Tuesday, July 16, 2013

Terkebil-terkebil

Sesambil menunggu waktu berbuka puasa ni..nak cerita satu benda yang berlegar dalam kepala sehari dua ni (sejak-sejak duduk dalam aquarium ni).

Ini adalah kisah semasa saya mula-mula bekerja sekitar Dec 2006 dulu di YTL-ICHM College, Kuala Lumpur.  I was a fresh graduates, yang mana saya memang tiada pengalaman langsung bekerja pejabat, kecuali semasa menjalani latihan praktikal semasa diploma dan ijazah sebelum itu.

So, setelah berjaya mendapatkan kerja itu, kerja pertama yang diberikan kepada saya adalah selongkar dan baca semua misi, visi, dan apa apa sahaja dokumen yang melibatkan operasi kolej, termasuk kena study apakah projek yang dia org tengah usahakan pada waktu itu.  So, like it or not, dengan terkebil-kebilnya saya akan menghadap semua dokumen itu dengan perasaan penuh kebosanan dan kemengantukkan, dari pukul 9 - 6 setiap hari...dan proses ini saya lalui lebih kurang seminggu dua hingga ke sebulan kot untuk memahami semua (walaupun akhirnya tak jugak paham paham), termasuk jugak untuk memahami mood bos yang agak "swing" tak tentu pasal.

Akhirnya selepas bertungkus lumus study, hafal dan buat homework, alhamdulilah, saya berjaya juga memahami sedikit sebanyak proses kerja dan juga mendapat momentum untuk bekerja.  Ye lah kalau secara logiknya, kalau kita kerja tapi kita tak paham satu pun mengenai kerja yang kita buat, camana nak dapat momentum dan nafsu untuk bekerja sepenuh hati kan? So it took a while for me to understand all. 

Now..hampir selepas 7 tahun, peristiwa yang sama berulang kembali...ayoyo..terkebil-kebil lagi saya!!! Sapa sangka akhirnya saya hampir mengulang peristiwa yang sama, kena belek, baca, study, ingat, buat homework utk byk perkara yang baru dalam kerjaya.  Procedures, carta alir, subordinates, colleagues, students, forms, bla bla bla..so many things that I need to know..within a short of time..sikit sikit nak itu..sikit sikit nak ini..terkejar pun ada jugak..mana masa untuk marking paper..mana masa nak bagi itu dan ini..nak melayan students yang dekat 600 orang lagi..nasib bukan 600 tu datang menyerang setiap hari...

Tapi apa yang paling saya takuti adalah untuk membuat keputusan yang melibatkan colleagues...susah..sebab kadang2 ia melibatkan sensitiviti dan jugak kepentingan peribadi masing-masing..tapi..hmm what to do..kena hati kering jugak kadang kadang..ye la kalau hati lembik mcm agar-agar tak boleh jadi jugak kan? tapi tgk lah..baru seminggu dua je ni...nak menunggu habis term 2 tahun tak tahu la apa jadi nanti...

So setiap waktu saya berdoa agar dipermudahkan cara supaya saya dapat mengelakkan sebarang kesilapan kalau boleh..dan juga berdoa supaya sentiasa mendapat sokongan daripada orang disekeliling saya., dan juga supaya masa cepatlah berlalu...teringat saya kata-kata mantan KP OM yang lalu...kerja ni..senang je..macam mencabut kemuncut...senang tapi banyak.wallahualam.


It's time to begin, isn't it? I get a little bit bigger but then I'll admit I'm just the same as I was Now don't you understand That I'm never changing who I am

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 2013 (Ramadhan Datang Lagi)

Marhaban Yaa Ramadhan.

Apa perasaan ketika ramadhan menghampiri? Seronok, syahdu, takut semuanya ada...seronok sebab dapat jumpa lagi ramadhan..maksudnya masih diberi peluang untuk beridabat di bulan yang penuh keberkatan.  Perasaan takut pulak sebab takut nafsu yang tetap menang..akhirnya..puasa 1 bulan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja..pahala tak de..kalau ada pun sikit sangat..rugi kan? Setahun menunggu...yang entah dapat jumpa entah tak..tapi bila ada rezeki jumpa..dipersia-siakan begitu sahaja..

Saya pun sama...ada perasaan gembira dan takut..mungkin sedikit sedih...takut la jugak kalau tak dapat beribadah dengan lebih jujur dan dedikasi..sedih sebab tahun ni..hmmm malas ar nak tulis..

Sekejap je dah masuk puasa kan? rasa cam puasa tahun lepas baru je berlalu..hahahha puasa tahun lepas best...best sangat-sangat..semua tu tinggal kenangan..hari ni..first sahur..tak nak jadi mcm last year...cari makanan sahur satu KT..banyak kedai yang tutup..ada kedai yang bukak pun makanan dah habis..last-last jumpa gak satu kedai kat sebelah Perindu Kuning tu...tu pun cuma tinggal nasi goreng dan telur goreng...rezeki sahur untuk hari tu...anyway...selamat menunaikan ibadah puasa dan juga selamat bersahur..semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.

Nota Kaki - Gambar-gambar kenangan berbuka puasa tahun lepas.









Monday, July 8, 2013

Bahagiamu Deritaku




Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Nota Kaki:
 
I miss the talks we used to have, I miss the voice I used to hear, I miss hearing your crazy but cool stories and above all these, I miss you

Monday, July 1, 2013

Hanya Aku


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu
[***]
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Hanya aku
Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

[Ulang ***]
Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Hanya aku
Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

 Nota Kaki:

Sometimes someone makes a big enough impact on your life, that whether or not you're with them, you'll never stop caring about them.