Friday, February 15, 2013

Patong, Phuket - TIPS

  1. Dari Phuket Airport nak ke Patong, boleh ambik van..teksi mahal..however, van kena tunggu penuh baru dia gerak.  Tambang cuma RM18.00 se orang.
  2. Sila stay di jalan Rat U Thid sebab senang access ke kedai, dan lain-lain.
  3. Makanan halal susah gak nak cari kat sini.  Warong Kasuma antara warong halal yang cuma dibukak pukul 4 petang ke atas.  Lokasinya di tengah-tengah jalan utama Rat U Thid.  Ada satu lagi warong halal..lokasinya di hadapan Gasoline Singer..lain lain kedai halal cam kedai India pun ok...cuma we all tak penah makan.
  4. Nak tengok sun set dari Pantai Patong, gi la awal sikit...6.00 petang camtu dah nak gelap dah...
  5. Normally setiap hotel tidak menyediakan kettle..kalau nak bancuh air panas, kena mintak air dari dia orang...
  6. Kalau nak stay kat hotel Islam boleh cuba hotel Komaree Mansion atau Saria Mansion...senang la sikit sebab boleh pinjam sejadah dan mintak arah kiblat.
  7. Signature dish yang kena cuba adalah pancake dan fruit shake (harga bermula RM5.00) kalau nak murah boleh makan di Krabi.
  8. Kalau nak beli barang keperluan, Seven E dan Family Mart bersepah kat sini...barang-barang makanan cam air kotak, susu, biskut termasuk nescafe sgt lah murah! Rasa nak pitam bila tgk harga yang kita rasa cam tak masuk akal...sebab..murah sangat...
  9. ATM machine dan money changer bersepah kat sini..so tak perlu nak bimbang kalau nak tukar duit.
  10. Kalau nak shopping souvenir yang murah-murah, boleh cuba beli barang kat kedai namanya Findig.  Lokasi kedai ni selekoh kanan selepas Bangla Road.  Fridge Magnet kat sini murah..serendah harga RM2.90 boleh dapat..jgn beli tepi jalan sebab mahal.
  11. Kawasan yang paling popular adalah...Bangla Road..satu jalan yang agak panjang..penuh dgn disko kiri dan kanan.strippers...drag queen..ago go go..u name it!
  12. Jangan terkejut kat sini kebanyakkan hotel akan mintak deposit..even kalau u all dah book thru agoda.com pun still dia org mintak deposit..tapi..kedua-dua hotel Islam yang saya duduk tu tak mintak deposit deposit lebih kurang RM100.00

1 comment:

  1. salam.. rasanya ada tak van dari patong ke phuket airport untuk petang atau malam? overnight sekejap kat airport.. sebabnya ada flight dari phuket ke klia jam 6.55pagi..

    ReplyDelete