Thursday, January 31, 2013

Selepas Kita Tiada

Hi, lama betul tak update posting kat sini..seminggu dua ni busy sikit  dengan training dan kelas..banyak betul mende yang perlu di buat...sampai nak update posting pun tak sempat...selalu je fikir nak update apa...bahan banyak cuma kadang2 tak sempat..kalau sempat tu..malas la pulak nak menaip or idea tiba tiba takde.

Ok straight to the point..kita biasa dengar orang yang meninggal dunia pastu sosial networking kepunyaanya akan tidak berfungsi lagi..ye la sapa yang nak update status kan? takkan la dia pulak yang gigih nak update..betul tak?.  Saya asyik bertanya satu soalan simple, apa akan jadi dengan fb kita kalau kita dah tak de? Ada kawan yang cakap, lama lama fb tu akan deactivate sendiri...atau hilang camtu je...ada yang cakap, kawan-kawan dia boleh report je kat fb tu supaya tutup terus...ada yang cakap, try la hack fb dia, pastu deactivate je la account tu.

Susah jugak nak fikir pasal ni kan? Saya juga mempunyai banyak laman sosial.  Dari zaman yahoo messenger, hingga ke friendster, myspace..dan sekarang ada twitter, IG dan facebook..ni la laman sosial yang paling hot sekarang ni...biasanya saya lebih kepada FB la kot...kadang2 masuk jugak kat twitter dan most of the time upload nice pics kat IG.

Saya pun terfikir jugak..actually kerap jugak terfikir kalau saya dah mati apa akan jadi pada sosial networking saya je? hahaha...orang kata kalau dah mati tu, mati je la..buat apa nak fikir-fikir lagi...eh tak leh cam tu..sbb dalam fb kita kadang2 mungkin ada gambar yang tak berapa elok...or..mungkin ada status kita yang mengguris perasaan orang. Tapi, saya nak pesan sesuatu, kalau saya dah takde, awak tolonglah delete gambar-gambar saya yang tak berkenaan tu ye...ada gambar2 yang kurang elok, buang je la..mungkin tinggalkan sekeping dua gambar saya yang mungkin sopan, sweet dan comel untuk tatapan kawan2 saya yang mungkin suatu hari nanti akan rindui saya.

Ye saya bercakap pasal awak lah ni..saya tahu awak tahu or mungkin tahu or mungkin boleh cari password sosial networking saya tu..kalau jumpa, buatla apa yang saya mintak...kalau tak jumpa, awak mesti tahu mana nak cari.  Use your creativity. :)

No comments:

Post a Comment