Sunday, November 20, 2011

Teknik memilih sepasang kasut.


Kasut merupakan pelengkap kepada pakaian yang kita pakai. Tanpa kasut yang sesuai, pakaian yang kita pakai memang tidak akan nampak anggun, malah mungkin akan jatuh kepada kategori canggun. Hari ini saya mahu berbicara mengenai teknik memilih kasut bagi kasut lelaki. Perempuan pun boleh baca sebab nanti nak beli kasut untuk bapa atau suami/ bakal suami.

Kasut buatan daripada kulit amatlah sesuai kerana ia tahan lama, lebih cantik dan amat senang untuk di polish. Pemilihan warna pula mesti la daripada koleksi warna yang gelap seperti hitam (sudah tentu) dan juga coklat gelap. Namun, terdapat juga warna lain seperti warna putih dan kelabu.

Bagaimana memilih sepasang kasut:

  1. Kasut yang baru mestilah selesa (maknanya, masa beli kena cuba habis-habisan)
  2. Lihat kepada jahitan yang ada dikasut tersebut. Adakah dijahit secara kemas ataupun tidak kemas. Elakkan daripada memilih kasut yang hanya di gam (gam di bahagian-bahagian tertentu instead of dijahit).
  3. Pastikan kasut anda itu selesa di bahagian buku lali. Kalau tak selesa nanti sakit pulak time berjalan.
  4. Kasut tersebut mestilah dapat dibengkokkan sedikit kerana kalau kasut jenis yang tidak boleh dibengkokkan, mungkin mudah patah atau rosak..atau dalam bahasa Inggerisnya: Bend the shoes to make sure it does not break or open up the stitches and joints.
Harus diingat, kasut tidak seharusnya dipakai untuk dua hari yang berterusan. Ini penting kerana bukan hanya mahu elakkan daripada kasut itu berbau dan mengumpul kulapuk tetapi dapat menjaga kasut tersebut daripada rosak.

So ini lah serba sedikit tips ringkas yang boleh dikongsi bila hendak membeli kasut yang baru.

Rujukan

Manual Personality Development (OMT100)

http://en.wikipedia.org/wiki/Shoe


6 comments:

  1. Aku kalau beli kasut baru mesti hantar jahit terus kat kedai kasut tepi jalan tuh.. kalau tak jahit confirm bahagian yang bergam tu terbuka dalam masa seminggu huhu

    ReplyDelete
  2. Izuan, itu la pasal kalau beli kasut di cadangkan cari yang berjahit..kalau boleh, elakkan kasut yang ada gam gam tu..sebabnya tak tahan dan mudah tercabut especially kalau terkena hujan.

    ReplyDelete
  3. i like.. senang nk aplikasikan....tq sbb bagi info berguna..

    ReplyDelete
  4. Baiklah Ewa..Tq for your like..muahahah

    ReplyDelete
  5. post yg menarik.. pasnih leh lar pilih kasut yg lg ok.. ;)

    ReplyDelete
  6. Baik lah Ariedz, Tq for dropping by heheh

    ReplyDelete