Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidifitri 2015

Alhamdulilah, hari ni Khamis 16 Julai 2015 adalah hari terakhir kita semua berpuasa.  Sedih pulak bila mengenangkan ramadhan akan meninggalkan kita, adakah tahun depan kita berjumpa lagi?  Hanya Allah sahaja yang tahu.  

As for me, mungkin ramadhan kali ini adalah kali yang terakhir di sambut di Kuala Terengganu.  Mungkin tahun depan berpuasa di tempat lain.  Tapi puasa di mana mana pun sama sahaja asalkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.  Harap dimaafkan segala salah dan silap saya.  Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dunia dan akhirat.








 

Thursday, July 2, 2015

Selamat Tinggal KF

Bermula pada 1 Julai 2015 saya sudah menamatkan tugasan sebagai Koordinator Fakulti.  Jawatan bukan hakiki yang saya pegang cuma selama 2 tahun.  Syukur alhamdulilah di beri peluang menjawat jawatan yang agak penting di peringkat kampus.  Banyak yang saya belajar dan banyak juga yang masih belum belajar.  Tetapi sepanjang menjadi KF perkara utama yang saya belajar ialah bersabar dan bertoleransi dengan setiap karenah insan yang berhubung dengan kita.  Of course lah kita bukan dapat puaskan hati setiap orang..tapi at least kita cuba untuk puaskan hati mereka..kalau rasa tak puas hati lagi..apa nak buat kan...

Jadi saya secara rasminya sudah tidak memegang jawatan sebagai KF..itu je nak bagi tau