Wednesday, March 16, 2011

No Credit for Me?

Tengok tajuk pun mesti dah dapat agak kan? Ni mesti kita yang buat kerja tapi orang lain yang dapat pujian...hmmm mula-mula tak kesah la sangat...tapi sekarang ni, rasa macam kesah la pulak...adakah aku yang terlalu emosional, atau adakah ini sebenarnya sindrom kelaparan pujian? Sebenarnya aku tak kesah pun pasal credit credit ni, tapi bila perkara ini selalu saja terjadi pada diriku, aku rasa macam, "i had enough". That is why aku rasa macam its better for me to kurang berFB, sebab kalau aku berFB, aku rasa aku ada tendency untuk tolong orang sampai ke tahap orang tersebut menempa nama atau berjaya, tapi akhirnya mereka itu berterima kasih kepada pihak lain. Aku? aku tak dapat apa-apa pun, cuma dapat tersenyum kambing sendiri, sendiri susah-susah, sendiri yang tersenyum kambing bila orang lain mendapat pujian..rasa jauh hati pulak...ye la, kan..bukannya kita harapkan orang tersebut bagi duit kat kita, tapi memadailah kalau dia cakap terima kasih, kalau tak kerana kau, tak merasa lah aku bla bla bla...ini bukan kali pertama dowh!!! dah banyak kali dah....tak pe la...nak buat camana, bukan rezeki...ye la, kalau menolong orang dengan ikhlas akan dapat pahala, tapi rasanya ni dah dapat banyak dosa ni...tolong tapi berbangkit bangkit...itulah nak kongsi pada malam ni just before I go to sleep....byeee....

Saturday, March 12, 2011

Lawatan Practical and Family Vacation

Minggu lepas adalah minggu yang amat memenatkan sebelum aku melepaskan kepenatan dengan bekerja sambil bercuti.

Minggu lepas aku berpeluang untuk melawat pelajar practical di beberapa company di sekitar KB...very impressive KB membangun dengan lebih pesat, comparing to my last visit few years ago. Me and my family stay kat service apartment at KTC which is really near to all companies that I should visit.

We went there on hari Rabu, and immediately visit Angah and Athirah at SUK. SUK is a nice place with nice building architecture. Dapat la jugak peluang snap few pictures there sebelum di halau oleh polis..yang gigih meniup whistle, macam lah aku ni penjenayah.

Hari ke dua aku mintak tolong Nora untuk bawak ke beberapa company yang masih belum di lawat dan selepas itu berpeluang round-round KB, dan masih sempat shopping seluar kerja and socks di KB mall, dan tak dilupakan membeli sedikit barang di Wakaf Che Yeh. Meanwhile, my family dah pergi jalan-jalan entah ke mana pun tak pasti on the whole day..takpela..nama pun vacation....


Tuesday, March 8, 2011

Kerja dan Bercuti

Belum reda dengan beban OBE, masuk pulak SATA. Cuba untuk key in maklumat dalam SATA hari ni, tapi macam ada macam-macam masalah...bila nak save ada ke patut page jadi 'cannot be displayed'...aduh memang sakit tayar sungguh. Rasa mentally retarded lah sangat...Tapi semuanya aku cuba buat yang terbaik..lagi pun esok dah nak ke Kota Bharu untuk melawat pelajar-pelajar practical. Rasa excited jugak sebab dapat bercuti sambil berkerja...lagipun dah lama sangat tak pegi bercuti di KB...lama gile...last pegi pun beberapa tahun lepas bersama Yusof...

Bukan Siapa siapa

saya cumalah seorang insan biasa....bisa melakukan kesalahan. Kebiasaannya suka buat hal sendiri, tidak mendengar kata dan kadang-kadang terlanggar undang-undang. Bukan bermaksud menjadi seorang yang degil tetapi keadaan sekeliling yang memaksa saya bertindak begitu. Sama jugalah seperti tugas hakiki. Tugas hakiki sekarang bukan sekadar mengajar di dalam kelas. Ada lagi tugas-tugas yang perlu dilakukan. Kadang-kadang dan selalu sahaja terpikir, "this is too much". Kalau lah tugas sampingan itu memastikan jawatan akan disahkan, itu amatlah adil. Tetapi rules are rules. You don't do this, you wont confirm. You don't do this, its your problem to have higher marks in KPI..bla bla bla...so the question is: when can I have time for myself? I think its fair enough to just being a lecturer and conducting research. Tetapi kami dibebani dengan berbagai-bagai kerja, seolah-olah pensyarah adalah mereka yang multi-tasking and multi-skilled. Adakah itu adil untuk kami? Bagi mereka yang gile kuasa, mungkin jawapannya adalah adil. Bagi aku yang "ada aku kesah" ni, aku rasa this is too much. Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk hanya mengajar, anda membuat keputusan yang betul kerana hidup anda tidak terbeban dengan berbagai-bagai perkara. Bagi mereka yang seperti saya, kerja adalah suatu beban yang amat berat untuk dipikul. Saya suka mengajar, saya suka untuk menulis research tetapi saya tiada peluang untuk membuat semua itu dengan lebih baik. Alangkah baiknya kalau saya dpt membuat pilihan hidup. Ya, we do have options in life, but most of the time, we dont have chance to make our option.