Show hari ke dua, lebih menarik, lebih kelakar dan semuanya berjalan lebih lancar. Show hari kedua memang lagi ok dari hari pertama..tapi sayang sebab audience kurang sangat..mungkin ramai yang terlibat dengan kelas, AQ dan juga hal-hal lain.
Tapi tak mengapa sebab kita semua dah mencuba yang terbaik untuk menjual tiket dan menggalakkan pelajar menghargai seni teater. Yela bukan senang untuk menghasilkan satu produksi teater, memang susah. Begitu banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang menjadi taruhan bagi satu satu produksi. Itu semua tak dapat di bayar dengan apa apa nilai melain satu kepuasan diri.
Kutipan tiket PCS masih lagi dalam kiraan. Semoga kutipan ini sekurang kurangnya menyamai kutipan tiket produksi yang terdahulu. Andai kata kurang, tidak mengapa kerana banyak faktor yang menyebabkan penjualan tiket menjadi begitu lembab.
No comments:
Post a Comment