Hari ke tiga. Hari ni memang nak pergi ke Phillip Island. Kata orang kalau melancong ke Melbourne kena jugak jejak kaki kat sini, sebab salah satu attraction place yang kena pergi. Untuk ke sini kami kena sewa kereta dan juga drive. Tapi tak tahu lah pulak kalau ada public transportation nak sampai ke sini. Sewa kereta AUD110 sehari, tak termasuk minyak. Jadi minyak isi dalam AUD50 je camtu. Bon kena bagi pada tuan kereta just incase kalau kereta kena speed trap ke..kena saman ke..so dia orang akan guna duit bon tu lah. Bon sebanyak AUD300 yang akan diberi balik sekiranya sewa kereta tu clear, biasa 15-30 hari camtu lah bila tuan kereta cek kereta semua clear baru dia bank in balik. Tapi kalau nak mudah dan murah, boleh sewa online saja. Memandu dari Coburg ke Phillip Island memakan masa lebih kurang 2 jam lebih camtu la...kena drive ikut had laju ye..nanti kena saman kang.
Pemandu yang bertauliah |
Mahal sgt tiket masuk ke pinguin parade ni..jadi posing je kat luor |
Flynns Beach. Pantai cantik dan bersih |
Ni rasanya area Rhyll Beach |
Kejar seagull di Rhyll Beach |
Berhampiran Muzium Peringatan Perang Viatnam |
Selepas beberapa jam memandu dan sesat nak balik ke Coburg, akhirnya sampai juga. |
cari bahan mentah untuk di masak di Woolworths |
No comments:
Post a Comment