Sunday, October 31, 2010

TENGKUJUH DATANG LAGI

Bestnya!!! Musim hujan atau lagi tepat tengkujuh sudah datang..hari-hari hujan dan cuaca amatlah nyaman walaupun teramatlah susah nak kemana-mana...tapi cuaca mcm ni memang sedap stay kat rumah, tengok tv, surf internet ataupun tidur...huhuh..aku pilih semuanya!!!


view belakang rumah...gelap jek

Wednesday, October 27, 2010

BBQ Again and Again

Ahad lepas, sekali lagi aku anjurkan BBQ khas untuk budak2 kebudayaan...seronok sangat...actually ni kali ke 3 buat BBQ kat kampus...memang best...ye la sesekali belanja dia orang tak salah rasanya...lagipun kelab begitu aktif pada semester ini. Hopefully sem depan kami masih aktif malah lebih lagi....


Grilling Time!!!


Best sangat ke?


Yummy


Air sirap laici...


Time to go home..thanks everyone!

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah....itu sahaja yang boleh aku ungkapkan di atas rezeki yang tidak henti-henti datang...hari Isnin lepas, aku menerima khabar yang paling menggembirakan hidup. Setelah bersusah payah selama beberapa tahun akhirnya usaha tersebut terbalas juga. Dikesempatan ini, aku teringin untuk mengucapkan terima kasih kepada semua...semua yang menyokong, bertolak ansur dan memahami apa yang aku lalui selama beberapa tahun ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.





Wednesday, October 20, 2010

201020


Cantik betul angka ni kan? tapi my mood spoils a whole day sebab pagi-pagi tadi, bila aku masuk keje, just update my FB, and termasuk ke satu wall FB which belongs to one of my close friend. Tapi unfortunately, dia dah delete aku from his friend list. Ni mesti kes hari tu kan? It seems dia still tak maafkan aku lagi kot.

Tapi aku tahu yang dia terbaca kat satu entry kat dalam blog ni, mengenai perkara tersebut. Its ok kalau dia terbaca dan dia tersentap. Bukan niat nak menjadikan bende semakin buruk, tetapi itulah realitinya. Kalau kita menunding jari atas kesalahan orang lain, kita pun ada membuat salah juga.

Tapi aku tak sangka yang dia akan remove aku. Again, its ok. I still have more friends to hang out with. Ok, just forget about it.

Again, aku cuba untuk ambil mood hari ini. Out of sudden, I went for lunch with Yus, lama betul tak kuar dengan dia...hmmm kalau dulu banyak betul aktiviti dilakukan bersama, tapi since dah bekerja dengan UiTM memang jarang sangat-sangat keluar bersama...just miss those days!


Ab and Yus, time ni jamuan hari raya
bersama mantan DVC pada 2008

Sunday, October 17, 2010

CARRY MARKS

Dear Students, please refer to the attachments, sekiranya ada pembetulan, please see me immediately.









BERSAMA DATO ' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH

Hari ini berlangsung sesi motivasi bersama pakar iaitu Dr. Fadzilah Kamsah. Sesi ini sebenarnya apa penting dan berguna especially kepada para pelajar OM yang akan menduduki peperiksaan akhir pada minggu hadapan. Semoga setiap input yang diperolehi ataupun dikongsi bersama akan menjadi ilmu yang berguna untuk kita semua nanti. Dan...yang paling best adalah sambutan daripada pelajar OM sendiri yang hampir semua datang ke sesi motivasi ini. Syabas juga diucapkan kepada organizer yang gigih memastikan program ini dapat diadakan dengan jayanya...


Bergambar kenangan


krew yang banyak membantu dan Ms. Ayu

Saturday, October 16, 2010

SEMINAR EXAM DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Hari ini, seperti yang telah dirancang beberapa minggu yang lalu berlangsung la seminar exam dan teknik menjawab soalan...lama betul dah tak buat bengkel seperti ini..last kami conduct was few semesters ago....so this time around, aku pulak yang organizekan..

Cuma bengkel pagi ini agak mengecewakan, sedikit kelam kabut dan kurang mendapat sambutan, mungkin kerana pelajar clash dengan bengkel atau aktiviti yang lain dan ada juga pensyarah yang constraint, tak dapat join bengkel ini. But that does not matter la, as long as kami dah jalankan tanggungjawab kami.

Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua, terutamanya pelajar-pejalar yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada minggu hadapan..

Friday, October 15, 2010

TERIMA KASIH

Terima kasih..itu sahaja ungkapan yang mampu aku ungkapkan kepada semua anak-anak buahku yang setia bersama sepanjang beberapa tahun aku menerajui kelab. Mereka datang dan pergi....ada yang singgah untuk seketika, ada yang bersama sehingga akhir hayat mereka di UiTM KT. Banyak kenangan manis, pahit, suka dan duka tika bersama. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang telah sama-sama membantu menaikkan nama kelab, mereka yang tidak jemu-jemu datang latihan, mereka yang telah berkorban banyak masa dan tenaga untuk kelab.

Saya mungkin tidak mampu membalas jasa anda semua. Tapi ingat, Tuhan itu maha adil. Setiap apa yang kita buat dengan penuh ikhlas, insya Allah, ada ganjarannya nanti. Saya sayang anda semua!


Maka Jul-Okt 2010


TIBEC 6/8/2010 - Primula Park Royal (With TY)


TIBEC - With DVC


Maka Dec - April 2010


Maka Dec-April 2010 (Rico and Abe Due)


MAKA Dec-April 2010 (Watimang Landok)


Maka Okt-Jul 2009


Festival Kelab dan Persatuan Dec-April 2009


Festival Kelab dan Persatuan Dec-April 2009


Festival Kelab dan Persatuan Dec-April 2009


Persembahan Sempena Bersama Timbalan Dekan, 2009
TQ Ana for your commitment and contributions, we
miss you dearly!

What an amazing 3 years!!!!

Tuesday, October 12, 2010

Sunday, October 10, 2010

10/10/10

Hari ni 10/10/10...sekali je dapat rasa seumur hidup...ramai pulak orang yang nak abadikan sesuatu pada hari ni..tak kurang jugak yang berkahwin, bertunang dan apa-apa lagi la...

Aku? hmm nak buat apa lagi..tambah ari ni pun kerja..so memang busy sikit sebab mengejar dead line nak return assignments pada students..so tak de apa-apa yang menarik hari ini..tapi aku ingin mengabadikan tarikh ini pada blog ku yang suam suam kuku ni!!!

Selamat hari 10/10/10!!!

Saturday, October 9, 2010

DITUDUH BERMULUT JAHAT?


Kelakar betul apa yang terjadi hari ini. Aku dituduh bermulut jahat oleh seseorang dan suka mencanang keburukan org lain di FB? Kelakar sungguh. Org yang menuduh itu mungkin ingat dia adalah malaikat yang tiada membuat kesalahan dan menyangka semua orang sukakan dia.


*sorry guys, entry ni terpaksa di edit demi menjaga hati dan perasaan orang-orang yang terlibat. By the way...hati ini sungguh puas..wakakak...tapi pokcik berwig kejung tetap di kekalkanggggg!!!


Nah ambik ko wig kejung nih!

Wednesday, October 6, 2010

Tolong Menolong dan Memberi Peluang

Aku memulakan kerja secara rasmi hasil daripada recommendation teacher syarifah yang ku kenal semasa practical di Tanjong Jara Resort. Dia berusaha supaya aku ditempatkan di YTL-College of Hotel Management. Dia dan Bernice gigh membantu aku menyesuikan diri dalam suasana kerja. Of course aku bangga kerana aku berjaya mendapat kerja sebelum habis belajar dan sudah memperolehi gaji bila mana rakan-rakanku yang lain masih mencari kerja.

Hasil daripada pertolongan teacher dan Bernice, aku menanam tekad bahawa suatu masa nanti aku akan membantu rakan-rakan ku yang lain untuk mendapatkan kerja. Aku telah diberi peluang, so why not aku memberi peluang kepada yang lain. Itu yang aku fikir pada masa itu. Dengan cita cita tersebut beberapa rakanku yang pada masa itu masih belajar bekerja di hotel tempatku bekerja. Walaupun HR tau bahawa mereka hanya ingin berkerja sementara dan ini salah bagi polisi hotel tersebut. Tetapi kerana rakan-rakan, aku counting perkara ini dengan alasan hotel sibuk dan perlukan pekerja yang ramai.

Seorang kawan lulusan ijazah perakaunan mencari kerja dan kebetulan di Finance Department sedang mencari Account Officer. Tanpa membuang masa, aku terus maklumkan kepada dia untuk datang interview. Nampaknya hampir diterima bekerja tetapi malang dia tidak berminat. Seorang lagi kenalan lulusan perakaunan mencari kerja. Ada jawatan kosong di cawangan Bukit Bintang. Dia berjaya mendapat kerja tersebut tetapi berhenti setelah 3 bulan bekerja.

Seorang kawan ingin memberi peluang aku bekerja di companynya dengan gaji yang tinggi sedikit daripada kerja sekarang. Aku datang untuk interview dan diterima bekerja. Malang sungguh kerana pada waktu itu aku belum tandangan offer letter dan cabut lari setelah mendapat offer yang lain, kali ini offer yang lebih baik dan bekerja di Terengganu. Tetapi sebelum aku cabut, aku memberi peluang kerja tersebut kepada kawan yang masih menganggur. KYT memberi peluang aku bekerja sebagai seorang pensyarah. Bila mana 6 bulan selepas itu, aku diberi peluang untuk berkhidmat dengan UiTM.

Tiba-tiba one fine day, aku terjumpa Bernice di Tanjong Jara Resort ketika membawa kawan bersiar-siar di sana. Bernice mencari seorang pegawai HR untuk Tanjong Jara. Tanpa berlengah aku menghubungi seorang kenalan rapat yang sedang mencari kerja. Dia berjaya mendapatkan kerja tersebut dengan gaji yang agak lumayan. Alhamdulilah. Tambah seorang lagi share di akhirat kelak.

Memang seronok kerana dapat membantu rakan-rakan menggapai impian atau sekurang-kurangnya dapat mencari mencari sesuap rezeki. Kadang-kadang aku bertanya sendirian, kalau aku mencari kerja kelak, adakah akan ada insan yang prihatin terhadapku. Of course aku tidak boleh mengharapkan bantuan aku selama ini dibalas. Tetapi hati kecil ini sekadar bertanya, adakah aku akan diberi peluang, seperti mana rakan-rakanku yang diberi peluang?