Thursday, November 22, 2012

Tips berjalan-jalan di Bali


Tips berjalan-jalan di Bali

Walaupun tips macam ni boleh je google, tapi tak pe la I bagi je tips base on my personal experience.


  1. Time zone sama, so tak perlu nak ubah jam.  Tapi perlu diingat, waktu cerah dan gelap berbeza...kira cam duk kat Sarawak lah..kul 8.00 pagi kat sana dah panas cam kul 10.00 pagi kat Malaysia.  
  2. Kalau nak tengok sunset, pergi la awal-awal..sebab gelap kan cepat kat sana..kira kul 5  petang tu should be ready dah untuk tengok sunset..sebab kalau pegi dalam kul 6-6.30 mungkin matahari dah tak de..sebab gelap dia cepat. 
  3. Sila tukar matawang kat Malaysia siap siap sebab kalau tukar kat sana, rugi..dia beli murah. 
  4. Bali tidak pernah hujan..kalau hujan pun cam gerimis dan sekejap sahaja..so tak perlu bawak payong or baju hujan. 
  5. Kat Airport banyak tourist guide, tapi kalau boleh cari yang Islam, sebab senang nak cari makan nanti. 
  6. Jarak dari airport ke Kuta cumalah dalam 20-30 minit sahaja, dan tambang teksi around RM50-60 (kalau tak silap). 
  7. Kalau boleh, nego la dengan tourist guide itu untuk dapatkan tiket masuk ke mana mana tempat dengan harga domestic.  Boleh jimat sehingga RM5.00 seorang. 
  8. Biasanya harga untuk tourist guide selama 11 jam adalah dalam RM150.00.  11 jam tu boleh cover banyak tempat...boleh refer kepada posting saya di Part 1. 
  9. Bali ni tempatnya besar..mcm negeri gitu..so kalau nak senang, boleh stay di Kuta.  Kuta ni kawasan pantai.  Semua ada kat sini dari food court hingga ke kedai-kedai grocery (Cirle K) dan jugak shopping complex.  Hotels banyak dari 5 star ke budget hotel or inn dan juga disko.  Tapi tu dah masuk legian..alah jalan kaki 20 minit dah sampai..dekat jek. 
  10. Tempat shopping barang-barang souvenir banyak.  Tapi kalau boleh pergilah ke Krishna, kat sana murah sebab miliknya gabernor.  T-shirt Bali yang berkualiti boleh dibeli dengan harga RM15.00 sehelai dan juga lain-lain seperti clutch batik (RM3.00), keychain, fridge manget dan lain-lain termasuk barangan kecantikan. 
  11. Kalau di tawar magic mushroom, jangan memandai nak minum sebab tu adalah drug yang boleh memabukkan dan juga khayal. 
  12. Mana-mana tempat kalau pergi, biasakan diri memberi tips kerana dia org ni suka mintak tips – refer Bali part 1 – kena pau dengan nenek. 
  13. Macam kat Malaysia, parking pun kena bayar, tu biasanya kita yang kena bayar..tak banyak Cuma RM2.00 cam tu..standard ar.. 
  14. Bagi yang tak pernah travel ke luar, cam biasa hati-hati bila nak makan di food court tu, cek menu ada tak dia sediakan pork. 
  15. Nak masuk ke temple, biasanya dia sediakan kain untuk kita pakai.  Cam non-muslim la nak masuk masjid kena tutup aurat kan..so jangan degil, pakai je kain tu..kalau taknak duduk kat luar.  Kena hormat agama orang. 
  16. Overall, perbelanjaan saya di Bali lebih kurang RM2,000.  Tu untuk berdua.  Saya banyak habiskan duit membeli barang souvenir.  Kalau nak jimat, beli je keychain, u akan save banyak duit. 
  17. Air es – ais kosong, Es Tea – Teh o Beng, tapi teh tak sedap rasa cam bunga jasmine. Yucky!

T-shirt Bali...murah dan berqualiti
Clutch yang harga dalam RM3.00 - RM5.00
T-shirt lagi...yang hijau tu untuk Haikal
Key Chain craving
Ini gratis saja.
Bag sandang, untuk isi assignments
Plastic bag Krishna

    Bali Birthday Trip Part 3



    7 November 2012-11-20

    Hari ni janji dengan Jay lagi untuk tour ke beberapa tempat lagi...hari ni kan hari last di Bali.  So dari Kuta kami gerak around 10-11 pagi camtu.  Hari ni destinasi adalah ke Tanah Lot dan juga Jimbaran.  Lepas breakfast yang dah dua kali makan mende yang sama tu, kami pun gerak ke Tanah Lot.  Cantik  tempat ni..ini la tempat yang paling popular untuk tengok sun set.  Tapi too bad sebab kami sampai dalam tengah hari..but its ok..tengah hari pun tengah hari lah..ramai jugak org sibuk bergambar.  Tanah lot ni adalah tanah yang betul2 mengadap pantai, ada tanjung gitu dan juga pulau-pulau batu yang dah di jadikan temple..so adalah nampak sami-sami dia duk lepak kat temple tengah laut tu. 
    Di pintu gerbang nak masuk ke Tanah Lot

