Seminggu dua ni trending di FB dan lain lain laman sosial mengenai anak jutawan ayam yang mendapat hadiah mini cooper berharga RM210K gara gara cemerlang dalam UPSR. Dan juga trending mengenai anak OKU yang di kendong bapa yang juga cemerlang dalam UPSR. Dua-dua cerita memang berbeza dan memberi inpirasi yang berbeza. Seorang lahir dalam keluarga yang susah dan seorang lahir dari keluarga yang senang. Tapi nampaknya kat sini yang menjadi bahana dan segala kutukan adalah anak yang mendapat mini cooper. Kesian pulak bila membaca di laman sosial yang seolah olah tiada sempadan mengutuk keluarga budak tu. Teruk betul masyarakat kita kan? Jadi orang Melayu ni memang susah, kalau kaya di kutuk, miskin lagi lah di hina.
Macam macamlah kutukan yang diterima..ada yang cakap menunjuk-nunjuk..ada yang cakap akan jadi bahana sebab terlalu manjakan anak..ada yang cakap nanti terlalu manja tiada pengalaman kesusahan hidup nanti tak boleh survive dan macam-macam lagi lah. Seolah olah yang bercakap dan memberi komen adalah mereka yang tiada anak, tiada ibu bapa yang tidak pernah ada pengalaman membesar. Well, be positive...parents mana yang tak sayang anak..parents mana yang takkan manjakan anak dengan kebendaan? Takkan ada parents dalam dunia ni yang sanggup tengok anak susah? Cuma yang jadi persoalan adalah kemampuan parents tersebut sahaja yang menjadi aras perbezaan.
Kalau baca background keluarga mini cooper tu sendiri, bapanya pernah hidup susah, bangkit berdikit dikit menjual ayam sehingga berjaya dalam kehidupannya dan menjadi jutawan ayam. Saya rasa sudah pasti dia tak nak anak dia merasa hidup susah yang pernah di laluinya...dan sudah tentu dia sayang anaknya sampai sanggup menghabiskan RM210K sebagai reward cemerlang dalam UPSR. Siapakah kita untuk mengadili keputusan ayahnya? dan siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman kepada keluarga ini? Boleh ke kita cakap cam ni "sepatutnya ayahnya kenalah bagi pengalaman hidup susah kepada anaknya supaya dapat tahu pengalam hidup"..boleh ke kita cakap macam ni..kalau kita jutawan, duit berjuta-juta...kita juga akan melakukan perkara yang sama...malah, mungkin lebih lagi...wallahualam..Melayu jangan dengki..bukan semua Melayu kaya...kalau ada seorang dua yang kaya, itu kira sudah bagus..contohi usahawan Melayu yang berjaya, bukan bising mcm tin kosong..bunyi je kuat, tapi takde apa apa...
No comments:
Post a Comment