Tuesday, June 27, 2017

Ramadhan dan Syawal 2017

Kejap je pejam celik pejam celik dah habis dah ramadhan..masuk syawal pulak..kejap sungguh waktu berlalu nak nak tahun 2017 ni.  Ni dah nak masuk Julai dah..dah lebih separuh tahun waktu berjalan time ni...sungguh sekejap.

As for me, tahun ni tahun ke dua lah berpuasa penuh kat Dungun, ye la ni kan tahun ke dua kerja kat sini.  So far semua mudah sebabnya, makanan semua dah tersedia bila balik kerja.  Jadinya rajin pulak pergi kerja sekarang ni, balik pun on time 5 pm baru punch out.  Kalau dulu masa kat KT, kul 3.30 petang tu dah menggelupur nak balik.  Lagi haru biru kalau ada kelas dari 4.30 - 6.20 ye..masa tu bukan kita je gelisah, budak budak pun sama..dia orang nak kelas habis awal katanya takut makanan habis..kesian pulak..sudahnya kelas biasa habis pukul 5.30 petang heheheh.  Kita pun kalut jugak sebenarnya..ye la mana fikir nak masak lagi, mana nak beli makanan kat bazaar ramadhan lagi..semua kena fikir sendiri, semua tu kena buat sendiri, tapi alhamdulilah..boleh je asal kita tahu priority kita, kerja dan kehidupan peribadi.

Cakap pasal beli membeli kat bazaar ni, teringat masa duk kat KT dulu, kalau time hujan waktu petang, memang dah gelisah sangat sebab sah sah tak boleh nak beli makanan petang tu.  Chendering ni hujan dia pelik sikit, hujan yang jenis selebat lebatnya tapi biasa kejap je..kalau lama tu la yang haru.  So kena cepat-cepat fikir option lain macam beli je makanan kat cafe campus - makanan hampeh, ayam goreng pun tak masak. Pernah terbeli ayam busuk, sudahnya memang tak makan apa apa time berbuka sebab hilang selera.

Rindu jugak suasana berpuasa di KT sebenarnya.  Lepas berbuka gi terawikh kat surau belakang rumah - surau tu ada aircond ye..sejuk.  Atau terawikh kat Masjid Kubang Ikan tu - masjid tu pun ada aircond.  hahaha waktu waktu camni memang cari masjid yang ada aircond je, maklumlah kalori terbakarkan, so rasa panas aje hahahaha.  Lepas terawikh mesti ngeteh kat abang damak..tiap tiap malam pergi abang damak, tak jemu jemu mengadap satey, kerang bakar. oh sedapnya. 

Tu semua kenangan dulu dulu, eh kenangan dua tahun lepas.  Time goes by banyak perubahan sekarang ni and of course I adapt with the changes, and happy to live they way im living now. Alhamdulilah. Yang penting kita yang mencorakkan hidup kita, kita mahu happy, kita buat yang terbaik insya allah kita happy.  Kurangkan merungut, kurangkan complaint, dan jgn fikir masalah orang lain.  

Ok, belanja sekeping gambar raya.  Tahun ni adik and kakak tak balik beraya, masing masing sibuk katanya.

 

No comments:

Post a Comment