Wednesday, November 23, 2011

Penyediaan Tempat Untuk Juadah "Buffet"

Hari ini saya nak berbincang atau memberi tip mengenai kaedah atau cara penyediaan untuk juadah secara buffet. Memang diakui ramai di antara kita suka anjurkan majis tak kiralah jamuan hari raya ke, jamuan bersunat ke..dan lain lain..termasuk kenduri kendara seperti kenduri kahwin. Namun, bila berbicara mengenai kenduri atau majlis, kebiasaannya akan melibatkan makanan dan dihidangkan secara buffet. Sebelum anda mengadakan majlis tersebut, anda harus merancang dulu bagaimana setting/cara nak hidangkan makanan nanti. Yelah kalau tersalah plan atau tersalah susun atur makanan, takut situasi menjadi sedikit kelam kabut. Berikut ada beberapa tip yang boleh diikuti:
  1. Penyediaan tempat yang sesuai - yang ini kena tahu berapa jumlah hadirin yang akan datang berserta berapa jenis juadah lauk pauk yang akan dihidangkan.
  2. Makanan utama (main dishes) diletakkan di meja yang berasingan dengan pencuci mulut dan juga minuman.
  3. Makanan haruslah cukup untuk semua tetamu. Biasanya kalau makan buffet, tuan rumah akan menyediakan makanan sekali ganda daripada jumlah tetamu jemputan (sebagai contoh tetamu jemputan adalah 10, makanan haruslah disediakan untuk 20 orang atau lebih kurang).
  4. Pinggan mangkuk, gelas, sudu (table ware and cutlery) haruslah cukup untuk semua tetamu jemputan. Andai kata jumlah table ware and cutlery kurang, anda haruslah merancang untuk mencucinya secepat mungkin. Namun dewasa ini, penggunaan pinggan pakai buang mungkin lebih praktikal, tetapi bergantung juga kepada jenis majlis anda.
  5. Pilihlah menu makanan yang sesuai dan pelbagai. Bukan apa kalaulah anda hanya menghidangkan lauk kari daging lembu dan anda menjemput tetamu dari bangsa Hindu, kemungkinan tetamu tersebut tidak dapat makan.
Ok, itulah serba sedikit tip untuk yang agak berguna untuk dikongsi bersama.

Rujukan

Manual Personality Development OMT100

susunan biasa bagi makan secara buffet

OK ke?


Ok ke kusyen kerusi warna hijau? do u like it? hmmmm

Tuesday, November 22, 2011

Tali Leher.


Tali leher adalah sehelai kain yang panjang yang dipakai untuk tujuan hiasan di leher apabila mengenakan kemeja berlengan panjang. Kebiasaannya, lelaki memakai tali leher sebagai sebahagian daripada pakaian kerja atau untuk pakaian formal. Tali leher juga boleh dipakai sebagai sebahagian daripada pakaian seragam seperti tentera, sekolah dan pelayan restoran. Walau bagaimanapun, selari dengan trend semasa, pemakaian tali leher telah menjadi semakin trendy dan sebagai item santai yang diikat longgar di sekitar leher dan biasanya tidak diketatkan.

Walaubagaimanapun, ada beberapa tip ringkas yang biasanya di ambil kira andai kata mahu mengenakan tali leher untuk ketempat kerja. Tip ini cuma boleh digunapakai untuk pemakaian secara biasa/tradisional tanpa mengira situasi bergaya secara trendy.
  1. Tali leher amatlah sesuai untuk dipakai bersama kemeja berlengan panjang.
  2. Hujung tali leher (yang bersegi tiga) haruslah menyentuh kepala tali leher. Maksudnya, ikatan tali leher itu tidaklah terlalu panjang dan tidaklah terlalu pendek.
  3. Warna tali leher mestilah contrast daripada warna kemeja anda, walaubagaimanapun, warna tersebut mestilah saling melengkapi. Contoh kalau kemeja berwarna hitam, tidak perlulah memakai tali leher berwarna putih, mungkin warna silver sesuai, atau warna yang sedikit gelap.
  4. Sekiranya andai memakai kot, disarankan agar pin tali leher digunakan dan kedudukannya adalah di tengah tengah tali leher. (Pin tali leher banyak kategori seperti tie bar, collar bar dan juga tie pin sendiri.)
Bagaimana memilih tali leher?
  1. Perkara pertama yang harus diambil kira apabila membeli tali leher adalah memilih atau mencari tali leher yang panjang supaya ia kelihatan kemas apabila dipakai.
  2. Panjang tali leher seharusnya lebih kurang 55 inci dan lebar kepalanya haruslah lebih kurang 1 1/2 inci.
  3. Fabrik yang terbaik bagi tali leher adalah dari buatan silk, diikuti dengan polyester, polyester campuran dengan silk dan wool atau cotton.
Selamat memilih tali leher dan selamat memakai tali leher ke kelas atau ke tempat kerja!

