Tips
berjalan-jalan di Bali
Walaupun
tips macam ni boleh je google, tapi tak pe la I bagi je tips base on my
personal experience.
- Time
zone sama, so tak perlu nak ubah jam.
Tapi perlu diingat, waktu cerah dan gelap berbeza...kira cam duk kat Sarawak
lah..kul 8.00 pagi kat sana dah panas cam kul 10.00 pagi kat Malaysia.
- Kalau
nak tengok sunset, pergi la awal-awal..sebab gelap kan cepat kat sana..kira kul
5 petang tu should be ready dah untuk
tengok sunset..sebab kalau pegi dalam kul 6-6.30 mungkin matahari dah tak
de..sebab gelap dia cepat.
- Sila
tukar matawang kat Malaysia siap siap sebab kalau tukar kat sana, rugi..dia
beli murah.
- Bali
tidak pernah hujan..kalau hujan pun cam gerimis dan sekejap sahaja..so tak
perlu bawak payong or baju hujan.
- Kat Airport
banyak tourist guide, tapi kalau boleh cari yang Islam, sebab senang nak cari
makan nanti.
- Jarak
dari airport ke Kuta cumalah dalam 20-30 minit sahaja, dan tambang teksi around
RM50-60 (kalau tak silap).
- Kalau
boleh, nego la dengan tourist guide itu untuk dapatkan tiket masuk ke mana mana
tempat dengan harga domestic. Boleh
jimat sehingga RM5.00 seorang.
- Biasanya
harga untuk tourist guide selama 11 jam adalah dalam RM150.00. 11 jam tu boleh cover banyak tempat...boleh
refer kepada posting saya di Part 1.
- Bali
ni tempatnya besar..mcm negeri gitu..so kalau nak senang, boleh stay di
Kuta. Kuta ni kawasan pantai. Semua ada kat sini dari food court hingga ke
kedai-kedai grocery (Cirle K) dan jugak shopping complex. Hotels banyak dari 5 star ke budget hotel or
inn dan juga disko. Tapi tu dah masuk
legian..alah jalan kaki 20 minit dah sampai..dekat jek.
- Tempat
shopping barang-barang souvenir banyak.
Tapi kalau boleh pergilah ke Krishna, kat sana murah sebab miliknya
gabernor. T-shirt Bali yang berkualiti
boleh dibeli dengan harga RM15.00 sehelai dan juga lain-lain seperti clutch
batik (RM3.00), keychain, fridge manget dan lain-lain termasuk barangan
kecantikan.
- Kalau
di tawar magic mushroom, jangan memandai nak minum sebab tu adalah drug yang
boleh memabukkan dan juga khayal.
- Mana-mana
tempat kalau pergi, biasakan diri memberi tips kerana dia org ni suka mintak
tips – refer Bali part 1 – kena pau dengan nenek.
- Macam
kat Malaysia, parking pun kena bayar, tu biasanya kita yang kena bayar..tak
banyak Cuma RM2.00 cam tu..standard ar..
- Bagi
yang tak pernah travel ke luar, cam biasa hati-hati bila nak makan di food
court tu, cek menu ada tak dia sediakan pork.
- Nak
masuk ke temple, biasanya dia sediakan kain untuk kita pakai. Cam non-muslim la nak masuk masjid kena tutup
aurat kan..so jangan degil, pakai je kain tu..kalau taknak duduk kat luar. Kena hormat agama orang.
- Overall,
perbelanjaan saya di Bali lebih kurang RM2,000.
Tu untuk berdua. Saya banyak
habiskan duit membeli barang souvenir.
Kalau nak jimat, beli je keychain, u akan save banyak duit.
- Air
es – ais kosong, Es Tea – Teh o Beng, tapi teh tak sedap rasa cam bunga jasmine.
Yucky!
 |
T-shirt Bali...murah dan berqualiti |
 |
Clutch yang harga dalam RM3.00 - RM5.00 |
 |
T-shirt lagi...yang hijau tu untuk Haikal |
 |
Key Chain craving |
 |
Ini gratis saja. |
 |
Bag sandang, untuk isi assignments |
 |
Plastic bag Krishna |
sis...tshirt n FM kt krishna brape range harga?
ReplyDeletehi Cik Awesome, t-shirt tu murah je...boleh dpt dalam RM15.00 camtu pun ada...FM kat Krishna masa tu tak de...jadi kami beli kat tanah Lot...murah je..dalam RM10 boleh dapat 3 0r 4 cam tu..kat Krishna ada FM yang kayu..tak cantik..tapi murah sgt sgt
Delete