Friday, August 31, 2012

Merdeka 55 Tahun



Selamat Hari Merdeka...tahun ni dah masuk tahun yang ke 55 Merdeka...teringat pulak zaman-zaman belajar dulu, mesti dah sibuk dengan Konsert Ambang Merdeka..samada dalam kampus mahupun di luar kampus...pernah juga terlibat dengan konsert ambang Merdeka kat Bandar Mukhtafi Billa Shah..time tu hujan lebat and tanah becak..pastu organizer pulak mintak kita pendekkan masa untuk show..hahha mengamuk-ngamuk kita org time tu...ye la..kalau dah prepare untuk persembahan for a quite sometime, tiba-tiba kena shorten kan show, sapa tak mengamuk kan? 

Anyway, esok akan ke Mesra Mall lagi sebab nak menonton 29 Februari...dah lama tak tengok movie Melayu..and this is one of the Malay Movie after quite sometime..harap harap harap cerita ini sedap..sebab rasanya jalan cerita dia quite ok..

 Poster 29 Februari
Tiket tetap beli online..for 3 of us.

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya

Owh no! Baru ada peluang nak menulis kat blog ni..maklumlah cuti raya lama kan..jadi berehat pun lama la jugak!

Raya kali ni jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012...macam biasa..raya bagi aku yang dah berumur ni lain sikit..kemeriahan biasa-biasa je...kemeriahan hanya dapat dikongsi dengan adik-adik dan juga anak saudara..emak dan ayah pun terlebih-lebih excited merancang macam-macam..  

By the way..hmmm seperti tahun-tahun sudah, mesti aku gigih nak buat jugak kuih raya walaupun dah banyak yang di beli...entahlah..sebab seronok kot dapat buat kuih raya..rasa cam puas hati sgt!

 Oat cookies..tak berapa sedap sebab tawar..hehe tapi just nice..

 Choc Chips Crisps..hmm ok lah...

Adunan untuk Oat mil cornflakes...

Part of the family..happy je mak tu..

Raya ke dua

Raya ke dua, buat aktviti yang tak pernah di buat sebelum ini iaitu beraya di Kuala Terengganu..memang gigih menempuh jam yang agak sengsara untuk melawat rakan-rakan di Kuala Terengganu...rumah pertama yang dilawati adalah rumah Dr. Hamdin di Tok Jembal, lepas tu rumah seorang rakan di Kg Petitir yang area Pulau Bahagia tu (yang ni jam yang amat hazab ya amat..tambah dengan surprise yang memang really-really surprise), lepas tu berkunjung ke rumah Mek Zai dan akhir sekali makan bersama Abby di Secret Recipe..huhu seronok dan amat-amat penat..balik je rumah rasa cam tido tak nak bangun-bangun! hahahha
Dr. Hamdin menyediakan mee goreng..sedap!

Sorry gambar shaky sikit..kesal!

 
Berkumpul di SR melepaskan lelah beraya! hahha

My fav...Vietnamese Noodle

 Zan's meal..Chicken Pamigiano? ke apa ntah

Raya ke lima

Cuba buat satey..hmm tak sedap! Benci-benci-benci...ish berkali-kali buat tak jadi..rasanya dah try banyak resepi masih tak jadi-jadi..kenapa ek? hmm kena kerap lagi buat satey ni baru menjadi...

Satey beribu sesalan! kesal kesal...
 
Pagi esoknya pula, early early morning around 3 am, kena bersiap-siap untuk ambik Aizat kat Dungun and terus balik ke KT..sebab banyak jugak kerja yang perlu disiapkan sebelum semester bukak..so bila sampai KT..memang dah lapar sebab time tu dah kul 4 something..apa lagi..McD lah jawapnya...
 
 hah! ambik family breakfast box...

Breakfast @McD could be the last thing I would ever do again!
 
Lepas breakfast terus balik and tido cam tak nak bangun je..penat kot..hahah...tapi jgan terkejut bila bangun je terus bersiap nak ke Mesra Mall nak tengok wayang..haha satu lagi kerja gila...tapi sebelum tu, singgah sebentar di Kedai Mek Yah Abang Joe untuk makan...
 
Makan cam ni pun dia charga RM16.00 mahal sungguh...what to do..
takde pilihan semua kedai lain tutup..but I promise this gonna be the 
last time I visited this shop..no more!

yey..dapat tengok tengok The Expendables II and lepas tu Step Up!

So itu lah serba ringkas summary raya pada tahun 2012 ni...semoga jumpa lagi pada tahun hadapan...mungkin kah raya tahun hadapan sehappy tahun ini? insya allah..aku harap macam tu lah...raya mungkin tak bermakna tanpa org tersayang dan juga tanpa _______

I dont really like this baju melayu..hah paid so much to something I didnt really enjoy wearing it

 
 

Thursday, August 16, 2012

Hari Terakhir Bekerja

Yeay...hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti mid-term yang panjang..tak la panjang sangat..seminggu je pun...hmmm aku plan balik kampong (balik umah parents, bukan kampong halaman) pada petang ni.  hmmm bila difikirkan balik, cuti seminggu tu..tak tahu la nak buat apa..hahah setiap kali balik umah parents kadang-kadang otak jadi beku...sebabnya tak tahu nak buat apa...mengemas, mengemas dan mengemas tu biasalah....hmmm mungkin buat biskut raya kot since barang-barang dah beli hari tu...

