Sunday, January 15, 2017

Santai Ukwah FPP Edisi Januari 2017


5 Januari yang lalu ialah turn saya sebagai tuan rumah bagi program Santai Ukhwah dan bacaan Yassin.  Aktiviti anjuran kelab sosial pensyarah FPP - Bizclub di mana antara objektifnya adalah untuk mengeratkan hubungan para pensyarah dan juga diserikan lagi dengan majlis bacaan yassin.

Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar sekali dan sebagai tuan rumah rasa amat bersyukur kerana ramai kawan dari fakulti hadir, terutamanya yang menyumbang makanan..banyak sangat makanan sampai tak tahu nak makan apa.  Dipihak tuan rumah hanya menyediakan main course - Nasi Dagang dan Nasi Kunyit. Alhamdulilah, sold out dan rata-rata komen sedap.  Oh nasi tu tempah je uols. hehehe.

Santai Ikhwah ini juga diadakan sebagai salah satu kenduri dan doa selamat bagi Dr Farok yang akan mengerjakan umrah (pada hari ni). Dan semoga selamat perjalanan pergi dan balik dan segala amalan di tanah suci diberkati Allah hendaknya.