Alhamdulilah, sambutan Mega Raya sebentar tadi berjalan lancar. Rasanya ni mungkin kali ke 4 sambutan mega raya ini di buat. Dan rasanya ini kali ke dua saya attend sebab sebelum ni memang asyik tak dapat nak join. Last year pergi berseronok di Langkawi, empat tahun lepas berjimba di Shah Alam rasanya.
 |
Tahun ni jugak diberi tanggungjawab menghias stage.
Terima kasih kepada Sir Yus di atas idea. Walaupun hasilnya tak
mengikuti sketch yang diberi. |
Kali ni FPP bergabung dengan Fakulti Perakaunan dan tema makanan adalah Western Food. Terpaksa bergabung sebab faculty members pun makin lama makin kurang, jadi lebih baik bergabung buat kerja ramai-ramai, lagipun mungkin ini kali terakhir kita menyambut raya beramai-ramai seperti ini.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan mega raya ini. Setiap orang telah memainkan peranan yang baik dan ini adalah mega raya yang paling best!
Jom tengok pic yang meriah ni.
 |
Malam tadi OT sebab nak siapkan hiasan meja |
 |
Terima kasih yang sudi datang malam tadi. |
|
|
 |
Inilah hasilnya..serba ringkas. |
 |
Walaupun hiasan ringkas tetap menjadi pilihan hati Tuan Rektor, dapat kiosk terbaik! Tahniah. |
 |
Sebahagian daripada faculty members Perakaunan dan FPP |
 |
Sila jamu selera..dengan berbagai hidangan |
 |
Senarai menu tahun ini |
 |
oh canape ku sayang..kau keras sedikit hari ni! |
 |
Cikgu.... |
 |
Bandahari UiTM Terengganu |
 |
Tuan Rektor, menyeduk Mushroom soup |
 |
Hot spot yang paling laku! |
 |
Masuk frame instagram ramai ramai! |
Sekian laporan mega raya untuk tahun 2015. Sehingga berjumpa lagi di tahun tahun akan datang. Kami tetap gembira dengan cara kami dan keserhanaan kami. Yang penting, kita enjoy setiap detik dan waktu ketika bersama. Panjang umur dan rezeki Insya Allah kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment