Macam sudah aktiviti tahunan bagi penduduk jiran kita tu..tiap tiap kali tengah tahun especially waktu kemarau macam ni, penduduk dia orang akan mencari kawasan kebun yang baru, dan cara yang termudah untuk meng"clear"kan hutan adalah dengan cara membakar.
Saya masih ingat lagi, kali pertama saya menghadapi jerubu yang teruk adalah sekitar tahun 2005. Masa tu saya sedang belajar di Shah Alam. Memang sangat teruk sehingga UiTM umumkan cuti khas. Saya lupa seminggu ada dua tiga hari cam tu..tapi apa yang saya ingat, saya terus balik kampung sebab memang tak tahan dengan cuaca yang menggila pada waktu itu. Yelah kalau tak balik kampung, takkan nak duduk sorang-sorang kat hostel kan? Kawan-kawan semua dah chow awal-awal lagi.
Jerubu yang amat teruk tu boleh kami andaikan seperti berada dalam "War of the Worlds". Masa tu cerita ni baru je habis ditayangkan di pawagam. Lakonan Tom Cruise, yang mengisahkan bumi diserang dgn aliens..langit pun bertukar merah sebab dah tak de matahari..lebih kurang cam tu lah...
So now jerubu datang lagi (again and again, almost every year). Dah jadi macam satu aktiviti tahunan pulak, pada masa yang hampir sama...so now dengarnya keadaan di Johor dan Melaka amat teruk. Saya harap kawan-kawan dan relatives yang berada di Johor dan Melaka mengambil berat akan kesihatan masing-masing. Begitu juga dengan mereka yang berada di mana sahaja mereka berada. To me in KT, jerubu teruk jugak. Tapi alhamdulilah, sehari dua ni hujan..so kuranglah sikit jerubu tu..hari ni belum hujan..cuaca pun teruk jugak..harap-harap petang nanti hujan la..kurang kurang, reda sikit keadaan berasap ni.
Owh by the way, malam ni kata org ada fenomena supermoon, di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi. Supermoon atau Preigee akan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh ini berada paling hampir dengan bumi dan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa. Nak tahu camana, boleh tengok malam ni..dont miss out!
No comments:
Post a Comment