Dah masuk hari ke 3 tahun 2016. Hari ni awal pagi 12.03 pagi 3 Januari 2016 baru lah ada peluang update blog. Sekarang ni amat kurang mood untuk menulis sebab mungkin terlalu penat atau terlalu banyak aktiviti sampingan yang lain-lainnya. Harapan 2016 tak banyak. Ada satu je pun. Semoga sentiasa dikelilingi orang-orang tersayang, semoga semua orang sihat sejahtera dan semoga cepat cepat kaya. Amiin.
Tahun 2016 semestinya tahun yang amat mencabar dari segi kewangan. Tapi insya Allah boleh uruskan duit dengan baik. Therefore tahun 2016 adalah tahun untuk bertenang, kurangkan shopping dan tiada langsung bercutian ke luar negara. Tahun untuk berjimat cermat kot.
Apa-apapun harap semuanya ok. Tambah lagi umur setahun..tak kisahlah janji sihat sejahtera..itu yang penting.
 |
Kita spend new year eve di Kota Bharu - Hotel Perdana |
 |
Jumpa rakan-rakan di Rumah Panji |
 |
Tolong pindah rumah keesokkannya - 1 Jan 2016 |
 |
Pindah Rumah Machang |
 |
Petang terus balik ke KT dan di jamu dengan BBQ 1 Jan 2016. Delicious food! |
 |
2nd Jan 2016 - Tengok Movie - Ipman 3. Best! |
No comments:
Post a Comment