Alhamdulilah, hari ni Khamis 16 Julai 2015 adalah hari terakhir kita semua berpuasa. Sedih pulak bila mengenangkan ramadhan akan meninggalkan kita, adakah tahun depan kita berjumpa lagi? Hanya Allah sahaja yang tahu.
As for me, mungkin ramadhan kali ini adalah kali yang terakhir di sambut di Kuala Terengganu. Mungkin tahun depan berpuasa di tempat lain. Tapi puasa di mana mana pun sama sahaja asalkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Harap dimaafkan segala salah dan silap saya. Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment