Thursday, May 26, 2011

Apabila tiba waktunya

Minggu ini merupakan minggu yang the worst ever...awal minggu bermula dengan kes lewat 10 minit tu, pastu kes re-do jadual waktu gara-gara ada kelas yang ditutup..kemudiannya penalti ke atas portfolio yang langsung tidak menepati spesifikasi OBE, kemudian di tambah lagi dengan budget kelab yang di potong, tak habis dengan itu dipersalahkan kerana persembahan MDS yang terlalu panjang walaupun bukan aku the person behind the scene..tapi aku abaikan saje...kalau dikumpul semuanya memang minggu ni minggu yang terlalu membebankan dan memang the worst la...pastu planning nak bercuti Ahad ni....nampaknya memang tak boleh sebab ada meeting on hari tu...lagi malang bila minggu depan terpaksa melalui proses vetting, walaupun tak termasuk sebagai vettors, tapi kene lagi memantau perjalanan vetting tu...tapi alhamdulillah, aku masih lagi bernyawa....tapi yang pastinya, bila tiba waktu dan ketikanya, akan ku tinggalkan semua, bila masa aku dapati my self is my priority.

Sunday, May 22, 2011

Jiwa Tertekan

Minggu2 terakhir sebelum semester bukak...jiwa pun tertekan sebab banyak gile nak kena settle...antara perkara yang nak kene settle termasuk proposal vetting, persediaan vetting, proposal kelab, proposal dana untuk lawatan akademik, silibus edaran, nota, graded assignment, key in markah Eki, markah module dan tak dilupakan research blog tu..hmmmm tak tahu la mana nak susun priority kerja sebab semua tu urgent..dah susun..tak jadi-jadi bila kene interrupt in the middle...or terpaksa uruskan kerja lain..

Minggu ni pulak minggu MDS...yang bestnya dah la aku dilantik sebagai naib pengerusi protokol tapi entah apa tugas aku pun tak tahu...kelakar kelakar....ye la dah la ari ni sibuk giler rasanya...nampak tak sibuk tapi sebenarnya sibuk..so jangan tanya soalan "sibuk ke? tak nampak sibuk pun?" ha tanya soalan ni memang aku hangin...Tapi still sempat la jenguk ke Dewan A, tengok dan tolong proses pendaftaran...nasib la coz student yang datang tu hampir seperti unjuran..kelas part 1 pun memang bukak 4 kelas, so rasanya tak haru mana la kot...hopefully everything is gonna be ok..

Tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Thursday, May 12, 2011

Cerita yang miss nak cite...

Banyak betul mende yang aku miss nak cerita kat sini…ye la sekarang ni sidrom malas makin menjadi-jadi..perkara yang menarik nak share kat sini adalah aku akan memulakan business aku soon..tak lama dah…actually aku nervous gile coz this gonna be my first project…tak tahu lagi mcm mana sambutannya. Harap harap dapat diterima ramai especially those at my office…aku tau ramai yang ada anak kecik dan business ni ada potensi dan mampu untuk berkembang.

Excited sgt, nervous pun ada dan segala perasaan lagi berkelubung dalam diri ni…tapi tu la kata org, kalau nak capai sesuatu, kita kenalah berkorban dan mengambil langkah2 yang sepatutnya..kalau nak idup setakat takuk yang ada sekarang ni susah ar tak berkembang minda..at least try dulu buat business sikit-sikit..bukankah nabi kata, rezeki lebih banyak dari bidang perniagaan? Ni pun sunah nabi jugak…aku berdoa supaya business ni berjaya, at least dapat cover sikit sikit perbelanjaan bulanan..tak banyak sikit pun alhamdulillah...hehe ada bran? Lets pray for the best! Insya allah

Ni satu lagi nak cerita…Isnin hari tu, bateri kereta tiba tiba kong…tak leh nak start masa nak gi kerja early early morning…tension gile sebab tengah2 nak pakai duit ni boleh pulak takde bateri…nasib la bateri tu dalam harga RM160.00 kalau lebih memang alamatnya deficit la account aku..tu pun rasa banyak jugak gerak tu…simpanan sekarang memang dah paras-paras bahaya dah..harap-harap ada sinar di hujung terowong..

Plan terbaru untuk menyelamatkan account aku adalah main kutu selain business yang coming soon tu…main kutu dengan gang2 yang biasalah, so aku expect end of this year boleh lah kumpul dalam RM1200 kot..ok la tu kalau nak simpan sendiri sokmo gagal kerana I spent more than I earned..heheheh..tu la asyik berbelanja je..simpan jarang-jarang sekali..makin besar gaji, makin banyak belanja...

Menabung untuk masa depan yang gemilang..



Monday, May 9, 2011

Semuanya Makhluk Allah

Gay, lesbian, tomboy dan nyah adalah insan biasa, makhluk Allah juga...jangan kita menjuihkan mulut dan mengeji insan dalam kategori third gender ini kerana mereka adalah insan biasa seperti kita malah mereka lagi istimewa kerana mempunyai naluri dan fikizal yang berlainan. Ya, jalan yang mereka pilih itu salah, memang tak dinafikan. Tapi apakah peranan kita yang bijak pandai dan "straight" ini. Adakah kita merasakan bahawa mengeji mereka cukup untuk kita mengubah mereka kembali ke keadaan asal? atau menjauhkan diri daripada mereka seolah-olah mereka membawa penyakit berjangkit seperti kusta? Sungguh menyedihkan bagi mereka yang bertindak dan berfikiran seperti itu. Came on, dunia dah berubah buka mata kita sikit dan jangan bertindak seperti orang rasis. Bayangkan one day, bila korang dah kawin dan mempunyai anak seperti ini, apa tindakan korang semua? Get rid off your kids atau cast them away? think about it, jgnlah menghina orang kerana kita pun bukan lah sesempurna mana dan jangan terus tuduh nabi tidak mengaku umat bila ilmu dan amal kita entah kemana.


would like to thank to my old friend Aini on her comment about this matter.


Chikchu Ninitigaposen
it's not that i support anything related to gay, lesbian and so forth. but be fair in treating them as anything that will happen in future is unpredictable. as u said.. what if it happens to your sister, brother, son or daughter? boleh tak ...rasa happy je tengok diorang dilayan or dicerca macam yang kita pernah cerca dan layan those individuals sebelum ni. yes they also need effort to change but do we know that our treatments towards them also contribute to what they are now. where are we when some of them need support from us to be treated as a normal boy or girl, guy or lady? bila kena pulau.. for sure akan cari geng yang kena nasib yg sama kan?

Bermalas-malasan

Cuti sem pun dah start dah..so sekarang sudah tiba masanya untuk kita bermalas-malasan..memang malas sangat sekarang ni..apa yang aku rajin adalah mengemas rumah dan online..yang tu rajin sangat..yang lain-lain aku rasa malas...malas buat research, malas menulis dan malas bekerja..datang kerja rajin tapi buat kerja malas...

O bye the way, aku dah plan macam-macam aktiviti semester akan datang, khas untuk kelab kesayangan aku...antaranya adalah sukanneka, triplet voice sensation dan juga jamuan raya...tak dilupain, upgrade bilik av room..tapi tak tahu la kan macam mana perkembangannya nanti...