Kampus pulak hari ni memang sunyi sepi bak di langgar garuda..semua students dah balik kampong halaman masing-masing..kerana kami digalakkan tidak membuat kelas pada hari ini..jadinya..aku pun serba salah nak apply cuti ke tidak since cuti pun kena berjimat sekarang ni sebab nak spend masa di Kota Bharu, dan juga Bali nanti..taknak la jadi masalah sebab cuti dah habis...nanti kalut..kalut...

Wednesday, August 15, 2012

Fly Me Home

Dah nak balik dah....hantar ke airport pagi ni..huhu sedih....a hug cant make me calm, but i'm sure you will be back soon!

Airport: Jangan cuti lama sangat, nanti kita rindu! hahha 

Last McD Moment

14/8/2012

Malam semalam adalah malam last "McD Moment" sebelum bercuti panjang satu minggu..huhuh..bosanlah kita nanti tak de best friend nak teman gi mana-mana....actually malam tadi plan nak makan chicken foldover...hmmm gigihlah bercita-cita nak tu..bila dah sampai kat simpang McD tu, baru perasan tak bawak coupon..hahaha...tapi tak kesah ar sebab bila masuk dalam restaurant tu, chicken foldover out of stock..nasib tak gila pergi cari cc nak print coupon tu..hahahha...ye la ada org tu dari malam kelmarin lagi dia buat onar nak makan chicken foldover pagi-pagi buta sebelum subuh..huh kita ni malas dah nak kuar..ye la dah lewat plus kita pun memang dah sahur...

Last McD moment..tak dapat chicken foldover 
dapat Big Mac pun kira dah ok lah!!! aum aum



Status mengada-ngada merengek nak foldover..a night before!

Monday, August 13, 2012

Happy Birthday Aizat

Happy Birthday diucapkan kepada Aizat.  But poor him di serang bertalu-talu dikampus dan di Batu Buruk...actually kat kampus tu sasarannya bukanlah dia..tapi tak tahu camana tiba-tiba kena serang jugak..mungkin,...mmm tak pe la..kot kot saya yang tercakap birthday dia pun malam ni jugak..hehehe sorryyyyyy...

Serangan ke dua, kat Batu Buruk..aiyo..susahnya nak bawak mamat ni kat sana..macam-macam adegan yang terjadi..kena curi kunci kereta lah..macam-macam lah..tapi akhirnya berjaya jugak heret mamat ni ke Batu  Buruk..

Bila sampai kat Batu Buruk, aku pulak yang cuak sebab tak tahu Nik tunggu kat mana...ke Nik dah balik sebab aku tahu yang Aizat sms Nik dan sms aku pulak tak boleh go through..ish saitan betul hp nih...time-time gawat ni tak leh hantar sms plak...tapi tengah tunggu-tunggu dalam kereta entah camana Aizat tiba-tiba lari keluar..bila lari je..terus kena kejar dengan gang2 tu..haha ni pun aku tak tahu camana gang2 tu ambush...tapi itu lah yang terjadi...kena heret dan di gang bang dengan budu, tepong, durian dan lain-lain..
Di heret...

Merayu-rayu sumpah aku tak larat

Sumpah tak larat..aku dah kena kat kampus...

Rayuan tak diendah...kena jugak ko...sian sian...

How ever, he managed to mandi pantai sebab memang dah busuk sangat-sangat dan asyik muntah 2-3 kali..hahaha..lepas tu, bagi lah birthday present yang di duk tunggu-tunggu 3-4 hari dah...so this is the snap cap bila bukak kotak tu.

Tak sempat-sempat dah nak pakai baju sebab baju pun 
dah lencun mandi...

ok kalau ada yang wondering apa yang box tu, itu lah 
dia flight ticket to Bali...heheh see u there!

Status kat FB after the "show" hahaha


Berbuka @Tepi Sungai

Hari ni berbuka kat luar gara-gara belanja Yo, Awie, Shahrul, Iwan  berbuka..tak lupa birthday boy Aizat dan jugak Asrol sekali......ye la lama betul tak jumpa dengan dia org..ni dah jadi macam satu tradisi, setahun sekali belanja dia orang makan..its ok..seronok jugak...so ini lah antara menu yang kita orang makan..

Ada tomyam, sotong celup tepong (dok dak), kailan dan sweet sour

Siakap stim mesti ada...hehehe


Sunday, August 12, 2012

What's Inside

Hahaha..can u guess what's inside? of course no one could...kecuali penamanya sahaja yang akan dapat tahu apa isi kandungannya pada hari tersebut...tak tahu la apa reaksi dia..melopong ke..tersengih ke..menjerit ke....

Ye la hadiah ni di beli upon request jugak..dia yang beria nak hadiah yang surprise, yang dia tak jangka..so hummm entahlah dia jangka ke tak..hahahha...so lets just wait and see...what happen next..

Ye lah..abaikan aje pembalut tu..yang penting, 
clue pertama adalah dalam envelope tu...

Last Weekend

It was an exhausted and full of flavor's weekend..penat pulak weekend ni sebab tak dapat rehat banyak-banyak gara-gara sibuk berniaga di Telok Ketapang..

10/8/2012 - Jumaat

Hari pertama berniaga pada hari ni..business was quite good...maybe sebab hari ni hari Jumaat, orang pun ramai provided with ada pasar bundle..so overall hari ni memang memenatkan sampai berbuka puasa jam 9.00 malam! Fuhhhh memang giler ar...tak boleh nak terangkan betapa laparnya perut ni...tak pe tak pe sebab rewardkan diri dgn ikan masak steam dan lepas tu lepak2 kat McD lagi..wahhhhh..what a life!

Sibuk layan abang ni memilih butang baju Melayu

Yes, jadi beli...nampak lah kat muka tu senyum simpul hahhaha

Berbuka pukul 9.00 malam...ko ada? hahah lapar...

Ikan Masak Steam...sedapppppp

Sempat lagi lepak kat McD after training...huhu 

11/8/2012 - Sabtu

Hari ni bukak gerai lagi..tapi hmmm hari ni mcm tak onglah! Penat je bergigih bukak gerai tapi tak laku mana...tapi tak kesah lah..bukan rezeki untuk hari ni..how ever, part yang paling besar adalah berbuka beramai-ramai di tepi pantai...memang seronok!

Gerai kami yang sunyi dan kat hujung tu makanan
dah ready untuk sesi berbuka..


Thursday, August 9, 2012

Birthday Present

Mencari hadiah harijadi adalah sesuatu aktiviti yang boleh memeningkan kepala...kalau tak ingat tarikh birthday tu kira bernasib baik, boleh beli hadiah last minit ataupun bagi je hadiah apa yang ada di dalam simpanan...tapi..susah sangat kalau kita ingat tarikh birthday seseorang dan kita pulak tak tahu nak bagi apa kat dia.  Bila ditanya empunya diri, nak apa for your bday? Jawapannya tak tahu..nak something  special, something  unexpected..matilah nak pecah kepala brainstorming...lagi susah daripada nak buat business math atau nak fikir menu berbuka puasa!

Bila status pasal mencari hadiah birthday dikeluarkan di FB, macam-macam pandangan dan suggestion diberikan...dan not surprisingly, semua hadiah yang dicadangkan adalah biasa-biasa sahaja..however terima kasih pada semua yang memberi cadangan...

Status out on FB...

Suggestion pertama dari Kak Za, bagi hamper kuih raya..hahah

Amal pulak cadangkan handbag..tapi untuk bday boy, so handbag tak boleh...Sally cadangkan beli gadget, handphone maybe? arhhh handphone mahal kot? hahah

Suggestion ke dua Sally, beli jam...nice one lah..tapi bila la plak nak pegi carinya...owh Zan Ariffin pun dah masuk...

Duffy cadangkan buat touch and go, letak gambar bday boy..owh tak tahu pun boleh buat gitu? haha tapi susah la Duffy nak bua kat sini mana boleh kan? Suggestion kak Julie lagi tak leh blah..hahah

Lagi cadangan dari Kak Julie..amboi beli Ipad..kita sendiri tak pakai Ipad lagi..takkan nak bagi kat orang kot? hahah..cadang Ucop lagi tak leh blah..beli pistol cicak..yeak..nak buat apa? haha

Cadangan lain-lain dari Kak Julie seperti common la apa yang dah dicadangkan orang lain..tapi memang bagus bab sling bag tu...Shaziefa punya cadangan kalau nak simbah2 boleh lah..


Farah Amira cadangkan buat signboard..alamak..romatik la plak...tapi Jamie punya cadangan lagi tak leh blah, belikan mesin basuh..hahaha


Kak Noya pulak cadangkan pre record greetings..hmmm rasa mcm rakaman raya lah pulak..but that's sweet! Aizat pulak cadangkan nak bagi sesuatu yang dia tak expect..are u sure Aijat???

Cadangan Shahrul lagi tak leh blah..sokmo suka main simbah2 tepong..saya tak sukalahhh sebab dah beberapa kali kena simbah...melekit doe kalau kena air...

Che Luzy pulak cadangkan bagi je hadiah bag yang saya jual tu..haha lagi kelakar!

How ever, lewat petang, I figured out something unexpected (i hope unexpected lah!) Apa yang ada disebalik kertas yang dilipat itu? Adakah kertas itu voucher shopping dari Zalora? atau? hmmm atau kertas semata-mata..nak tahu? tungguuuuuuuuu hingga ke saat tersebut..(kertas di atas tiada kaitan pun!)