Saturday, January 9, 2016

Australia - 16 - 24 November 2015 - FIRST DAY

First time pegi ke Australia.  Lama benor planningnya, campur simpan duit.  Rasanya plan since Januari 2015 lagi.  Almost setahun plannya.  Hebatkan? haha tak pernah plan selama camni.  Actually plan asal adalah ke Gold Coast sahaja.  Tapi bila tengok cuaca Gold Coast time travel tu panas.  Jadi takkanlah nak terperangkap dalam cuaca panas selama seminggu kan? Well kita en route ke tempat yang lebih sejuk - Melbourne!  Jadi perjalanan kami lebih jauh dan time consuming sikit lah.  KL - Gold  Coast - Melbourne - Gold Coast balik.  Nak jimat punya pasal.  Tapi memang lah jimat sikit sebenarnya cuma masa lebih panjang dan memenatkan.  Next time terus je ke Melbourne kalau nak ke Melbourne dulu sebab lebih menjimatkan masa.  Rugi duit sikit tak pe asal tak penat sangat.

16 Nov 2015 - Flite 9.40 malam bersama AA kami pun berlepas dan sampai esoknya jam 7.50 pagi di Lapangan Terbang Coolangatta, Gold Coast - Airport Low Coast Carrier gitu. fuhhh penat weh!  Berbekalkan wang AUD1267, pandai-pandailah berjimat cermat.  Tu pun dah tukar RM3930 dah tu.  Sakitlah sikit travel time duit RM betul-betul murah.  Masa tukar duit adalah 3.1 berbanding sebelum duit drop dalam 2.7 je.  Jadi memang rugi hampir RM188.00.  Tapi redha je lah!  Sampai awal lagi ni. Next flite ke Melbourne jam 2.30 petang, alamatnya mereputlah kat sini berjam jam.

Sampai awal dr KT, mereputlah menunggu flite kul 9 malam ke Melbourne
wok wok..kau ingat kita naik MAS ke
Yay..dah sampai...mata bengkak lagi ni
Ni lah Airportnya, tak besar mana.LCCT kan..
Light breakfast
Yey, dah sampai ke Tullamarine Airport, Melbourne pada 5.50 petang
Dah lepas imi semua tak sabar nak keluar dari airport untuk sedut udara segar, cari teksi, sampai ke homestay, makan, mandi dan rehat. Bestnya!  BTW - Homestay kami terletak di Coburg, di beri nama Teratak Tanamekar - Tak tahu la mcam mana tempat ni.  Tapi pernah baca review tempat ni sangat-sangat dicadangkan bagi mereka yang berbaget kecil dan sederhana. dan homestay ni di uruskan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana.  Harap senang lah teksi nak cari nanti.

Bangunan depan airport
Menunggu teksi.  Ada teksi yang besar utk muatkan kami berlima - Maxicab namanya

Dah sampai area Coburg
Our homestay - Teratak Tanamekar.  Classic kan?
 

Bilik tido - Kami book 2 bilik tido.  Amat selesa.

Sediakan light dinner..lapar lapar

Dah mandi, makan - ronda ronda kejap..time ni dah kul 8 malam camtu
Waktu  cam ni (penghujung spring) waktu siang lebih lama





Jalan sampai jumpa Woolworth or Wolly mart.


Yang bestnya Teratak Tanamekar ni, memang berada di hot spot location.  Dekat dengan semuanya.  Alhamdulilah, tuhan memudahkan semuanya.  Dekat dengan makanan halal, dekat dengan train, dekat dengan pasaraya.  Nice neighborhood dan ramai juga orang Islam tau.

Ok dah jalan-jalan tengok kawasan sekitar, time to go home and sleep.  Cuaca memang sedap sangat - tak sejuk dan tak panas.  Hujung spring memang cuaca still sedap lagi.  Good nite Malaysia!

1 comment: