak membeli 
gara-gara orang ramai gile!

Nasi lemak @Zie's Corner

Dr. Abby

oloh oloh..comel ar tu? (mata ke atas)

Friday, July 27, 2012

Kurma Antik

kalau baca tajuk pun dah tahu pasal kurma tu kan...hari ni ada sedikit operasi membersihkan peti ais...sebab rasanya lama dah tak bersihkan peti ais ni..so biasalah kalau dah buat operasi tu mesti banyak benda yang hendak dibuang...so kita pun buang satu persatu makanan yang dah expire....termasuk....kurma-kurma...believe it or not..ada kurma dah masuk umur 5 tahun...maknanya kurma ni dah berada dalam peti ais selama 5 kali puasa..haha lawak-lawak..

So, kita letaklah kurma tu kat one side sambil bersihkan peti ais tu...bila dah settle semua..nak buanglah kurma tu sambil picit-picit kurma tu..eh dah lembut dah plak...tadi masa sejuk tu keras "khetong"...maybe beku sebab lama sgt kat dalam peti ais tu...so bila kita picit-picit, dia dah lembut balik..kita rasa sayang pulak nak buang..ye la membazir tu kan amalan IblisGoreng..lagipun kurma ni mahal ok..tak de 15 hengget tak leh beli...

So since dah lembut balik..hati kita pun lembut balik...tak jadi lah nak buang...kita basuh basuh, toss kan...hopefully boleh makan balik...rasanya kurma tu ok kot...tengok la malam ni ok ke tak...masih sedap ke tak...

Kurma antik yang dah dibasuh dan ditosskan.

Wednesday, July 25, 2012

Puasa ke 4, 24/7/2012

Hari ni tidak kurang penatnya...kursus di Dewan Aspirasi masuk hari terakhir, luckily separuh hari je hari ni..so tak lah membeku tahap maksima sangat.  What ever it is, input sepanjang berkursus ini masih blur-blur, harap dapat lebih faham someday.

Hari ni masih berbuka dirumah.  Membantu menyiapkan nasi ayam..lama pulak tak makan nasi ayam..then lepas berbuka terus ke Chendering...ada misi penting ni..so bertolak dalam pukul 8.30 malam dan sampai di sana around 9.30 terus ke rumah Aizat, ambik dia dan operasi membeli gas memasak bermula..hehehe kesian Aizat, terpaksa angkat tong gas yang berat tu, ye la..tak pe..dia kan katang dan kuat...jadi mungkin angkat tong gas itu bukan satu masalah...

Then after that, singgah di rumah dia sekali lagi utk dia mandi dan sambil sambil tu boleh aku tengok barang-barang yang baru sampai..hmmm excited sangat coz banyak barang-barang baru dan cantik-cantik!!  Only after that we heading to McD, nak minum-minum sambil belanja budak katang tu makan..ye la upah angkat tong gas tu kan...heheheh....

 Gas memasak yang baru..biasalah..tetap nak letak remark..sila abaikan tarikh tersebut sebab salah..patutnya 24.7.2012

Seperti biasa..lepak kat MCD...fries tetap nak digaulkan dalam tray tuh! 

New Collections coming in! Purses and Clutches

Watches, suit to Glam Chicks! 



Tuesday, July 24, 2012

Renungan Terakhir...

Mimpi...semua kerap bermimpi bila berada di dalam beta...saya juga kerap bermimpi..tapi saya paling benci kalau mimpi mengenai perkara yg sedih sebab saya akan mengingati mimpi tersebut untuk seketika..atau maybe berhari-hari lamanya... Since saya berkampung di UiTM Dungun selama dua hari plus stay at parents house lagi, saya teringat-ingat Kuala Terengganu. Normallah saya mcm ni kalau duduk di KT teringat Dungun. Tetapi sejak kebelakangan ni, saya selalu berat hati untuk meninggalkan Chendering..x tahu kenapa...tp memang rasa cam tu..

Semalam saya bermimpi mengenai seorang kawan yg saya amat sayangi. Actually ni mimpi kedua dalam few days. Mimpi pertama saya jumpa dia di Dungun dan bekerja di pelantar minyak. Mimpi ke dua, malam tadi saya bermimpi dia sudah settle di sini dan akan balik ke tempat asal dia for good. Saya masih ingat dia berkemas-kemas barang sambil parents dia menunggu di dalam van. Sedar tak sedar dia sudah naik van, dan kami hanya saling memandang. Pandangan itu akan saya ingat selamanya dan saya menangis bila van itu berlalu....

Pagi ini, bila saya bangun dari tidor dan cuba recall mimpi itu, lagu pertama yg terlintas di kepala adalah lagu nyanyian Nora, Renungan Terakhir..eh motif ada sound track? Hahaha macam macam...but i am seriously one day, this will happen.

Monday, July 23, 2012

Berkursus di Hari ke 3 Puasa

Alahai penatlah kita hari ni dah esok (half day) sebab now saya dan rakan-rakan berada di Dewan Aspirasi menghadiri kursus Bengkel Memperkasakan Peranan Resource Person...alamak..penatnya....

Kita ni dah la over excited nak tengok barang-barang baru yang dah sampai..Aizat cakap byk barang baru..purse, jam dan lain-lain...rasa mcm tak sabar pulak nak balik and belek barang-barang tu..and lagi tak sabar nak jual barang-barang tu...hmmm

Now its only 10.00..i'm already sleepy and of course hungry la...dah masuk hari ke 3 berpuasa..rasa nak berbuka dengan rakan-rakan...especially nak rasa masakan Aizat..dah lama benar dia tak memasak untuk kita...hehehe...So nak berbuka dengan apa ek petang ni...

