Tuesday, June 3, 2014

TITBIT TRAVEL KE KOREA

Titbit ni lebih kepada berkongsi pengalaman peribodi semasa melawat Seoul dan Busan tempoh hari.  Of course apa yang saya alami mungkin tak sama dengan apa yang korang alami atau bakal alami.  Masing-masing punya cara sendiri kan.

**** dalam proses menulis ye...


  • Nak travel mana-mana aje dalam Seoul menggunakan public transportation - subway atau bas, sila dapatkan t-money dulu ye.  T-money ni mcm kad topup, kita masukkan duit dan boleh pakai kad tu selagi masih ada duit.  Biasanya saya topup won10,000 (lebih kurang RM31.00) untuk kegunaan 1 1/2 hari perjalanan.  T-money is available kat mana-mana convenient store atau Seven-eleven.  Let say kalau dah nak balik Malaysia, masih ada baki dalam T-money tu, boleh redeem aje.  Tak perlu bawak balik Malaysia lah sebab tak boleh guna pun. hehehe.

Kad T-Money sentiasa bersama selama 7 hari.  Dua kali top up dalam RM60
  • Seperti mana-mana negara yang saya lawati, Seven Eleven adalah tempat fav saya untuk membeli air.  Kat sini, mcm-mcm jenis air, jus, susu dan yogurt ada dijual which is memang tak ada di Malaysia lah.  So boleh cuba satu persatu.  Tengok jenis la air apa ye..ada yang semurah won1,000 hingga ke won3,500 pun ada.  Murah je..yang penting dapat rasa minuman baru.  Normally, air yang dijual dalam pack (macam pic di bawah ni) akan disertakan dengan satu pack ais.  Mudahkan hidup dia org?  Ais tu free je. 
Tengok harganya pun murah...singgit je pun..eh RM3.00 sebenarnya hehe
Mcm macam jenis kopi ada....

Ais free, kalau beli minuman dalam pak di bawah ni
Dua dua air ni sedap..yang ada tulis honey tu rasa cam Teh Susu..best!
 


Seoul Milk - tak berapa sedap
See? lots lots of flavored milk and yogurt!

  • Sepanjang kami berada di sana, kami pakai kasut.  Selipar memang bawak, tapi since tengok semua berkasut, jadi segan plak nak pakai selipar.  Bila di tanya Grace kenapa semuanya berkasut? Grace jawab orang Korea pakai kasut sebab nak lindungi kaki dan juga bila berkasut nampak lebih sopan.  Orang-orang tua kat Seoul ni tak suka kot bila tengok orang berselipar.  Mungkin persepsi mereka kalau orang itu berselipar nampak macam kurang sopan.  Entahlah.  Lagipun, mesti nampak pelik kalau orang yang tinggal di kota metropolitan berselipar kan? Yelah pakai all dress up tapi berselipar..sah sah janggal.



Masuk hari ke 2 pakai kasut, kaki dah melecet, jadi kena beli sock baru..murah je ni.....Won1,000 each or lebih kurang RM3.00 aje..


Tak sangka plak org Seoul ni trendy gila..pakai baju lawa-lawa..tapi sesetengah fashion dia org ni, walau se vogue camana pun, kadang-kadang kita tengok pun macam dah outdated..nampak je vogue tapi ntah apa apa...contoh skirt panjang, tapi material cam kain langsir RM1.20 semeter tu...baju bunga2 besar-besar dan lain lain (amboi sedapnya ngata kat orang).  Tapi kebanyakkannya mmg dress up gila gila la cam nak gi party semua.  Nyesal plak bawak baju biasa biasa..nak beli baju kat sana...tak mampu..mahal sangat..(t-shirt i love korea tu murah lah...)

Ni tak tahu la pesen apa ni..pesen ke bendang kot?
Orang-orang Seoul ni kebanyakkannya adalah helpful.  Cam semuanya sedia membantu.  Kalau kita tanya "Do you speak English" Ramai yang akan jawab YES.  Walau akhirnya akan berakhir seperti ayam dan itik.  Tapi boleh la, kalau sesat-sesat tu ramai yang boleh bantu.


Akak ni kat Tourist Info Center kat Incheon Airport.  Sangat membantu, siap tulis lagi direction step by step untuk ke tempat penginapan kami.  Sangat-sangat membantu.  Actually dia pun tak tahu, tapi selepas dia godek2 pc depan dia baru la dia tulis direction tu.
  • Kami berada di sana semasa penghujung Spring. Yelah jakun kan tak penah pegi negara 4 musim ni.  So sebelum sampai sana memang dah study siap-siap weather forecast sepanjang minggu.  Cuaca elok, paling sejuk lebih kurang 17 celcius gitu.  Tapi ada satu hari hujan dari petang ke malam..mmg spoil jugak la sebab tak boleh jalan-jalan.  Btw, kalau dah di penghujung Spring, cuaca tak sejuk mana...tak perlulah rasanya bawak baju dingin, kalau nak bawak pun cukup sekadar cardigan aje...
Sejuk dan berkabus di awal pagi..tapi tak lah sejuk sgt actually

Perasan tak waktu siang lebih panjang? 5.17 pagi dah cerah...and 7.41 petang baru lah gelap.  Kalau puasa camana tu..heheheh...


Masa hujan ni la kami tak leh gi mana-mana dari petang sampai ke tengah malam........huhuh sian pulak orang tu menggelupur tak leh kuar jalan jalan...heheheheh





  • Malas lah pulak nak tulis panjang-panjang..Korea is a great country terutamanya kalau berada di Seoul.  Saya lagi cadangkan kalau mahu ke Korea, pergi lah Seoul, tak perlu pergi Busan pun tak pe.  I dont really like Busan (or mungkin tak pergi byk tempat di Busan kot).  Cuaca di Busan sedikit melekit sebab bandar tepi laut kot.  Tapi Seoul tak.
  • Orang-orang Korea memang patuh pada peraturan.  Tak ada yang suka suka hati melintas jalan raya kalau lampu traffic warna merah.  Dan mereka juga hanya akan melintas pada tempat melintas aje.  Kalau tempat melintas tak de (especially jalan yang besar - 6 lane gitu), biasanya mereka akan melalui subway bawah tanah tu untuk ke jalan seberang.
  • Semasa saya menginap di Seoul, dan lepak lepak (atau merayau di Dongdaemoon Design Plaza atau di depan Doota) saya rasa dia orang ni jenis yang tak tido awal kot.  Bayangkan dah pukul 1 atau 2 pagi meraka masih berkeliaran, pakai smart seolah olah  esok adalah weekend. hmm seronok jugak tengok orang lalu lalang..

Dondaemoon Design Plaza or DDP - Dalam tu ada macam-macam kedai





Doota Shopping mall - everything is expensive kat sini!
  • Seoul juga adalah sebuah bandaraya yang amat terkenal kosmetik.  Nak buat pembedahan plastik ke..nak beli produk kosmetik ke semua ada kat sini.  Cuma sediakan duit aje!
Iklan plastic surgery adalah di mana-mana sahaja.  Patut lah muka dia orang sepesen aje...mcm dari acuan yang sama


  • Rasanya, traveler yang tak berduit macam saya ni, saya rasa semuanya mahal di Seoul ni.  Termasuk air mineral.  Kalau baju-baju tu, yang trendy sikit memang mahal beratus ratus..umpamanya kalau beli kat KL lagi murah.  However, saya hanya berbelanja sekitar RM1,700 semasa berada di sana.  Perbelanjaan untuk dua org.  Ini tidak termasuk hotel yang sudah di bayar awal-awal.  Jadi, nak berjimat boleh aje..cuma jangan ghairah sangat bershopping atau makan tempat mahal.  Kalau nak beli t-shirt, beli aje t-shirt I LOVE KOREA tu..boleh je dapat dalam Won4-5,000 gitu.

No comments:

Post a Comment