Thursday, November 12, 2020

Trust Your Instincts

Mungkin Tuhan kurniakan setiap daripada kita satu 6th sense di mana kita ada "naluri."  Naluri atau Kata hati ni sangat-sangat membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat dan seringkali menyelamatkan kita dari macam-macam masalah.

Kadang-kadang kita tidak sedar, bila kita membuat satu keputusan, kita menggunakan akal dan didorong dengan naluri kita sendiri.  Kalau tindakan kita itu betul alhamdulilah, dan kalau tak betul sekalipun itu mungkin peringatan dan juga pengajaran yang Tuhan bagi pada kita.

Aku sendiri pun banyak kali berdepan dengan perkara seperti ini.  Dan banyak kali aku abaikan naluri atau kata hati aku sendiri.  Naluri dah kata, jangan buat camtu, ikut je arahan, buat je la apa disuruh, tapi dek kerana terikut dengan kata-kata orang lain, akhirnya aku sendiri yang susah dan kadangkala mencalarkan reputasi aku sendiri.  Padahal sebelum itu naluri dah kata, buatlah..buatlah...tapi disebabkan ada tiupan dari syaitan maka aku tak buat perkara yang sepatutnya aku buat...natijahnya, aku sendiri yang susah.

Kata orang bijak pandai : follow the rules, a little bit more.  Ikutlah arahan buatlah kerja yang sepatutnya you buat, dan gunalah akal serta naluri sebaik mungkin.  

 


 

***Trust your voice within.

No comments:

Post a Comment