Sumber

Manual Personality Development OMT100
http://en.wikipedia.org/wiki/Necktie


Pemakaian tali leher lebih kepada formal

Pemakaian tali leher lebih kepada trendy
Jenis-jenis aksesori tali leher

Monday, November 21, 2011

Kepentingan Mendengar

Mendengar kadangkala lebih penting dari bercakap. Kata orang banyak bercakap banyak lah kita buat salah. Kita mesti selalu mendengar, terutamanya apabila berada di tempat kerja, dan mesti mendengar setiap masa, contohnya apabila mendengar arahan daripada bos. Kebiasaannya, bila kita mendengar secara effektif, kita akan:
  1. Mengikuti arahan dengan lebih tepat,
  2. Mempertimbangkan maklumat-maklumat tambahan apabila anda mahu meneruskan kerja-kerja dan juga membuat keputusan,
  3. Dapat menggunakan masa secara produktif.
Kelemahan mendengar (poor listening) terjadi disebabkan beberapa perkara. Antaranya adalah:
  1. The listener feels insecure in the presence of the person who is explaining something. The listener is so fearful that it is difficult to pay attention to what is being said.
  2. Pendengar beranggapan bahawa dia sudah tau perkara yang sedang dibincangkan.
  3. Pendengar beranggapan bahawa maklumat yang disampaikan itu tiada nilai baginya.
Tip untuk menjadi pendengar yang bagus
  1. Bersedia untuk mendengar dengan melihat kepada yang bercakap.
  2. Dengar dengan mata dan juga emosi.
  3. Berminat dan juga ikhlas mendengar.
  4. Dengar dan tapis point yang penting.
  5. Dengar dengan sabar sehingga perbualan/perbincangan tamat.
  6. Kawal emosi semasa bercakap atau memberi idea.
Sekian perbincangan kita mengenai kepentingan mendengar dan silalah aplikasikan dalam kehidupan harian.

Rujukan

Oliverio, Mary Ellen, Pasewark, William R and White, Bonnie R. Listening and Speaking. The Office. Procedures and and Technology. United States of America: Thomson South Western. 2007, p 176.

Manual Personality Development OMT100.





Sunday, November 20, 2011

Teknik memilih sepasang kasut.


Kasut merupakan pelengkap kepada pakaian yang kita pakai. Tanpa kasut yang sesuai, pakaian yang kita pakai memang tidak akan nampak anggun, malah mungkin akan jatuh kepada kategori canggun. Hari ini saya mahu berbicara mengenai teknik memilih kasut bagi kasut lelaki. Perempuan pun boleh baca sebab nanti nak beli kasut untuk bapa atau suami/ bakal suami.

Kasut buatan daripada kulit amatlah sesuai kerana ia tahan lama, lebih cantik dan amat senang untuk di polish. Pemilihan warna pula mesti la daripada koleksi warna yang gelap seperti hitam (sudah tentu) dan juga coklat gelap. Namun, terdapat juga warna lain seperti warna putih dan kelabu.

Bagaimana memilih sepasang kasut:

  1. Kasut yang baru mestilah selesa (maknanya, masa beli kena cuba habis-habisan)
  2. Lihat kepada jahitan yang ada dikasut tersebut. Adakah dijahit secara kemas ataupun tidak kemas. Elakkan daripada memilih kasut yang hanya di gam (gam di bahagian-bahagian tertentu instead of dijahit).
  3. Pastikan kasut anda itu selesa di bahagian buku lali. Kalau tak selesa nanti sakit pulak time berjalan.
  4. Kasut tersebut mestilah dapat dibengkokkan sedikit kerana kalau kasut jenis yang tidak boleh dibengkokkan, mungkin mudah patah atau rosak..atau dalam bahasa Inggerisnya: Bend the shoes to make sure it does not break or open up the stitches and joints.
Harus diingat, kasut tidak seharusnya dipakai untuk dua hari yang berterusan. Ini penting kerana bukan hanya mahu elakkan daripada kasut itu berbau dan mengumpul kulapuk tetapi dapat menjaga kasut tersebut daripada rosak.

So ini lah serba sedikit tips ringkas yang boleh dikongsi bila hendak membeli kasut yang baru.

Rujukan

Manual Personality Development (OMT100)

http://en.wikipedia.org/wiki/Shoe