Thursday, November 22, 2012

Bali Birthday Trip Part 1


5 November 2012

Awal pagi tadi sampai dari Terengganu...aduii penat tak leh nak cerita lah sebab naik bas kan...bertolak malam tadi dari KT kul 10.30 malam, sampai ke Shah Alam awal pagi around 5.00 am...penat-penat..sampai Shah Alam Wok dan Aizat datang ambik..awang tu awal-awal lagi dah sampai sebab satu family datang Gombak..so senang la dia travel dari Gombak ke Shah Alam.

So rehat sekejap di rumah Wok sebelum bertolak ke KL Sentral dengan KTM.  Kul 12 tengah hari kami mulakan perjalanan. Dalam pukul 1 lebih camtu kami dah sampai di KL Sentral, terus cari bas untuk ke LCCT.

Sampai LCCT, selesaikan semua perkara pastu gi makan kejap. Hujan lebat gila..dalam hati terdetik jugak kalau la flight delay camana ni..habis la Wayan menunggu kat airport nanti...

Tapi alhamdulilah..hujan berhenti lepas tu..so flight tak delay...tepat pada waktunya kami pun berlepas...flight kul 6.30 petang dan akan sampai ke Ngurah rai dalam kul 9.30 malam.

3 jam selepas itu..

Yay..berjaya mendarat di Airport Ngurah Rai..time zone sama. So kita melalui beberapa proses yang agak ketat sebelum keluar airport.  Airport pun dah sunyi time tu.  Bila dah settle semua, nak keluarlah dari airport sebab nak cari Wayan.  Bila kuar je dari airport, nampak sepanduk “Kimora Hakim” dipegang oleh tourist guide. Aik, tu cam nick name aku kat satu forum ni..apa hal nama aku dilelong kat sini..matilah..aku rasa tu Pak Yanto..tapi nemind lah sebab aku tak janji pun dengan dia...

So pusing punya pusing, nampak lah Wayan..huh lama gila tak tengok dia ni..tapi muka cam sama je..entah dia ingat aku entah tak...ah lantak lah.  Wayan bawak aku jumpa dengan tourist guide. So berkenalanlah dengan tourist guide ni..nama dia Jailani, panggil aje Jay..nasib baiklah Jay ni Islam, kira selamat la kot dari segi nak makan minum ke...apa apa lah...

So Jay pun bawaklah kita semua ke chalet yang di book oleh Wayan..bestlah Wayan ni sebab dapat book chalet yang sungguh ok dengan harga yang murah..can u imagine harga cuma RP1000,000 untuk 3 malam inclusive breakfast and bilik muat untuk tiga orang plus aircond..siap ada pool lagi..so cheap.  Kalau di bahagikan kepada 3 hari Cuma RP3,33,333.00 sahaja or lebih kurang RM100 lebih je satu malam..ini beza dengan publish rate nya iaitu RM170 per day...so again, TQ Wayan for the special rate.

Perkara pertama bila dapat bilik adalah berehat, mandi dan get ready untuk keluar balik.  Lagipun perut memang dah lapar..so kami pun pergi la ke satu restaurant yang konsepnya macam food court..bila sampai telek2 la menu tu, bila nampak je ada pork ribs terus potong stim...so cari lagi gerai lain..bila jumpa yang ok sikit terus order..dan makanan memang tak sedap..ok sekian...makanlah jugak tapi tak kenyang..kesal sungguh.  Makan tak berapa nak kenyang sebab tak sedap!

Lepas tu jalan jalan kejap disepanjang pantai Kuta..sambil-sambil ambik angin malam..kedai-kedai masa tu dah tutup dah.


Ni dah siap mandi, get ready nak keluar balik..jalan-jalan
View inn

Posing luar bilik


Study menu makan dulu
Sambil2 study nak gi mana esok...

Nasi Goreng..dokdak
Nasi Goreng jugok..dokdak jugak..hehe

Three of us

Near Kuta Beach..belakang tu McD
Posing
Posing lagi..belakang tu adalah shopping complex yg dah tutup
Rehat kat Cirlce K - Circle K ni macam Seven E, tapi lagi bagus kot sebab ada free wifi, and kerusi dan meja untuk lepak

No comments:

Post a Comment