Tuesday, August 4, 2015

Kinabalu 15-20 May 2015 - Hari Pertama

Lambat post pasal kinabalu ni walaupun dah lama pergi, sebabnya masa tidak mengizinkan untuk post cepat cepat...ada je kekangannya..semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

Tak pernah terlintas difikiran saya bahawa suatu masa nanti saya akan mendaki Gunung Kinabalu.  Saya bukanlah peminat sukan apatah lagi sukan atau aktiviti yang ekstrim macam ni.  Tetapi mungkin sudah rezeki untuk bertemu dengan Gunung Kinabalu.

Perancangan mendaki telah di buat hampir setahun yang lalu.  Kiranya ada setahun lah untuk kumpul duit dan juga melakukan training.  Kononnyalah tempoh setahun itu untuk get fit dan juga turunkan sedikit berat badan supaya tidaklah nanti termengah-mengah mendaki.

Di KLIA 2..masih bersiar siar sbb sampai awal sangat.
Menanti kapal...siap duduk lepak2 mcm kat umah sendiri
Hmmm bukak gerai jual wind breaker kot?
15 May 2015

Tiba di Sabah dan terus di bawa ke Kinabalu Park oleh agen pelancongan kami yang tersohor, Amazing Borneo.  Perjalanan dari airport ke Kinabalu Park saya rasa lebih kurang 2 jam amat memenatkan tambah-tambah lagi cuaca sudah gelap dan badan pun penat traveling.  

Hari pertama ini kami bermalam di Kinabalu Park.  Kawasan ni amatlah cantik, dingin dan nyaman sangat-sangat..memang syoklah kalau nak bercuti...rasa macam duduk kat Cameron Highland pulak..tapi of course lagi aman damai dari Cameron yang sana sini penuh dengan pencemaran.  Jadi tidurlah kami kat sini dengan nyenyaknya.  Saya dapat bilik konsep asrama berkongsi katil berempat.  Toilet kat luar, jadi dalam kedinginan malam dan subuh terpaksalah terketar ketar ke toilet untuk mandi dan lain-lain.  Sekekali terasa takut jugak nak ke toilet maklumlah, bukak pintu je terus nampak pokok-pokok besar.  Takut hantu!
Kami bermalam di hostel yang namanya
Rock Hostel
Dinner at the first night tu kat sini..alhamdulilah..makanan
sedap sedap semuanya cuaca pulak nyaman
 
Ni view dari luar hostel. Straight tu terus ke toilet, kat kanan tu
dah pokok-pokok merimbun..takut takut
Suhu malamnya...memang sedap tidur!





No comments:

Post a Comment