Monday, March 26, 2012

Kawan Bermusim

Hari ni nak menulis mengenai kawan bermusim..kenapa ye tiba-tiba nak menulis pasal kawan bermusim ni? sebab nya adalah saje saje. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan kawan yang bermusim.

Mari saya terangkan. Kawan bermusim adalah jenis kategori yang kalau dia perlukan kita, dia akan cari kita dan akan call kita, sms even FB dengan kita. Maksudnya, kawan yang jenis cari kita mengikut kepentingan dia sahaja. Saya dah lama merasaikan kawan yang jenis ini. Hanya muncul sekali sekala sahaja, time kita diperlukan sahaja. Mula-mula tak paham dengan orang yang jenis ini.

Tapi lama-kelamaan saya sudah faham dan rasanya OK dengan mereka ini. Walaupun sakit hati dan fed-up, tapi saya rasa saya ok disebabkan saya melihat ini sebagai satu benda yang positif. Mungkin ada beberapa faktor yang menjadikan mereka bermusim. Salah satunya, mungkin mereka tak suka pada kita atau mungkin kita adalah bukan jenis kawan yang bagus. Tapi walaupun banyak persepsi mengenai kawan bermusim, saya adalah jenis yang tak kisah. Kalau senang nak cari saya, saya OK..Kalau susah nak cari saya pun saya OK..Tapi sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai perasaan.

Maksudnya jangan salahkan saya kalau saya tak layan awak disebabkan saya fed-up dengan perangai awak. Fed-up dengan perangai bermusim awak...sms tak reply, call tak angkat, Fb pun tak layan. Saya faham mungkin awak syok dengan dunia awak...tapi tak kesah lah coz at the end of the day, rakan-rakan juga yang awak akan cari. Bak kata Marry Alice, kawan baik adalah mereka yang bukan hanya datang untuk enjoy your party, tetapi rakan yang menolong dari awal party dan akan tunggu sehingga party habis untuk membersihkan sisa-sisa kotoran.

Berikut adalah beberapa print screen dari status FB yang baru saya keluarkan pagi tadi mengenai persepsi kawan bermusim mengikut persepsi rakan-rakan FB saya. Yang menariknya adalah seperti ini:

Credit to my 2 best friends: Roszainora Setia dan Julian Mahfuz