Saturday, September 14, 2019

Kembara Bangkok

Kali ke 5 mengembara ke Kota Bangkok, Thailand, land of smiles.  Trip kali ni berbeza sikit daripada trip yang lepas lepas sebab trip kali ni all boys sahaja. Boys sahaja ye! So bila boys sahaja macam-macamlah kejadiannya.  Tapi kami tetap dengan tagline kami "what happens in Bangkok stays in Bangkok".

Trip ni kami tak rancang rapi sangat disebabkan masing-masing sibuk dengan kekangan kerja, jadi kami just roughly draft simple iti supaya nampak sedikit bermaklumat.  Kalau korang nak mintak iti memang aku tak dapat bagilah sebab kebanyakkan masa kami main hentam sahaja.  Tambahan semua members jenis "ikutlah" "tak kisah" "aku ok je"  - menyenangkan semua orang.  Lagipun korang actually tak perlukan iti bila berada di Bangkok.  Pusing mall sahaja ambik masa 4 hari.


Location hotel yang kami duduk kali ni tak berapa best. Sebab agak jauh dari main road, tapi actually taklah jauh mana..tapi jauhlah jugak susah nak cakap.  The nearest LRT station is Ratchadewi - about 1 KM walking or Rajapaprop - about 1 KM as well.  So next time, jangan duduk area ni.  Nama hotel ni ialah Spittze Hotel, building hotel ni sebelah hotel Cubic.  Hotel adik beradik kot. So sangat-sangat tak dicadangkan duduk di sini.  Tapi hotel ni bersihlah, bilik pun bersih.  Cuma location and hospitality sangat-sangat tidak memuaskan hati.  Makanan halal area ni takde, kalau nak makan boleh cari belah2 hotel Boiyoke Boutique Hotel (about 700 meter walking distance) - hotel ni aku penah duduk tahun lepas masa bawak budak2 kebudayaan.  Kat sini memang banyak kedai makan halal, dekat dengan pasar pratunam dan seberang jalan dah ada Platinum Mall.  So next time boleh duduk area sinilah!  Lagipun sendu jugak bila aku tengok hotel yang aku penah duduk dulu betul-betul tepi jalan, betul2 dekat dengan LRT Ratchadewi tu dah jadi cam apartment or kondo, mungkin boleh cari airbnb kot? hotel tu kalau tak silap nama First Hotel, ada halal restoran kat dalam tu, dekat sangat kalau nak berjalan2 ke Farida Fortanee atau ke Pratunam...tapi sayang...

Tema kembara kali ini ialah 'City Travel, Free and Easy', iti kami tidak ketat sangat, jadi kebanyakkan masa kami berada dalam Bandar Bangkok sendiri, takde lah keluar jauh-jauh macam nak pegi ke lopbhuri ke, huahin ke dan lain-lain.  Memang kerja panjat dan turun shopping mall.  Tapi adalah jugak pergi ke Grand Palace, Jim Thompson and chaktucak tu, nanti orang tanya pulak takkan tak gi jalan-jalan tempat lain kot?

Public transport di Bangkok sekarang lebih convenient kerana adanya Grab yang lebih selesa.  Ingat lagi first time datang sini pada 2014 dulu, paling convenient adalah naik teksi, lepas tu baru la lrt.  Tapi yang paling sendu adalah tukaran RM ke Baht sangat-sangat memberi kesan.  RM2000 tukar cuma dapat dalam RM1400 saja.  RM600 gone.  Terkesan jugaklah.  Tapi disebabkan nak berjalan jugak, pejam mata aje lah.

Disebabkan kembara kali ni bersama boiboiboys, jadi aku tak berpeluang nak membeli barang-barang merapu, sebab depa tak shopping sangat.  Biasanya paling kurang kemeja 15 helai, tshirt 10 helai dan entah berapa tan barang-barang yang takde fungsi aku beli.  hey key chain bangkok, fridge magnet, kemeja hak tahun lepas ada lagi nih...adoilah... mujurlah sangat.  Cuma yang best dengan dia orang ni makan tak berenti, asyik nak mengopi je, pastu makan sedap-sedap.  Ada jugak yang tak sedap, tapi jenis makan non stop ni aku pun suka sangatlah. Lagipun ni dah kali ke 5 pegi Bangkok, jadi aku rasa takde la keperluan sangat nak bershopping sakan.  On lazada sudahlah! Jom tengok gambar.

Hari pertama sampai dah merayau naik tuk tuk yang kecil ni
Lunch di Yana Restoran, dalam shopping mall MBK.  Memang Sedap.




Me and the late King
Sepi





Lawatan sambil belajar ke Komplek Jim Thompson.  Sejujurnya aku sangat-sangat tidak bersetuju yang JT ni diangkat menjadi hero tenunan rakyat Thai kerana rakyat Thai lah yang sepatutnya menjadi hero pada produk mereka sendiri.  Tenunan Thai Silk sudah wujud beratus tahun sebelum kedatangan JT ke Thai.  Tapi macam biasalah orang putih ni suka buat-buat bijak, licik dan pandai ambik peluang yang ada, jadinya secara tak langsung, menjadi hero di atas perkembangan Thai Silk sehingga hari ini.  Mujurlah di Malaya ni kita tak ada orang puteh yang nak jadi hero bagi tenunan, songket dan batik kita.  Kalau tak sampai ke khiamat anak cucu kita akan kata "oh orang puteh tu lah yang bijaksana kembangkan batik terengganu..cis"




Dahaga dan panas, kita singgah kat cafe minum dulu

Next kami ke Royal Grand Palace.  Tiket masuk 500 bhat ataupun lebih kurang RM55 - RM60 lah.  Tempat ni ada beberapa komplek yang boleh dilawati seperti Muzium Tekstil Permaisuri Sarikit, Emerald Tample Muzium, Golden Stupas.  Yang tak bestnya masa kami pegi tu, RGP ni seolah-olah dilanda oleh Rakyat Republik China, semua maklum kalau travel ke luar seboleh-bolehnya elakkan daripada bertembung dgn rakyat China ni kerana mereka selalu menimbulkan masalah terutamanya BISING! ye...dah kami pun terperangkap kat situ jadi tak boleh buat apa apalah melainkan move on dan enjoy your trip.




Asiatique. Ni kali pertama aku datang sini sebab sebelum ni nak datang tapi tak datang datang.  Nak datang sini kami naik BTS terus ke Saphan Taksin, turun dan naik free shuffle boat terus ke tebing sungai Chaopraya Asiatique.  Tapi balik kami naik grab je sebab dah malam dan tak confident dengan sungai Choapraya tu.  Ada apa kat sini? ada food court, ada kedai-kedai jual baju, souvenir, ada fun fair dan macam-macamlah.  Konsep cam uptown tapi lagi bersih, lagi proper dan lagi maju.



Kalau pergi Bangkok, memang wajib berkunjung ke Pasar Chaktuchak.  Orang Malaya suka datang sini, orang Thai memang heran kenapa org Malaya suka datang sini. Chaktuchak ni sebenarnya pasar minggu yang terbesar di dunia.  Apa yang korang nak, pasti ada kat sini.  Makanan halal pun ada beberapa tempatlah juga, jangan bimbang.  

turun naik BTS tak tahu lah nak gi mana time ni...nak balik hotel kot?

Selfie dalam grab

happy tak tahu kenapa? tunggu Zan masa ni dekat Platinum Mall

Tengah malam masih merayau lagi

Pillow talk

Tunggu Grab
Hard Rock Cafe Bangkok
Sana'a Restoran dekat Baiyoke Sky Boutique
Food Street - Platinum Mall


Sedapnya makan steak kat sini.  Dalam MBK. Halal.
Breakfast di Don Mueng. Padahal naik tingkat dua ada kedai halal..hahaha
Anti Sosial
Bestlah trip ni.  Harap boleh repeat tahun depan.  TransSEA kalau ada rezeki dan masa.  Thanks everyone!