Tipslah sangat hahah....
1. Hotel yang kami stay adalah di First Hotel, Petchaburi Road. Dekat dengan malls, dekat dengan Sky Train, dekat dengan masjid juga. Hotel ni ada menyediakan breakfast halal dan juga mempunyai restoran halal.
2. Makanan macam biasa, mahallah la jugak cam I pegi ke Phuket dan Krabi dulu..tapi this time around I tak cuba makan dkt stall tepi tepi jalan tu..semua makan dalam kedai makan..so tak berapa tahu rate gerai gerai tepi jalan.
3. Tukaran wang masa tu adalah lebih kurang RM1 = Bhat 9.4..sudah mahal..so pandai-pandai lah berjimat. Tapi nasib lah pergi kali ni di sponser, Alhamdulilah.
4. Kalau nak ke BKK, tak payah bawak baju banyak2 dari kampung halaman..sebab apa..baju2 di sini amatlah murah, cantik dan berquality. Nanti rugi space je kalau bawak baju banyak2 sebab boleh beli dan pakai terus je.
5. Waktu yang paling best utk ke sana, saya rasalah ialah pada Disember sebab cuaca pada masa tu insya Allah sedikit sejuk. Ni kata orang2 local la..coz pada waktu kita pegi tu cuaca agak panas dan kadang2 mendung dan berangin..so according to local people itu tandanya cuaca nak berubah ke sejuk..so sejuk mana tu tak tahu la...
6. Kalau orang Tganu or Ktan nak jimatkan kos ke BKK, ada caranya iaitu naik flight dari Narathiwat terus ke BKK coz itu dikira tiket domestic. Nak ke Nara biasanya kena ke Golok dan naik van ke Nara.
7. Orang2 BKK ni sopan sikit. Nak tahu, tengok la dia org beratur nak masuk gerabak Sky Train. Dia org akan tunggu orang keluar dulu dari gerabak, baru lah dia org masuk.. Kalau kat Msia ni, masuk ke..keluar ke..memang akan pakat rempuh je beramai-ramai.
8. Kalau pergi time-time mcam I pegi tu, I nasihatkan utk pakai face mask kalau nak jalan-jalan kat luar sebab keadaan amat berdebu. Face mask ini harga dalam RM90 seng dan boleh di dapati di mana mana seven e or family mart yang bersepah kat tepi2 jalan. Satu paket ada dua face mask.
9. Mencari makanan halal di BKK sebenarnya tak lah sesusah mana, according to one Malaysian yang selalu ke sana, dia kata memang regulations kerajaan Thailand menggalakkan ada sekurang2nya satu restaurant halal dalam setiap mall..so tak lah susah sgt nak cari makanan halal.
10. Cuba rasai pengalaman naik tuk tuk yang mencilok di celah-celah kesesakan lalulintas BKK dan u-turn di tengah2 jalan yang sibuk secara selamba! hahhaa..harga tuk-tuk dari Platinum Mall ke First hotel yang jarak dalam 1-2 Km adalah RM12.00..kalau nak jimat, jalan kaki aje!
11. Bangkok ada dua airport..hati hati ye kawan-kawan...satu terminal tu kita panggil DMK dan satu lagi Suvarnabhumi..so tengok lah kat mana u all naik dan turun..nanti tersalah airport plak...
11. Bangkok ada dua airport..hati hati ye kawan-kawan...satu terminal tu kita panggil DMK dan satu lagi Suvarnabhumi..so tengok lah kat mana u all naik dan turun..nanti tersalah airport plak...
Lain lain dah tak ingat dan malas nak taip..heheh tapi Bangkok is one of the best place that you guys should put in your next trip to visit!
No comments:
Post a Comment