    Street at Tanah Lot

    Dibelakang adalah laut dan temple ada di situ

    One of the temple yang ada di laut tu...pakaian puteh tu adalah monk

    posing

    Three of us, posing again

    Kat bawah tu ada org surfing..

    Another view

    Artwork..



    Dah puas bergambar dan lepak-lepak sambil mendengar cerita Jay mengenai mitos dan asal-usul Bali, kami pun bergerak sebab perlu sampai di Pantai Jimbaran untuk tengok sunset.

    Tapi kesalnya sebab bila dah sampai kat Pantai Jimbaran tu, dah already sunset..dah tak de apa apa pun tengah laut tu matahari dah terbenam dah..huhuh nyesal.  Pantai Jimbaran ni amat popular dengan deretan kedai makan yang menyediakan bbq seafood.  Harga boleh tahan mahalnya..tapi sedap la jugak di tambah dengan suasana nyaman hembusan angin pantai dan juga persembahan tarian tradisional.

    Dah makan kenyang2 kami bertolak balik ke Kuta sebab nak packing barang-barang sebab flight kul 6 pagi.  Dan...sampai je kat bilik..guess what? Aku muntah 3 kali..muntah semua keluar isi perut apa yang di makan tadi semua dah gone..kosong kosong kosong...i suspected seafood yang di makan tadi mungkin tidak di bakar dengan betul..lembek separuh jiwa rasanya.



    Welcoming drinks
    Welcoming corn soup - dokdak

    Persembahan selingan semasa makan

    Our drinks

    Udang, ikan dll

    Udang

    Happy sebab kenyang..bala menanti lepas ni...hahah
    Kul 4 pagi bangun sebab nak check out terus ke aiport..tapi kan..janji dengan Jay pukul 3.45..now dah pukul 4.15..mesti Jay dah blah..nevermind..we took cab and terus ke airport....

    Itulah sahaja pengamalan pendek kami bercuti di Bali.  In Sya Allah, ada rezeki akan datang sini lagi.

    Bali Birthday Trip Part 2



    6 November 2012

    Malam tadi janji dengan Jay untuk datang pick up kul 9.00 pagi.  Lepas breakfast kat chalet tu (yang tak berapa nak feel tu), terus kami bergegas ke main road.  Cuak jugak mula-mula sebab tunggu punya tunggu, punya la tunggu Jay takde...aduh..ingat dah kena kencing dah...rupanya dia tunggu kat simpang tu jugak..Cuma kita orang yang tak perasan sebab kita orang jalan bahagian atas (kat kaki lima kedai).  So dalam kul 9.15 kami bergerak ke our first destination – Batuan Temple.

    Bread and omelet
    Sandwich
    Bermonolog?

    Batuan Temple.

    Batuan temple ni adalah temple yang agak besar, dikelilingi tembok tinggi yang penuh dengan ukiran menarik.  Sebelum masuk ke temple tu kena pakai kain dulu yang di sediakan oleh orang-orang  temple.  Bila dah pakai, baru lah boleh masuk ke kawasan temple tersebut.  Pusing-pusing sambil ambik gambar sampai nampak satu group wanita yang tengah menyediakan canang sari (box yang dibuat daripada daun kelapa untuk tujuan sembahyang).  So we all pun gi la sana...bergambar segala sampai nenek tu tanya aku “mau sembahyang kah?” Aik? Haha pastu aku cakap eh tak mau tak mau...berkerut nenek tu..mungkin dia tak tahu aku ni Islam kot? Hahh..pastu ambik lagi gambar sampai nenek tu tegur “nggak ada oleh oleh untuk nenek kah? Hmm aku terus bagi RP5,000.00 ..senyum je nenek tu..Rp5000 lebih kurang RM2.00 kot? More or less.

    Posing kat dalam

    Posing lagi
    Posing bersama Canang Sari (kat tangan tu).  Tujuan adalah utk sembahyang
    Nenek yang pau RP5000...

    3 Of us..gemok gemok ye!
    Sebelum masuk ke temple tu, kami dikehendaki memakai kain ini.

    Mandala Wisata Wenara Wana

    Lepas tu kami terus bertolak ke sacred monkey forest sanctuary.  Kat tempat ni, memang banyak monyet.  Monyet2 ni di anggap suci dan di kawal oleh pawang-pawang yang sentiasa ada di sini.  Boleh beli pisang kat pintu masuk untuk diberi pada monyet2 tersebut.  Entrance fee adalah RP20,000 atau lebih kurang RM6.

    hmm hmm
    Nunu bersama monyet

    kat bekang tu adalah dewa dewa

    Posing kat lereng bukit

    Lereng bukit lagi..bawah tu air kotor

    Air terjun..cantikkan? tapi kotor

    kat tepi Aizat tu adalah temple
      
    Monumen Perjuangan Rakyat Bali, Denpasar

    Then we went to visit Monumen Perjuangan Rakyat Bali.  Bangunan ni memang sungguh unik dan berwarna hitam.  Tengah2 bangunan tu ada satu menara yang tinggi sangat..mungkin setinggi 5 tingkat (more or less).  Dalam kawasan building tu sendiri penuh dengan ukiran-ukiran dewa-dewi.  Dalam bangunan ni sendiri banyak cerita-cerita mengenai asal usul kewujudan Bali dan juga penentangan rakyat Bali terhadap penjajah seperti Jepun dan Belanda.
    Di hadapan Monumen Perjuangan Rakyat Bali

    Posing sikit
    Ni kat level pertama kot?
    View dari menara atas..360 degree view

    Posing kat atas

    Posing kat atas jugak..

    Lepas tu lunch di warong yang menyediakan makanan kampong..memang sedap sebab makanannya sama macam Malaysia dan amattt murah...hehehe

    Nasi campur..masakan kampong
    Tag harga makanan kita orang

    Suasana dalam Warong Sederhana tu

    Lepas tu kami terus bergerak ke Dreamland Land Beach ataupun lebih dikenali dengan New Kuta Beach.  Tanah ni dimiliki oleh Tommy Suharto, anak bekas Presiden Suharto.  Tanah ni besar ya amat...rasanya mau sebesar Chendering...tanah ni dulu dipenuhi dengan penduduk-penduduk kampong tapi semuanya sudah diusir keluar gara-gara Tommy mahu memiliki tanah tersebut.  Projek pembangunan masih diteruskan dan dikiri kanan jalan memang dah wujud villa, hotel dan golf courses yang bertaraf 5 bintang.  Kawasan ni amat popular untuk surfing kerana ombak nya boleh tahan besar.
    Dari pintu gerbang tu, nak ke pantai kena naik kenderaan yg macam tut tut ni

    Belakang tu view pantai

    Di pantai

    Di pantai

    Di pantai..belakang bukit org memanjat beli aiskrim kat atas tu

    Lepak dulu sebelum buat kerja gila

    Posing dgn ombak yang besar kat belakang tu

    Basah kuyup!

    Dilambong ombak?

    Basah kuyup!

    view pantai yang agak sesak

    Berehat minum air dulu..

    Beli seluar baru sebab seluar dah lencun

    Seluar dan baju baru

    Lepas tu kami terus menuju ke Uluwatu untuk menyaksikan tarian Kecak atau tarian tangan.  Uluwatu Temple ni adalah kawasan yang bercliff dan amat cantik especially during sunset! So boleh ambik masa untuk bergambar di cliff dan juga menyaksikan tarikan kecak.  Bayaran masuk untuk domestic adalah RP15,000 or lebih kurang RM5.00. 
    Kain ungu di pakai untuk masuk ke kawasan temple ni

    Belakang tu tempat beli tiket

    Tengah baca mandrem

    Three of us..cantikkan view belakang tu

    Cantikkan view bawah?

    Posing mulut itik

    Baca mandrem lagi

    Ready to watch the show

    Show bermula

    Bergambar bersama penari-penari kecak
    So dah habis menyaksikan tarian kecak, kami terus balik ke Kuta, kerana terlalu penat, badan pun dah belengas main ombak petang tadi.
     
    Sampai kat Kuta, mandi bersiap untuk keluar balik..hahah McD jugak yang dicarinya..uhh rupanya McD kat Malaysia lagi sedap kot..harga sama je..tapi takde umpphhh mungkin ayam tak sepedas di Malaysia..sos pun guna sos tak sedap!  Dah habis makan, kami spend masa jalan-jalan pusing sampai ke Legian dan....jalan-jalan tengok kedai, disco dan menonton filem 5D! Best!  Jalan-jalan kat area Legian ni tak ubah cam Bukit Bintang..tapi lagi heaven kot sebab banyak disco dan ayam ayam..

    Dinner at McD
    Kat belakang tu adalah monumen peringatan mangsa bomb
    Menonton wayang 5D

    Street at Legian
    Dah penat lepak kat Circle K kejap minum2..