Thursday, November 22, 2012

Bali Birthday Trip Part 2



6 November 2012

Malam tadi janji dengan Jay untuk datang pick up kul 9.00 pagi.  Lepas breakfast kat chalet tu (yang tak berapa nak feel tu), terus kami bergegas ke main road.  Cuak jugak mula-mula sebab tunggu punya tunggu, punya la tunggu Jay takde...aduh..ingat dah kena kencing dah...rupanya dia tunggu kat simpang tu jugak..Cuma kita orang yang tak perasan sebab kita orang jalan bahagian atas (kat kaki lima kedai).  So dalam kul 9.15 kami bergerak ke our first destination – Batuan Temple.

Bread and omelet
Sandwich
Bermonolog?

Batuan Temple.

Batuan temple ni adalah temple yang agak besar, dikelilingi tembok tinggi yang penuh dengan ukiran menarik.  Sebelum masuk ke temple tu kena pakai kain dulu yang di sediakan oleh orang-orang  temple.  Bila dah pakai, baru lah boleh masuk ke kawasan temple tersebut.  Pusing-pusing sambil ambik gambar sampai nampak satu group wanita yang tengah menyediakan canang sari (box yang dibuat daripada daun kelapa untuk tujuan sembahyang).  So we all pun gi la sana...bergambar segala sampai nenek tu tanya aku “mau sembahyang kah?” Aik? Haha pastu aku cakap eh tak mau tak mau...berkerut nenek tu..mungkin dia tak tahu aku ni Islam kot? Hahh..pastu ambik lagi gambar sampai nenek tu tegur “nggak ada oleh oleh untuk nenek kah? Hmm aku terus bagi RP5,000.00 ..senyum je nenek tu..Rp5000 lebih kurang RM2.00 kot? More or less.

Posing kat dalam

Posing lagi
Posing bersama Canang Sari (kat tangan tu).  Tujuan adalah utk sembahyang
Nenek yang pau RP5000...

3 Of us..gemok gemok ye!
Sebelum masuk ke temple tu, kami dikehendaki memakai kain ini.

Mandala Wisata Wenara Wana

Lepas tu kami terus bertolak ke sacred monkey forest sanctuary.  Kat tempat ni, memang banyak monyet.  Monyet2 ni di anggap suci dan di kawal oleh pawang-pawang yang sentiasa ada di sini.  Boleh beli pisang kat pintu masuk untuk diberi pada monyet2 tersebut.  Entrance fee adalah RP20,000 atau lebih kurang RM6.

hmm hmm
Nunu bersama monyet

kat bekang tu adalah dewa dewa

Posing kat lereng bukit

Lereng bukit lagi..bawah tu air kotor

Air terjun..cantikkan? tapi kotor

kat tepi Aizat tu adalah temple
  
Monumen Perjuangan Rakyat Bali, Denpasar

Then we went to visit Monumen Perjuangan Rakyat Bali.  Bangunan ni memang sungguh unik dan berwarna hitam.  Tengah2 bangunan tu ada satu menara yang tinggi sangat..mungkin setinggi 5 tingkat (more or less).  Dalam kawasan building tu sendiri penuh dengan ukiran-ukiran dewa-dewi.  Dalam bangunan ni sendiri banyak cerita-cerita mengenai asal usul kewujudan Bali dan juga penentangan rakyat Bali terhadap penjajah seperti Jepun dan Belanda.
Di hadapan Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Posing sikit
Ni kat level pertama kot?
View dari menara atas..360 degree view

Posing kat atas

Posing kat atas jugak..

Lepas tu lunch di warong yang menyediakan makanan kampong..memang sedap sebab makanannya sama macam Malaysia dan amattt murah...hehehe

Nasi campur..masakan kampong
Tag harga makanan kita orang

Suasana dalam Warong Sederhana tu

Lepas tu kami terus bergerak ke Dreamland Land Beach ataupun lebih dikenali dengan New Kuta Beach.  Tanah ni dimiliki oleh Tommy Suharto, anak bekas Presiden Suharto.  Tanah ni besar ya amat...rasanya mau sebesar Chendering...tanah ni dulu dipenuhi dengan penduduk-penduduk kampong tapi semuanya sudah diusir keluar gara-gara Tommy mahu memiliki tanah tersebut.  Projek pembangunan masih diteruskan dan dikiri kanan jalan memang dah wujud villa, hotel dan golf courses yang bertaraf 5 bintang.  Kawasan ni amat popular untuk surfing kerana ombak nya boleh tahan besar.
Dari pintu gerbang tu, nak ke pantai kena naik kenderaan yg macam tut tut ni

Belakang tu view pantai

Di pantai

Di pantai

Di pantai..belakang bukit org memanjat beli aiskrim kat atas tu

Lepak dulu sebelum buat kerja gila

Posing dgn ombak yang besar kat belakang tu

Basah kuyup!

Dilambong ombak?

Basah kuyup!

view pantai yang agak sesak

Berehat minum air dulu..

Beli seluar baru sebab seluar dah lencun

Seluar dan baju baru

Lepas tu kami terus menuju ke Uluwatu untuk menyaksikan tarian Kecak atau tarian tangan.  Uluwatu Temple ni adalah kawasan yang bercliff dan amat cantik especially during sunset! So boleh ambik masa untuk bergambar di cliff dan juga menyaksikan tarikan kecak.  Bayaran masuk untuk domestic adalah RP15,000 or lebih kurang RM5.00. 
Kain ungu di pakai untuk masuk ke kawasan temple ni

Belakang tu tempat beli tiket

Tengah baca mandrem

Three of us..cantikkan view belakang tu

Cantikkan view bawah?

Posing mulut itik

Baca mandrem lagi

Ready to watch the show

Show bermula

Bergambar bersama penari-penari kecak
So dah habis menyaksikan tarian kecak, kami terus balik ke Kuta, kerana terlalu penat, badan pun dah belengas main ombak petang tadi.
 
Sampai kat Kuta, mandi bersiap untuk keluar balik..hahah McD jugak yang dicarinya..uhh rupanya McD kat Malaysia lagi sedap kot..harga sama je..tapi takde umpphhh mungkin ayam tak sepedas di Malaysia..sos pun guna sos tak sedap!  Dah habis makan, kami spend masa jalan-jalan pusing sampai ke Legian dan....jalan-jalan tengok kedai, disco dan menonton filem 5D! Best!  Jalan-jalan kat area Legian ni tak ubah cam Bukit Bintang..tapi lagi heaven kot sebab banyak disco dan ayam ayam..

Dinner at McD
Kat belakang tu adalah monumen peringatan mangsa bomb
Menonton wayang 5D

Street at Legian
Dah penat lepak kat Circle K kejap minum2..

No comments:

Post a Comment