Wednesday, November 23, 2011

Penyediaan Tempat Untuk Juadah "Buffet"

Hari ini saya nak berbincang atau memberi tip mengenai kaedah atau cara penyediaan untuk juadah secara buffet. Memang diakui ramai di antara kita suka anjurkan majis tak kiralah jamuan hari raya ke, jamuan bersunat ke..dan lain lain..termasuk kenduri kendara seperti kenduri kahwin. Namun, bila berbicara mengenai kenduri atau majlis, kebiasaannya akan melibatkan makanan dan dihidangkan secara buffet. Sebelum anda mengadakan majlis tersebut, anda harus merancang dulu bagaimana setting/cara nak hidangkan makanan nanti. Yelah kalau tersalah plan atau tersalah susun atur makanan, takut situasi menjadi sedikit kelam kabut. Berikut ada beberapa tip yang boleh diikuti:
  1. Penyediaan tempat yang sesuai - yang ini kena tahu berapa jumlah hadirin yang akan datang berserta berapa jenis juadah lauk pauk yang akan dihidangkan.
  2. Makanan utama (main dishes) diletakkan di meja yang berasingan dengan pencuci mulut dan juga minuman.
  3. Makanan haruslah cukup untuk semua tetamu. Biasanya kalau makan buffet, tuan rumah akan menyediakan makanan sekali ganda daripada jumlah tetamu jemputan (sebagai contoh tetamu jemputan adalah 10, makanan haruslah disediakan untuk 20 orang atau lebih kurang).
  4. Pinggan mangkuk, gelas, sudu (table ware and cutlery) haruslah cukup untuk semua tetamu jemputan. Andai kata jumlah table ware and cutlery kurang, anda haruslah merancang untuk mencucinya secepat mungkin. Namun dewasa ini, penggunaan pinggan pakai buang mungkin lebih praktikal, tetapi bergantung juga kepada jenis majlis anda.
  5. Pilihlah menu makanan yang sesuai dan pelbagai. Bukan apa kalaulah anda hanya menghidangkan lauk kari daging lembu dan anda menjemput tetamu dari bangsa Hindu, kemungkinan tetamu tersebut tidak dapat makan.
Ok, itulah serba sedikit tip untuk yang agak berguna untuk dikongsi bersama.

Rujukan

Manual Personality Development OMT100

susunan biasa bagi makan secara buffet

No comments:

Post a Comment