Friday, February 14, 2014

Senyum dan Keep Calm

Pepatah "diam itu lebih baik" memang ada benarnya.

Kita diam bukan bererti kita kalah
Kita diam bukan bererti kita bodoh
kita diam bukan bererti kita setuju

Kita diam kerana kita memberi peluang kepada orang lain untuk menegakkan benang yang basah.  Biarlah dia menang asalkan tidak melibatkan hidup dan mati kita atau melibatkan periuk nasi kita.

Kita diam kerana kita cerdik.  Mungkin kita tidak secerdik dia dalam bidang akademik, tetapi kita lebih cerdik daripada dia dalam pengalaman hidup, pengalaman kerja, cara berfikir, kematangan dan lain-lain.

Kita diam juga bererti kita mempunyai alasan dan keputusan cara kita.  Mungkin kita tidak diberi peluang untuk menjelaskan apa yang betul melalui kaca mata dan pengalaman kita.  Jadi kita berundur, diam dan berilah dia peluang untuk menentukan sesuatu keputusan.  Mungkin kerana itu adalah kepakaran dia.  Walaupun akhirnya kita tahu itu adalah kurang tepat.  

Semua-semua di atas lebih baik diam kalau tidak diberi peluang, kalau asyik kena kutuk.  Diam lebih baik.  Diam juga adalah pengajaran hidup yang saya belajar selama ini.  Sudah mau menginjak ke umur 33, saya sudah tidak kuasa untuk argue tentang sesuatu perkara yang tidak menyumbang kepada pembangunan diri dan akal fikiran saya.  Jika saya diam, itu bererti saya tidak mahu layan dan saya ada lebih banyak lagi perkara yang boleh saya fikirkan.  Anda juga boleh cuba untuk diam daripada bercakap menceceh seperti burung murai atau cerpelai.