Tuesday, July 16, 2013

Terkebil-terkebil

Sesambil menunggu waktu berbuka puasa ni..nak cerita satu benda yang berlegar dalam kepala sehari dua ni (sejak-sejak duduk dalam aquarium ni).

Ini adalah kisah semasa saya mula-mula bekerja sekitar Dec 2006 dulu di YTL-ICHM College, Kuala Lumpur.  I was a fresh graduates, yang mana saya memang tiada pengalaman langsung bekerja pejabat, kecuali semasa menjalani latihan praktikal semasa diploma dan ijazah sebelum itu.

So, setelah berjaya mendapatkan kerja itu, kerja pertama yang diberikan kepada saya adalah selongkar dan baca semua misi, visi, dan apa apa sahaja dokumen yang melibatkan operasi kolej, termasuk kena study apakah projek yang dia org tengah usahakan pada waktu itu.  So, like it or not, dengan terkebil-kebilnya saya akan menghadap semua dokumen itu dengan perasaan penuh kebosanan dan kemengantukkan, dari pukul 9 - 6 setiap hari...dan proses ini saya lalui lebih kurang seminggu dua hingga ke sebulan kot untuk memahami semua (walaupun akhirnya tak jugak paham paham), termasuk jugak untuk memahami mood bos yang agak "swing" tak tentu pasal.

Akhirnya selepas bertungkus lumus study, hafal dan buat homework, alhamdulilah, saya berjaya juga memahami sedikit sebanyak proses kerja dan juga mendapat momentum untuk bekerja.  Ye lah kalau secara logiknya, kalau kita kerja tapi kita tak paham satu pun mengenai kerja yang kita buat, camana nak dapat momentum dan nafsu untuk bekerja sepenuh hati kan? So it took a while for me to understand all. 

Now..hampir selepas 7 tahun, peristiwa yang sama berulang kembali...ayoyo..terkebil-kebil lagi saya!!! Sapa sangka akhirnya saya hampir mengulang peristiwa yang sama, kena belek, baca, study, ingat, buat homework utk byk perkara yang baru dalam kerjaya.  Procedures, carta alir, subordinates, colleagues, students, forms, bla bla bla..so many things that I need to know..within a short of time..sikit sikit nak itu..sikit sikit nak ini..terkejar pun ada jugak..mana masa untuk marking paper..mana masa nak bagi itu dan ini..nak melayan students yang dekat 600 orang lagi..nasib bukan 600 tu datang menyerang setiap hari...

Tapi apa yang paling saya takuti adalah untuk membuat keputusan yang melibatkan colleagues...susah..sebab kadang2 ia melibatkan sensitiviti dan jugak kepentingan peribadi masing-masing..tapi..hmm what to do..kena hati kering jugak kadang kadang..ye la kalau hati lembik mcm agar-agar tak boleh jadi jugak kan? tapi tgk lah..baru seminggu dua je ni...nak menunggu habis term 2 tahun tak tahu la apa jadi nanti...

So setiap waktu saya berdoa agar dipermudahkan cara supaya saya dapat mengelakkan sebarang kesilapan kalau boleh..dan juga berdoa supaya sentiasa mendapat sokongan daripada orang disekeliling saya., dan juga supaya masa cepatlah berlalu...teringat saya kata-kata mantan KP OM yang lalu...kerja ni..senang je..macam mencabut kemuncut...senang tapi banyak.wallahualam.


It's time to begin, isn't it? I get a little bit bigger but then I'll admit I'm just the same as I was Now don't you understand That I'm never changing who I am

No comments:

Post a Comment