Saturday, July 21, 2012

Hari Pertama Puasa 21/7/2012

Hari ni first day puasa..hmmm haru la sikit sebabnya, dah lah gas habis, nak masak makanan pun x boleh...at first planning rasa macam nak makan roti je...roti pun dah beli..tapi ubah fikiran bila rasa nak bersahur kat luar...yg pastinya, bila dah sampai kat kedai fav kat Padang Negara, waiter cakap makanan semua dah habis...omg omg terus berfikir secara kritikal cari kedai yg lain...pastu pergi ke Perindu Kuning, baru je nak sampai ke kedai tu, lampu kedai terus tutup..omg...nasib la kedai sebelah dia...hmm makanan so so je tapi alhamdulilah masih kenyang sampai sekarang (3.30 ptg dah)...hmmm kejap lagi nak drive bertolak ke Dungun..balik kg lah..since Ahad cuti, Isnin and Selasa pulak berkursus di Dewan Aspirasi...so hmmmmm redha je la! Yang penting time time mcm ni rasa cam nak makan berger jeee...

Roti Gardenia Untuk Sahur Kononnya!

Jumaat, 20/7/2012


kalau tengok tajuk posting kali ni biasa-biasa je..tapi kita nak bagi tahu yang hari ni hari Jumaat...hari yang penting..kerana:

1.  Hari ni ada module Finishing School, so jadi instructor pada students semester ke 5,
2.  Tong gas belum settle lagi, masih belum diganti yang baru,
3.  Malam ni (or pagi esok) dah mula bersahur, tak tahu nak masak apa (of course sebab gas takde) or nak beli, tapau aje...

Actually nak cerita sikit pasal tong gas...hehe punyalah antik tong gas ni...ini adalah tong gas yang kedua sepanjang duduk kat sini....tong gas ini bertarikh 14/9/2009..jadi u all boleh tak bayangkan tong gas ini sudah berapa tahun tidak berganti? hehehe almost 3 years kan? hehhehe yang bestnya, dia habis betul-betul nak masuk bulan puasa...tapi tak kesah lah...nanti boleh je tukar tong lain....puasa puasa....

Bercakap pasal puasa pulak, sebenarnya tak lah resah sangat....dah masuk kali ke 5 berpuasa di Kuala Terengganu, sorang-sorang pulak tu...tapi tahun ni maybe special sikit sebab ada ramai kawan...ada Abby dan ada Aizat, at least ada jugak la peneman time nak bersahur ke, berbuka ke..atau snacking!

 Tong gas antik yang dah berusia hampir 3 tahun..
hehe punya la jarang memasak...

Makan chicken chop and beef steak dulu sebelum sahur
@Zie Corner

TQ so much my Aizat! :)

Thursday, July 19, 2012

Rakaman Rancangan Gurindam Syawal

Kelab berpeluang bersama-sama dengan RTM untuk rakaman Rancangan Khas Ritma Remaja yang diberi nama Gurindam Syawal...satu proses yang memenatkan tetapi kami boleh berbangga kerana kelab melangkah satu tapak kehadapan dan melakukan program yang sebelum ini tidak pernah pun terlintas di fikiran kami. So I would like to congratulate, and thanks to all people yang terlibat especially RTM Terengganu.fm, ahli-ahli kelab yang bertungkus lumus menyiapkan dewan (Mamu, Pak Dan, Danny, Bidol, Fifiy, Pinky, Arie dan lain-lain...tak ingat lah pulak) dan tak lupa jugak kepada penyanyi (Aizat dan Wawa) serta penari (Shafiq, Alip, Yuyu dan Asha) dan last sekali pembaca sajak, Anne.  Semoga kelab terus cemerlang dengan produksi yang akan datang, Pondok Buruk.

 Stage yang "diadakan"

 Lan Kristal, penyanyi undangan

 Wawa (sorry pic tak lawa) dan Aizat

Barisan produksi (bukan semua)

Monday, July 2, 2012

Kopiah Buruk Warna Hijau

Saya ada satu kopiah warna hijau, dah buruk rupanya...kopiah ni di kait, dan bukan yang dibuat dari kain. Ia buruk dan berdebu, terperosok di belakang almari di rumah sewa saya di Chendering ni. Saya kurang pasti macam mana dia boleh berada di rumah ni. Semalam, semasa saya mencari-cari kopiah untuk sembahyang (tak pasti pulak kopiah yang biasa dipakai pegi mana), saya terpandang kopiah yang begitu sedih ni, kotor dan berdebu ni..alahai rasa bersalah terus datang...rupanya selama 5 tahun duduk di sini, di situ la tempat kopiah hijau ni duduk.

Rupa-rupanya sedar tak sedar, saya sudah bersama kopiah ni lebih dari 20 tahun. Saya tak ingat macam mana saya mempunyai kopiah ini, tetapi kopiah ini telah bersama saya dalam jangka masa yang begitu lama, dia bersama saya semasa saya di sekolah rendah, pergi mengaji, dia bersama saya semasa saya duduk di asrama sekolah menengah dan sekarang, walaupun sudah bekerja, dia masih lagi bersama saya.

Lamanya kopiah ni berkhidmat untuk saya. Saya pernah membenci kopiah ini semasa saya kecil dulu disebabkan kepala saya yang kecil dan kopiah ini agak bersar dan dia stretchable, but now it suits me well considering my head is big, provided with the big hair. hahaha so my dear readers, I'm introducing my lovely 20 years old kopiah. From now on, I will be using it back to pray in the house.

To Kopiah Hijau, thank you for being so loyal to me. :)